Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

HIDUP BERSAMA TUHAN.

HIDUP BERSAMA TUHAN.




Orang bertaqwa ertinya orang yang hidupnya sentiasa bersama Tuhan. Orang yang hatinya kuat rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Alangkah indahnya hidup bersama Tuhan. Cita-cita dan matlamat mereka adalah Tuhan.
Untuk mengatasi dan menyelesaikan apa jua masaalah dan kerosakan manusia, maka Tuhan perintahkan supaya manusia takut kepada-Nya. Kerisauannya adalah bimbang terputus dari Tuhan. Cemasnya adalah kerana tidak tahu bagaimana kedudukan dirinya disisi Tuhan. Lebih menggerunkan ialah dia tidak tahu apakah di Akhirat nanti Tuhan terima atau tidak. Sedangkan Akhirat nanti kekal abadi dan tiada siapa yang bersimpati serta tiada siapa yang dapat menolong. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri.



Orang bertaqwa ertinya orang yang mendapat Tuhan. Mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya. Hidup orang bertaqwa ini senang, tenang dan bahagia kerana susah dan senang sama sahaja baginya. Kedua-duanya tetap mendapat keuntungan. Kalau senang Islam mengajar umatnya bersyu…

KEMBALI KE PANGKUAN TUHAN.

Setiap Rasul dan Nabi yang di utuskan kepada manusia membawa ajaran tauhid. Iaitu ajaran mengagungkan Tuhan. Jadi, manusia hidup adalah untuk menyembah Allah. Dengan kata-kata yang lain untuk beribadah kepada Allah atau mengabdikan diri kepada Allah. Bukan sahaja Allah menghendaki, kalau kita rujuk akal dan hati kecil manusia juga menghendaki manusia itu menyembah Allah.


Buktinya bila ada orang mengatakan kepada kita, "Hai, saudara, saudara ini hamba Allahlah." Secara sepontan "automatik" akal kita akan mengiakan perkataan itu dan hati kita merasa puas, rasa lega dan rasa terima kasih kepada orang yang mengatakan yang kita ini hamba Allah. "Fitrah" manusia mengakuinya walau pun kita mungkin tidak pernah solat seumur hidup. Walau pun seumur hidup, tidak pernah fikir Allah dan tidak pernah fikir Quran dan Sunnah.


Sebaliknya apa pula kata hati dan akal kita kalau ada orang berkata: "Hai, saudara, saudara ini hamba nafsulah. Saudara ini hamba keretalah, sa…

ILMU ISLAM CUKUP GLOBAL.

ILMU ISLAM CUKUP GLOBAL.


Abuya memperjuangkan ilmu yang cukup global. Ilmu-ilmu yang dikeluarkannya membawa manusia kembali mengenali dan mencintai Tuhan, kembali mentaati perintah dan meninggalkan larangan Tuhan. Daripada mesej iman dan taqwa, ilmunya terus merangkumi cara hidup Islam dalam semua aspek dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Ilmu-ilmu yang global inilah yang menjadi asas kepada pembangunan insaniah dan pembangunan material yang dibangunkan dalam perjuangan Abuya Ashaari At Tamimi.


Minda ini diperjuangkan dalam pelbagai bentuk pendekatan. Melalui ceramah, majalah, buku-buku, kaset-kaset, video, bergaul mesra dengan semua golongan dengan membawa contoh atau akhlak yang baik, khidmat masyarakat, ziarah, ekonomi, kebudayaan, perkampungan dan bandar contoh, pendidikan, kesihatan, penternakan, teknologi tinggi (hi-tech), ekspo dan lain-lain lagi.


Malahan Abuya membawa jemaahnya melibatkan diri dalam apa sahaja bidang hidup yang diceburi oleh manusia dengan membawa mese…

HARI RAYA MELAHIRKAN RASA SYUKUR.

PERJUANGAN HAK SANGAT DIPERLUKAN KEPADA INSAN. 


Menyambut hari raya ertinya kita melahirkan rasa bersyukur. Berpuasa selama sebulan menahan daripada lapar dan dahaga. Bermujahadah (memerangi hawa nafsu) yang panjang, begitulah bimbingan dan didikan yang dilakukan guru mursyid ke atas diri anak-anak muridnya. Ianya telah memberikan kesan atau berhasil membersihkan hati manusia dari berbagai penyakit. Tidak hanya penyakit takabur dan amarah, tapi juga penyakit lainnya. Abuya mendidik anak-anak muridnya membuang rasa iri dan dengki. Perjuangan kebenaran yang di cetuskan oleh Abuya sangat berperanan kepada masyarakat. Di antara peranan yang diberi oleh Jemaah Abuya adalah : 
1. Mampu dan senantiasa memberikan nasehat kepada masyarakat 2. Mampu menyediakan makanan yang halal bagi masyarakat yang memerlukan 3. Mampu menyediakannya pendidikan Islam bagi masyarakat 4. Kalau masyarakat inginkan model ekonomi Islam, maka jemaah itu ada modelnya. 5. Kalau masyarakat inginkan rawatan cara Islam, maka je…

DUNIA BARU ISLAM YANG INDAH.

DUNIA BARU ISLAM YANG INDAH.

Dalam dunia kehidupan yang kian mencabar. Abuya Asaari Muhammad At Tamimi komited mengajak kita berjuang dengan kasih sayang. Salah satunya adalah menggunakan teknologi terkini. Dan misi perjuangan perangilah kejahilan dan kedegilan dengan kasih sayang. Salah satu tanda dihati ada kasih sayang ialah perjuangan yang lemah lembut. Jangan kita menyangka perjuangan yang keras dan lantang dan kesat bersuara itu menakutkan, apalagi mengingatkan. Allah berfirman: "Maka disebabkan rahmat daripada Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripadamu."  (Ali-Imran,3:159).


Kita sedang berada di era kebangkitan Islam kali kedua. Tuhan izinkan kita sedang menyaksikannya. Di mana kebangkitan kedua mengulangi kebangkitan pertama. Allah menjadikan Islam sedang berkembang untuk kembali gemilang di akhir zaman ini sesuai dengan janji Allah melalui lidah RasulNya. Berduyun-duyu…

PERJUANGAN AHLUS SUNNAH WALJAMAAH.

ABUYA BERJUANG BERSAMA SATU JEMAAH.


Dari tahun 68, Abuya telah membina sebuah jemaah yang di dalamnya beliau menekankan dan mendidik para pengikutnya agar satu dengan yang lain dapat diikat oleh tali Allah, atau diikat oleh ahkamullah/ hukum-hukum Allah. Mereka semua sungguh-sungguh berusaha untuk patuh kepada Allah, kepada Rasulnya dan mentaati pemimpinnya. Mereka nampak berakhlak baik, mulia, ada rasa bersama. Maka tercetuslah kerja sama diantara mereka. 

Jemaah yang Abuya bangunkan ada sistem kehidupan secara Islam di dalamnya, artinya dalam jemaah Abuya itu ada kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan. Senantiasa memberi khidmat kepada masyarakat, baik masyarakat di dalam Jemaah, maupun di luar Jemaah, baik kepada orang Islam ataupun kepada orang bukan Islam. Jemaah itu senantiasa mencari kedamaian dan keamanan. Ia benar-benar memberi rahmat kepada alam, seperti mana yang Rasulullah pernah sabdakan :  
Sabda Rasulullah Saw:
اَلْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَ الْفُرْقَةُ عَذَابٌ
“Berjemaah adalah…