Bila tengok orang kaya dengan kehidupan mewah dan selesa, setiap orang pasti akan terdetik rasa ingin jadi begitu. Kalau rasa itu didorong nafsu, timbullah iri hati, hasad dengki. Kalau didorong roh yang baik, timbullah rasa gembira tengok orang lain selesa, lebih-lebih lagi kalau orang itu ada kaitan keluarga atau sebangsa, seagama, senegara dengan kita. Paling sering terjadi mungkin kita akan rasa termotivasi untuk menjadi seperti dia. Atau ada yang terfikir untuk menumpang kekayaan orang itu. Yang jahat fikir secara jahat, misalnya dengan menipu atau merompak. Yang baik mungkin terfikir bagaimana nak minta sumbangan atau bekerja atau buat kerjasama dengan orang itu. Tak adakah cara lain yang halal dan bermaruah? Sebenarnya ada! Ada cara menjadi kaya dengan menumpang secara halal dan bermaruah. Mengapa dikatakan halal? Kerana ia memang sah dalam syariat, termasuk dalam hukum halal. Tiada unsur hutang, riba, tipu, curi, rompak dll. ...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.