Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

SYEIKH AL AZHAR MENERIMA WAKIL ABUYA

(Penulis di pejabat Syeikh Al Azhar). Penulis berkesempatan berbincang dengan Sheikh Al Azhar ketika itu ialah Jadul Haq, tentang penghantaran pelajar-pelajar lepasan sekolah Abuya  masuk ke universiti Al Azhar. Beliau sangat mengalu-alukan. Ramai juga pelajar yang sempat di kirim ke universiti Al Azhar. Sebelum jemaah Al Arqam diharamkan. Beliau seorang yang cukup profesional dan sudah tentu seorang ulama besar. Sheikh Jadul Haq Ali Jadul Haq dilahirkan pada Kamis, 13 Jumadil Akhir 1335 , bertepatan dengan 5 April 1917 di sebuah kampung bernama Batrah, di daerah bernama Thalkha, Kota Mansurah, Provinsi Daqahaliyah, Mesir. Jadul Haq terlahir di tengah keluarga seorang petani, hingga tak menghairankan jika sejak kecilnya ia telah terbiasa dengan akitivitas perkebunan dan persawahan. Bukan hanya Sheikh Al Azhar saja yang lihat kebangkitan dari Malaysia, ulama-ulama lain yang kita temui di Maghribi dan Tunisia juga sudah perkatakan perkara tersebut. Berkat Malaysia menjadi
RAHSIA BANGSA YANG BERJAYA Penulis menziarahi negara-negara Arab dan Eropah tahun 1985 . Hasil pengembaraan tersebut, dikongsikan dalam sebuah buku bertajuk "Kembara Membuktikan Kebenaran Al-Quran". APABILA disebut Eropah, majoriti dalam fikiran menggambarkan ia merupakan satu negara yang penghuninya cuma terdiri daripada warga Barat.Mungkin tidak terlintas langsung untuk menjengah secara lebih mendalam berhubung asal usulnya.Tetapi ketahuilah, di sana ada fakta sejarah iaitu di Eropah pernah terbinanya negara Islam yang paling kuat di dunia.Salah satu daripada negara di Eropah yang memiliki khazanah Islam yang terkaya adalah di Andalusia atau nama sekarangnya Sepanyol. Nama Andalusia diambil sempena istilah bahasa Arab, Al Andalus, merujuk kepada bahagian jazirah Iberia yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Muslim. Sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya, Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, raja terakhir ker

BARAT IBARAT SINGA TUA.

Singa savana pencen yang nyanyuk, sudah kehilangan taring, singa pemangsa yang hanya menunggu ditumpaskan oleh mangsa2nya , jika mangsa mampu dan berani membunuhnya.Barat sudah menjadi kiblat masyarakat dunia termasuk dunia Islam sekian lama. Kini Barat cuba mengabui mata dunia utk menjadi super power mutlak. Sedangkan realitinya, Barat sudah tidak punya masa depan, apalagi untuk menerajui dunia. Buku terbitan 1992 yg bertajuk ‘Barat di Ambang Maut’ yg ditulis Abuya Ashaari Muhammad mengupas segala gejala yang memusnahkan Barat dan umat manusia seluruhnya. Beliau menulis bukan dari emosi tapi berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pandangan mata hati yang tajam. Disenaraikannya satu persatu kepincangan Barat yang selama ini terselindung di sebalik kecanggihan teknologi dan kekuatan ketenteraan. Diberitahu sebab musabab serta punca-puncanya dan diberinya jalan keluar yang terbaik untuk menyelamatkan Barat daripada kemusnahan mutlak. Memang ubat itu biasanya pahit

BUMI SYAM.

JORDAN DALAM BUMI SYAM. Bumi Syam negara-negara yang ada didalam nya sekarang, seperti Jordan, Syria dan Bairut. Bumi Syam mengimbaukan saya kepada sejarah Rasulullah SAW semasa kecil bersama bapa saudaranya Abu Thalib. Dalam perjalanan bapa saudaranya  di tahan oleh seorang rahib Bukhaira dan mengingatkan nya supaya Rasulullah dibawa pulang takut diketahui oleh orang yahudi akan membunuh nya.  Saya pernahjuga dikongsikan pengalaman seorang mufti Jordan iaitu Syeikh Noh Al  Qudho  juga kawan kepada Abuya. Beliau ada buat pengajian tetap di masjid Amman Jordan. Saya dan pelajar-pelajar yang telah ngikuti kelas pengajiannya.Beliau telah pun meninggal dunia, Al-Fatehah untuknya. Beliau banyak kongsikan pengalamannya tentang bumi Syam. Kalau di Malaysia dulu di Pantai Timur dan utara Malaysia banyaknya pondok-pondok pengajian, begitu juga dengan Bumi Syam terlalu banyak ulama-ulama yang membuka majlis pengajian-pengajian disana. Ternyata budaya pondok ini rupanya datan

NEGARA ROM MENURUT Al QURAN

NEGARA ROM DALAM QUR'AN. الم غُلِبَتِ الرُّومُ فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَومئذ يفرح المؤمنون بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ 1. Alif laam Miim 2. Telah dikalahkan bangsa Rumawi, 3. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang 4. Dalam beberapa tahun lagi, bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, 5. Kerana pertolongan Allah. dia menolong siapa yang dikehendakiNya. dan dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (Ar-Ruum: 1-5) ialah huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian dari surat-surat Al Quran seperti: Alif laam miim, Alif laam raa, Alif laam miim shaad dan sebagainya. diantara ahli-ahli tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah Kerana dipandang termasuk ayat-ayat mut

LAUT MERAH MESIR

KAUM NABI SYU'AIB. Kaum nabi Syu'aib terletak di Madyan adalah nama salah satu putra Nabi Ibrahim AS yang kemudian menjadi nama Kabilah dan terdiri atas anak cucu Madyan. Kabilah ini berdiam di suatu tempat yang akhirnya dinamakan Madyan dan terletak di dekat pantai Laut Merah di tenggara Gunung Sinai. Kawasan ini terletak di daerah Jordan yang bersempadan dengan Palestina. Nabi Syu'aib a.s. atau Shoaib >, (Bahasa Arab: شعيب‎; juga Shu‘ayb, Shu‘aib, Shuaib, Šuaib, Şuayb. "Siapa yang menunjukkan jalan yang benar", ialah seorang Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam yang juga namanya turut disebut didalam Al-Qur'an. Baginda Nabi Syu'aib dipercayai ialah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.  Baginda Nabi Syu'aib telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Rasul kepada kaum Madyan membimbing mereka kearah kebenaran serta memberi peringatan, teguran, bencana dan berita gembira kepada mereka. Namun kebanyak

KAUM AIKAH DEKAT DENGAN KAUM LUTH

KAU M PENYEMBAH POKOK. Kaum ini tidak jauh dari kaum Luth. Kaum yang telah Allah musnahkan juga. Kaum yang suka kepada seks sesama jantina. Namun kaum Madyan ini tidak ambil iktibar. Meskipun sudah dikurniakan  tanah yang subur dan hidup makmur, namun kaum Madyan enggan menyembah Allah SWT. Nabi Syu'aib pun juga telah mengingatkan, tapi mereka lebih memilih menyembah pohon besar. Akibatnya, azab Allah berupa hujan api datang menimpa mereka. Kisah ini diambil dari Ayat Al Qur'an Surat At-Taubah ayat 70. أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ وَأَصْحَابِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكَاتِ أَتَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ  Ertinya: Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah?. Telah d

KAUM YANG TELAH MUSNAH

BALASAN KEPADA KAUM YANG ENGKAR. Jauh di daerah tandus dan padang pasir di Jordan terdapat sebuah bangunan yang hebat dan indah.Mungkin kita pernah mendengar sebuah kota atau bangunan yang bernama Petra. Seperti yang dituliskan sejarah, bangunan ini adalah milik Kaum Tsamud yang bentuknya berupa gunung-gunung batu yang dipahat dengan sangat cantik. Ingatlah ketika Kaum ‘Aad yang tidak mengindahkan seruan Nabi Hud as, bahkan malah mencebir dan mengatakan utusan Allah itu kurang akal alias gila. Mereka lupa bahwa Allah pernah menghukum kaum sebelumnya (kaum Nuh). Dikeranakan mereka mendustakan ayat-ayat Allah, maka ditumpaskan kaum ‘Aad hingga luluh-lantak. Nabi Saleh as pun kembali ditentang kaumnya yang menyembelih unta betina, bahkan mereka malah menantang utusan Allah itu agar segera menurunkan azab. Maka turunlah azab berupa gempa dengan segera. Dan jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan dimana kaki mereka berpijak. Nabi Saleh berkata: “Hai kaumku, sesungguhny

NABI Isa MENGALAHKAN DAJJAL

Merara putih dipercaya oleh sebagian besar umat muslim sebagai tempat bakal turunnya Nabi Isa AS kembali ke dunia di akhir zaman untuk menumpas Dajjal. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzeki­kan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang mengingkarinya. Kegemilangan Islam akan berlaku sekali lagi. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam. Selepas kewafatan Rasul akan berlaku kegemilangan Islam sekali lagi diakhir zaman. Allah SWT telah menyiapkan satu grand design untuk umat Rasulullah

HOSPITAL ROH.

Pada hari ini hospital kerajaan dan swasta muncul begitu banyak. Macam-macam peringkat dan kategori wujud di dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan juga terkenal menyediakan perkhidmatan rawatan yang canggih. Yang menyediakan perkhidmatan bertaraf hotel pun ada. Namun mereka yang sakit tidak lah membahayakan kepada orang lain.Manusia yang menerima khidmat dari Hospital Roh sangat istimewa. Hospital yang ada didunia tidak ada yang mampu memberikan servis kasih sayang yang diterima di hospital roh.  Kita diberikan rahmat, pengampunan dosa dan dilepaskan daripada azab neraka.Kalau roh manusia yang sakit sangat membahayakan diri dan juga orang lain. Dalam suasana yang tenang tiba-tiba bertukar ganas. Bukan sahaja yang empunya diri hilang bahagia tetapi juga boleh membahaya kan orang lain dankebahagiaan orang lain. Jadi Allah SWT datangkan bulan Ramadhan adalah untuk memberi latihan dan rawatan kepada roh umat Islam.  Ibarat kenderaan yang sentiasa digunakan maka sudah mas

ISLAM JADI SUPER POWER.

ISL AM JADI SUPER POWER. Sejarah telah memberitahu kepada kita, Dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi kalah ditangan para sahabat. Dua kuasa besar telah kalah ditangan para pejuang Islam di era kebangkitan Islam pertama. Kini dunia sedang menyaksikan dua kuasa besar di era moden ini tewas ditangan pejuang Islam Afghanistan. Sebelum ini kita ada kongsikan artikel Barat di ambang maut. Satu persatu Tuhan perlihatkan kelemahan dunia Barat, hingga perkara ini bukan lagi menjadi rahsia tetapi dunia sudah menyaksikannya. Contoh Rusia pernah mengingatkan kepada Amerika Syarikat, kami telah banyak mengalami kerugian ketika kami berdepan dengan Afghanistan. Sekiranya kamu masuk ke kawasan gunung ganang di Afghanistan kamu akan menerima padahnya yang telah kami lalui.Kini Amerika Syarikat telah mula merasainya.  Sesuai dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka Islam­lah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Dunia menyaksikan orang-oran