( Tug boat :bot penunda ).
Peranan Abuya seperti tug boat (bot penunda) yang membawa kapal besar keluar dari dermaga. Abuya sebagai pejuang ahli sunnah Waljamaah sudah lama beritahu kita, Abuya mulakan secara kecil-kecilan sahaja atau cetuskan model. Dengan adanya model memudah
kan orang untuk
mempelajarinya.
Berbuat dan bertindak dalam saiz yang besar adalah kepimpinan diperingkat sejagat iaitu Imam Mahdi.
Pemuda bani Tamim sediakan tapak sahaja, yang hendak bina saiz besar atau empayar itu adalah Imam Mahdi, kepimpinan diperingkat sejagat.
Kita bersyukur kepada Allah yang telah beri peluang sebelum ini bersama Abuya
yang mainkan peranan sebagai Tug boat. Melalui model yang Abuya cetuskan
atau peranan Abuya sangat membantu kita untuk buat persiapan perjuangan yang
akan datang. Dimana cabarannya lebih besar lagi sesuailah waktu itu apalah diperingkat ummah.
Sebab itu malang sekali kalau di era ini kita bergaduh berebut tapak. Sedangkan di atas tapak itu Imam Mahdi sedang membangun diatas tapak ini istana yang gagah. Sesuai diperingkat sejagat.
Kesan perpecahan dikalangan umat Islam hingga ke saat ini, telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran
aqidah dan pegangan. Sehingga kalau dihitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya
terkeluar daripada aqidah yang sebenar, kecuali satu
Ahli sunnah Waljamaah.
Dunia tidak selamanya kegelapan. Berkat kini peralihan kepada era Imam mahdi, dunia telah cerah dan meriah kembali dengan suasana Islam. Sedikit masa lagi model Islam is the way of live akan berkembang
luas ke peringkat sejagat.
Begitu juga satu perubahan luar biasa yang berlaku
di Indonesia dalam berjuang membela Islam, Al-Quran. Para pejuang ahli sunnah sudah diterima oleh semua golongan bahkan wahabi juga turut berganding bahu sama dan boleh bersatu.
Contoh Muhammadiah boleh mengisi ceramah di tempatnya Nahdatul ulama dan begitupun sebaliknya.
Umat Islam di Indonesia sudah banyak insaf dan sedar dengan tidak pentingnya mempertikaikan khilafiah sudah saat dan ketikanya bersatu demi agama Islam ditegakkan dan dimuliakan.
Selari dengan kenyataan tokoh-tokoh dari Timur Tengah menyatakan
selama ini kita silap musuh kita bukan sunni tetapi yang sebenarnya adalah Syiah.
Sama dengan pendirian Abuya yang dinyatakan melalui bukunya " Bahaya Syiah". Ketika buku tersebut baru keluar umat Islam di Malaysia dan Indonesia tidak boleh terima. Tetapi era
sekarang mereka yang menolak pandangan tersebut
sudah melihat kebenarannya
dan akhirnya menerima pandangan yang telah Abuya lontarkan dalam buku tersebut.
Peranan ulama-ulama yang bersatu menjadi contoh umat yang akhirnya ikut bersatu dan berukhuwah.termasuk hasil besar nya gubernur Jakarta dipimpin pemimpin muslim cucu pejuang muslim berketurunan arab. Banyak
mini market muslim kini bagaikan cendawan tumbuh. Telah berdiri juga berbagai kegiatan budaya dan ekonomi Islam.
Ulasan
Catat Ulasan