Langkau ke kandungan utama

IMAN ADALAH AMALAN HATI.



PERJUANGAN IMAN.


Islam adalah amalan lahir, Iman adalah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, Islam pasti kuat. Tetapi kalau Islam yang kuat belum tentu imannya kuat. Hal ini mesti diperhatikan betul-betul. Jangan sampai kita menjadi orang yang kuat beramal saja tetapi lemah imannya, sebaliknya jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. ALLAH menjanjikan keuntungan tertentu hanya bagi orang-orang yang beriman dan beramal.


Firman ALLAH SWT:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu semuanya berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh" [Al 'Asr: 1-3]


Perjuangan iman ialah perjuangan memberikan manusia Tuhan. Yakinkan kepada manusia adanya kehidupan selepas dunia ini.Itulah kehidupan Akhirat.Pada Abuya Imam Ashaari At Tamimi, berjuang mendapatkan ilmu bukan untuk menjadi pengetahuan yang dibanggakan, diperdebatkan dan
dijadikan alat untuk mencari keuntungan duniawi tetapi
ilmu untuk menebalkan iman.


Ilmu mestilah diamal dan diperjuangkan demi keselamatan
dunia dan akhirat. Untuk mendapatkan Akhirat dengan ilmu, untuk dunia juga dengan ilmu. Untuk kedua-duanya juga 
perlukan ilmu. Iman adalah asas penting, yang menjadi landasan tempat berdirinya peribadi mukmin. Kalau manusia diibaratkan seperti sebatang pohon, maka iman adalah akar tunjang untuk pohon itu.


Kalau manusia diibaratkan seperti sebuah rumah, maka iman adalah tapak berdirinya rumah itu.
Perjuangan iman ialah meyakinkan manusia adanyakehidupan selepas mati. Meyakinkan manusia adanya
kehidupan akhirat yang lebih luas dan kekal. Keluasan tak terbatas. Seperti bayi ketika hidup dalam perut ibunya. Ada kehidupan tersendiri dan apabila keluar daripada rahim ibu ternyata ada kehidupan dunia yang terlalu
luas dibandingkan ketika hidup dalam rahim ibu.


Demikian pula mati perpindahan hidup dari kehidupan dunia yang sempit kepada kehidupan Akhirat yang amat luas dan lapang.
Perjuangan iman ialah satu usaha mengekang kehendak nafsu yang tak terbatas. Yang boleh melalaikan manusia dengan Tuhannya.
Perjuangan iman untuk kita menyiapkan bekalan ketika mati. Mati ialah pergantian hidup dengan jasad dengan hidup Akhirat.Demikianlah pentingnya perjuangan iman dalam usaha melahirkan seorang manusia yang sempurna dan diredhai ALLAH SWT. 


Tanpa iman, seseorang itu akan sama seperti pohon yang tidak berakar tunjang atau rumah yang tidak memiliki foundation. Maknanya, seseorang yang tidak memiliki iman tidak akan memiliki kekuatan untuk berhadapan dengan hidup. Dia pasti gagal.
Kalaupun ada tanda-tanda Islam melalui ibadah lahir, tetapi ibadah itu tidak akan berfungsi apa-apa sewaktu manusia yang tidak memiliki iman berhadapan dengan persoalan-persoalan hidup. Semakin banyak ibadah, semakin cepat gagalnya, seperti halnya semakin besar pohon yang tidak berakar tunjang, maka semakin cepat tumbangnya atau makin besar rumah yang didirikan di atas lumpur, makin cepat robohnya.
Datang ujian kecil pun, orang yang tidak memiliki iman sudah goyang. Apalagi ketika berhadapan dengan ujian-ujian yang besar, hanyut dan tenggelamlah ia. Sejarah telah membuktikan hal itu dalam berbagai bentuk. 


Seorang wali ALLAH dengan 'karamah-karamah' yang luar biasa, pengikut berpuluh ribu dan ibadah pun seperti ibadah nabi-nabi, tetapi di akhir hayatnya telah kafir karena telah berhasil ditipu oleh syaitan hanya dengan seteguk arak dan seorang wanita. Lihatlah kisah Barsyisya dan Bal'am bin Bahura. Mereka hebat, bertaraf wali, tetapi akibat tercabut iman mereka, mati mereka dalam keadaan kufur.


Islam dapat tegak dan mekar dalam peribadi atau masyarakat manusia hanya kerana ada dan kuatnya iman. Tanpa iman yang kuat, Islam hanyalah satu simbol lahiriah yang diamalkan sebagai satu amalan tradisi dan kebiasaan semata-mata. Sebaliknya iman yang kuat akan menghasilkan peribadi yang benar-benar kuat dan Islamik.


Perjuangan iman ialah perjuangan yang mengusakan hati memiliki
sebuah keyakinan dan hubungan yang kental antara hamba dengan Penciptanya.Supaya hati ini tidak terputus dengan Tuhan. Dari hati yang penuh keyakinan akan mudah memasukkan atau menurunkan keyakinan ke dalam hati.



DARI HATI TURUN KE HATI.
justeru itu tidak hairanlah jika pengajiannya(Abuya).
Diminati dan sangat berkesan.Ia membuat dan membawa perubahan kepada diri dan cara hidup murid-muridnya. Beliau
berpegang  pada prinsip: llmu yang datang dari hati jatuh ke hati. Ertinya, ilmu mesti disampaikan dengan ikhlas, keyakinan dan amalan barulah ia berkesan dan mendorong perubahan.


















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman