Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

ERA JAHILIAH KEPADA ERA ISLAM.

ERA PERALIHAN HIDUP JAHILIAH KEPADA ISLAM. Manusia sudah merasakan bosan dengan sistem jahiliah yang telah membakar hidup manusia di dunia lagi. Maka kita dapat lihat ada manusia yang telah memiliki segala-galanya namun tetap hidup dalam kecewa dan putus asa. Kini kita berada dizaman peralihan. Dunia dicorak oleh Barat sekian lama. Kini peralihan sedang berlaku kepada Timur. Satu era dimana wajah dunia sudah mula berubah. Bagi umat Islam bermulanya zaman  peralihan kepada empayar Islam. Melalui kebangkitan Islam adalah suatu permulaan kepada sebuah empayar Islam. Kini kebangkitan Islam berlaku dimana-mana sahaja. Menurut pandangan Islam Jahiliah itu berasal daripada kata akar kata JAHILA dan kata terbitan JAHLUN atau JAHALATUN yang bererti bodoh dan sesal. Menurut Kamus  Al Marbawi. Menurut Kamus  Besar Arab Melayu Dewan, JAHALA dan kata terbitan JAHLAN. Ia selaras dengan ayat dalam al Quran Surah  Al Hujurat 49:6. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاس

PERSIAPAN MUSAFIR ROHANI.

Perjalanan mengerjakan haji ke Baitullah Mekah adalah latihan perjalanan menuju Akhirat. Perhimpunan manusia dipadang Arafah adalah latihan kita berada di Padang Mahsyar. Pakaian ihram mengingatkan kita pakaian kita dibungkus ketika kita dimasukkan keliang lahad dikuburkan didalam tanah.Persiapan satu perjalanan adalah perlu. Keperluan bekalan yang dibawa bergantung  tempat yang dituju. Musafir ke Singapura tidak sama musafir ke Eropah. Singapura negara yang dekat, bekalan tidak perlu banyak. Duit yang sedikit dan pakaian yang tidak banyak mencukupi. XPDC ke Eropah jarak perjalanannya yang jauh. Maka memerlukan duit yang banyak dan pakaian yang tebal diperlukan kerana disana negaranya sejuk. Perbezaan jarak bekalannya juga berbeza. Mengapa berbeza persiapan bekalan yang hendak dibawa? Keperluan bekalanan yang hendak dibawa juga tidak sama. Kerana jarak perjalanan tidak sama, keperluannya juga tidak sama. Ke Eropah cuacanya berbeza, adanya salji dan terlalu sejuk memerluk

ROH IBARAT SUIS ELEKTRIK.

(Roh ibarat suis kehidupan). Roh itu adalah unsur ketiga dalam susunan tubuh manusia. Roh itu ibarat seorang penyiar yang berdiri di hadapan mikro fon. Jiw a ibara t gelomb ang y ang halu s dan bergerak. Tubuh ibar at alat y ang berbic ara ( TV ata u radio ). Namu n beg itu bo leh ki ta kata kan: Sesungguhnya roh itu adalah faktor hidup yang menerangi jiwa sehingga ia dapat merasa, marah, kasih dan bergerak serta bertanggungjawab. Roh itu tidak ubahnya seperti suis elektrik yang mengirim kekuatan kepada atom elektrik untuk dapat melaksanakan tugasnya memberi dan mengeluarkan cahaya kepada lampu. Sekiranya wayar tidak berfungsi dan lampu-lampunya telah habis kekuatannya, maka pengiriman arus elektrik dari suis tidak akan menghasilkan cahaya. Roh itulah yang membuat adanya hidup sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya: كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ۖ Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal

ROH KEBANGKITAN ISLAM MALAYSIA.

(Peperangan di Yaman) (Masjid Putrajaya Malaysia). ROH KEBANGKITAN ISLAM. Suasana politik Malaysia kini telah berubah. Semenjak kerajaan Pakatan Harapan menggantikan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, keadaan berubah. Orang Melayu dan bumiputera banyak terdedah dengan cabaran. Orang Melayu dan institusi agama yang diterajui oleh Sultan di negeri-negeri terdedah dengan cabaran perjalanan politik semasa. Umat Islam perlu mengambil iktibar terhadap perpecahan yang terjadi di negara seperti Syria dan Yaman. Contoh peperangan yang sedang berlaku di Yaman. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya peperangan di Yaman yang menyebabkan ribuan kanak-kanak di negara itu mati kebuluran kerana kekurangan makanan.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata situasi yang berlaku di negara Islam itu bercanggah dengan ajaran dibawa Islam.Beliau berkata, konflik sehingga tercetus peperangan antara Arab Saudi dan puak penentang Houthi di negara itu langsung tidak membawa apa-a

MENYEDIAKAN HATI KETIKA HENDAK MENGADAP TUHAN.

MENYEDIAKAN HATI KETIKA HENDAK MENGADAP TUHAN. Kedengaran suara selawat Badwi bergema di ruang musalla. Sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk waktu solat. Selawat Badawi dibaca beramai-ramai didalam surau. Sambil menunggu masuk waktu solat. Gema suara berselawat beramai-ramai membantu hati para jemaah hendak mengadap Tuhan. Membuatkan hati anggota jamaah solat lembut dan sayu. Waktu itu hati dihubungkan dengan Rasulullah SAW sebagai penghubung hati kita dengan Tuhan. Para malaikat juga turut berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Semua anggota jamaah berselawat tanpa mengira status dan pangkat. Mereka yang sedang berbaris dalam saf siap sedia mematuhi arahan yang akan diberikan oleh imam solat jamaah. Biasanya imam dipilih dikalangan ahli jemaah yang lebih baik bacaan solatnya. Suaranya lebih baik dan bacaan tajwidnya lebih jelas. Makmum akan bergerak setelah mendengar suara imam. Imam mengangkat tangan bermula dengan takbiratulihram menunjukkan solat bermula.

RAWATAN PENYAKIT JIWA.

PENYAKIT JIWA PERLUKAN RAWATAN SERIUS. Maksudnya: Hari Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) dimana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat (Asy Syuara’: 8889) Apakah mereka tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lain-lain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain? Tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa,kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki,dendam, pemarah, buruk sangka dan lain-lain itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh orang lain? Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir. Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar-kacirnya sesebuah masyarakat.Telah datang Nabi Muhammad SAW ke tengah manusia. Baginda melih

HATI MENJADI TENANG

PENGILAP HATI. الذين آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ “iaitu orang-orang yang beriman yang menenangkan hati mereka dengan mengingati Allah. Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram." (Surah Al-Ra’du: Ayat 28) “Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru’llah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah selain dan hanya zikrullah. Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya)?.” Jawab Rasulullah: “(Tidak) Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.” (Hadith riwayat Baihaqi) Sejarah telah mencatatkan bahkan tertulis dalam Kitabullah Al-Quran kisah Nabi Ayub a.s. Bagaimana dengan Zikrullah, ia terus mengekalkan nyawa baginda a.s. walaupun diuji dengan sakit yang hanya lidah dan hatinya sahaja yang tidak dimakan ulat. Marilah kita bayangkan betapa beratnya ujian keatas kekasih Allah

AL-QURAN BERGERAK.

Maksud firman Allah SWT: Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.(Al Anaam 6:1). "Sesungguhnya Allah Maha kuasa atas segala sesuatu." (Al Fathir 35:1). Allah SWT menghidupkan hati, mengetuk telinga, menerangi akal dan membukakan mata. Allah SWT memberikan peringatan kepada manusia dengan cahaya yang menerangi kehidupan manusia. Apabila manusia menerima hidayah ertinya mendapat cahaya yang menerangi kehidupannya. Allah SWT telah izinkan penulis menjejak bumi Amerika Syarikat yang menerajui empayar Barat dan kuasa besar dunia. Penulis juga berkesempatan menjejak bekas empayar Soviet Union yang diterajui oleh Rusia. Ketika menyaksikannya seolah-olah saya sedang di bawa oleh Al Quran bergerak menyaksikan hari-hari yang Tuhan pergilirkan dikalangan manusia.  Satu ketika dahulu empayar Soviet Union (USSR) sangat dige

PIL ROHANI.

PIL UNTUK RAWATAN HATI. Cinta dan takutkan Tuhan adalah pil rohani untuk manusia. Ia adalah penawar yang paling mujarab. Lahiriah dan rohaniah perlu seimbang. Pil yang kita terima dari doktor untuk penawar sakit lahiriah sahaja. Seperti sakit darah tinggi, jantung dan sebagainya. Sakit rohani juga perlukan penawar atau pil. Oleh kerana itu roh ( hati ) hendaklah diberi makan pil rohani atau hiburan yang baik. Barulah roh (hati) itu sihat dan kuat.  Roh yang sihat ialah roh yang mempunyai sifat-sifat hati yang bersih (baik) yakni sifat-sifat hati yang mahmudah. Ertinya kita perlu dapatkan daripada guru mursyid. Begitu juga hati perlu dihiburkan. Manusia perlu dikongsikan berita tabsyir dan tanzir. Iaitu kabar yang menakutkan dengan neraka dan khabar yang menggembirakan dengan syurga. Dengan pimpinan guru mursyid dapat kongsikan dengan kita perkembangan hal-hal kerohanian. Roh kita juga dapat disuburkan dengan bimbingan guru kerohanian tersebut.  Maka roh kita akan su

13 MEI SEJARAH HITAM MALAYSIA.

DAP PERLU BELAJAR DARIPADA SEJARAH. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Sejarah adalah guru yang terbaik. Sejarah adalah guru yang terbaik. Dari sejarah kita dapat panduan. Sejarah menjadi dacing pertimbangan untuk kita. Melaui sejarah kita termotivasi untuk berbuat. Melalui sejarah yang kita hayati membantu menyuburkan cita-cita kita.  Apabila keamanan negara  terancam tiada siapa yang untung. Semua peringkat masyarakat rasa terancam. Keamanan yang dikecapi dan di nikmati Tuhan tarik. Maka tinggallah kita dalam suasana yang selalu cemas. Perjuangan Islam adalah selamat dan menyelamatkan. Kerana yang kita perjuangkan adalah agama keselamatan. Iaitu agama yang selamat dan menyelamatkan. Perjuangan tersebut buk

ERA ZAMAN PERALIHAN.

ERA ZAMAN PERALIHAN KUASA BARAT KE TIMUR. Kita kini berada dizaman peralihan. Dunia dikuasai oleh Barat dan kini peralihan kepada Timur. Satu era dimana wajah dunia akan berubah. Bagi umat Islam bermulanya zaman  peralihan kepada dunia Islam. Kebangkitan Islam berlaku melalui gerakan dakwah bukan melalui politik ala Barat. Apakah kini sudah tiba masanya umat Islam membangunkan satu empayar Islam? Hal inilah yang menjadi pokok perjuangan umat Islam era  sekarang, kerana sudah 700 tahun lamanya umat Islam tertindas dan tertekan. Kemuncak penindasan dan penzaliman  musuh terhadap umat Islam. Kini kita sedang menyaksikan kejatuhan Amerika Syarikat yang telah disebut didalam buku  "Barat di ambang maut". Sedangkan kuasa besar yang diketuai oleh Rusia lebih awal telah runtuh. Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di timur sedang Allah SWT persiapkan. Malaysia sedang meneroka dunia baru Islam. Mejoriti negara-negara Islam yang lain menjadikan Malaysia sebagai rujukan