AGAMA BIMBING AKAL.
Semenjak manusia itu di wujudkan, aqal dan wahyu diwujudkan. Akal dan wahyu sama2 diwujudkan Tuhan. Wahyu itu agama, wahyu itu ada hubungan dengan Tuhan. Di sini kita dapat lihat, tujuan Tuhan adakan wahyu, adakan aqal, supaya satu sama lain saling kuat menguatkan, saling memerlu kan, satu sama lain. Aqal kuatkan wahyu atau agama dan wahyu kuatkan aqal.
Wahyu membetulkan aqidah, membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib, meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama.
Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yang berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yang pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar.
Oleh itu, daripada awal lagi diwujudkan manusia, Allah wujudkan aqal dan wahyu supaya kuat menguatkan antara satu sama lain, supaya satu sama lain perlu memerlukan.
Tapi dalam ayat Qur’an lain Tuhan ingatkan tentang tujuan Tuhan menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapa di kalangan manusia yg baik. Jadi untuk tujuan itu diwujudkan nafsu dan syaitan. Maka dua perkara itulah yg mengganggu manusia supaya aqal dan wahyu dipisahkan. Patutnya bersatu tapi kerana kerja nafsu dan syaitan jadi dipisahkan. Sedangkan Tuhan hendak satukan aqal dan wahyu. Tapi bila manusia hidup untuk diuji Tuhan, tujuan itulah Tuhan datangkan nafsu dan syaitan. Dapat tak manusia dengan aqal dan wahyu itu melawan nafsu dan syaitan supaya berhasil aqal dan wahyu dapat disatukan.
Tapi apa yg berlaku, banyak manusia gagal menyatukan aqal dan wahyu, jadi wahyu tersendiri, aqal tersendiri. Paling2 baik ada orang dapat pertahankan wahyu, dia dapat amalkan wahyu dengan sebaik2nya tapi mundur, jumud, akhirnya orang yg inginkan dunia, ingin maju jadi tolak wahyu. Orang yg dapat pertahankan wahyu tapi jumud ini dia tak dapat selamatkan orang, hanya selamatkan dirinya sahaja.
Yang aqal tersendiri pula lagi tersasar kerana hanya fikir hendak maju hendak membangun tapi terus tersesat dari kehendak Tuhan. Sedikit sangat orang yang dapat hubungkan wahyu dengan aqal. Yang keadaan hidupnya baik tapi maju, sedikit sahaja. Yang mana golongan sedikit ini tak terpengaruh dengan dunia dan mendidik orang dunia dengan wahyu, sebab dia juga mempunyai
Ulasan
Catat Ulasan