Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA BUMI BERKAT.

MALAYSIA LUBUK EMAS.
(Cucu   Sy. Fakhrur Razi ke 43).

Keluarga Abuya dari anak lelaki sulungnya ialah Fakhrur Razi
Ashaari Muhammad At Tamimi.
Mempunyai 25 orang anak. Dan 45 orang cucu. Sekarang ada dua orang isteri. Hasil menerima sistem pendidikan Abuya, mejoriti anak cucu Abuya berdikari dan membuka syarikat masing-masing. Ada syarikat pelancongan,kontrater,bakeri dll.
Ada cucu Abuya di wawancara
dalam program NONA tentang kerjayanya sebagai pengusaha kek lapis Sarawak.
(Usamah anak Abuya pengusaha kek lapis Sarawak).

Ramai pejuang-pejuang berani berjuang menentang musuh-musuh lahirnya. Mereka terlalu ghairah, berjuang menumpaskan musuh-musuh yang nampak di mata. Tapi malang sekali, mereka lemah berjuang hadapi
musuh batinnya. laitu nafsu dan syaitan yang amat jahatnya. Nafsu dan syaitan  mengkuda kan manusia.

Diri manusia menjadi medan pertempuran. Diri manusia menjadi rebutan antara syaitan dan Malaikat. Kalau kita memberi laluan Syaitan maka mudah baginya menguasai medan tersebut. Jika kita beri laluan kepada Malaikat, maka kita akan mendapat sokongan dan bantuan daripada malaikat.
Musuh batin ada dalam diri.

Musuh-musuh batin yang terus berkubu didalam diri manusia.
Bahkan setengah-setengah pejuang tidak minat langsung hendak berjuang terhadap musuh-musuh batinnya. Lantaran itulah di dalam perjuangan mereka jadi militan, ganas, kasar dan buas.Maki hamun orang, buruk memburuk kan orang dia tidak senang, hasad dengki bukan kepalang, sombong takbur pakaiannya, jatuh-menjatuhkan sesama sendiri menjadi budaya mereka.

Di dalam mereka berjuang, mereka dikudakan oleh hawa nafsu mereka. Waktu mereka berjuang, syaitan jadikan mereka bola, disepak dan di terajang dimana-mana. Orang yang sedikit berbeza pandangan di anggap musuh dan pengkianat perjuangan. Bahkan sanggup menimbulkan permusuhan sesama pejuang. Mereka sangka wira-wira agama dan bangsa. Pada hal sebenarnya mereka adalah petualang-petualang. Mereka menyangka mendapat pahala, sebenarnya derhaka, bala dan Neraka. Sebenarnya musuh-musuh pejuang bukan manusia tapi nafsu dan syaitan.

Berjuang terhadap manusia untuk di Islamkan dan yang Islam hendak di tingkatkan iman mereka agar mereka terselamat daripada Neraka. Pejuang yang sebenarnya adalah penyelamat, bukan pembunuh dan pemusnah.Nafsu dan syaitan adalah musuh-musuh batin yang amat jahatnya. Kerjanya hendak menjadikan manusia termasuk pejuang-pejuang menjadi derhaka, agar Allah Taala murka, supaya mereka-,mereka semuanya masuk Neraka wal`iyazubillah. Begitulah cita-cita nafsu dan syaitan yang durjana terhadap manusia. Supaya manusia menjadi pejuang tertipu.

Sepatutnya kita sibuk berjuang terhadap nafsu dan syaitan kerana mereka itulah musuh-musuh utama manusia . Mereka memerangi kita tidak pernah rehat-rehatnya setiap detik dan masa. Sehinggalah manusia menarik nafas terakhir ketika mati. Di masa kita berjuang memerangi musuh lahir waktu itu syaitan dan nafsu ambil peluang melalaikan kita. Begitulah mereka mengambil peluang diharu-birunya kita agar kita tersesat jalan. Di tipu-dayanya kita agar kita menjadi ganas dan militan. Didorong kita agar kita mengorbankan kasih sayang sesama manusia. Diputuskannya silaturrahim, dipecah belahnya kita, di porak perandakan perpaduan.

Padahal kasih sayang itulah yang disukai oleh Tuhan dan kasih sayang itulah yang diperlukan oleh semua manusia tidak kira apa bangsa. Sedangkan pejuang-pejuang Islam berjuang korbankan kasih sayang yang dikehendaki oleh nafsu dan syaitan. Itulah yang diidamkan oleh musuh batin. Rupanya pejuang Islam berjuang bukan membawa kemajuan dan kejayaan tetapi perjuangan mereka mendorong dan mengundang kejayaan nafsu dan syaitan.

Sebenarnya mereka tertipu di dalam perjuangan. Malaysia kaya dengan budaya, masyarakatnya pelbagai etnik, pelbagai agama dan makanannya sangat unik. Menurut pandangan para pelancong yang pernah berkunjung ke Malaysia, mereka tertarik kepada Malaysia, kerana kaya dengan budaya. Ada juga yang tertarik dengan makanannya yang unik dan Malaysia ada banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Contoh budaya di Malaysia orang-orangnya sangat suka menolong orang, penyayang, lemah lembut, peramah dan mudah mesra . Perbezaan etnik dan agama tetapi hidup harmoni sesama di bawah satu bumbung negara. Ini adala nikmat yang perlu kita syukuri. Dengan kita mengekalkan cara yang telah kita dididik dan di fahamkan bahawa Islam adalah ajaran kasih sayang. Ini terbukti bilak kita bersama Abuya kemana pun kita pergi diterima baik cara Islam yang Abuya hidangkan. Ketika bersama Abuya di Thailand, bersama Abuya di negara Kristian di Manila juga di terima baik.

Menurut pandangan pelancung yang pernah berkunjung ke Malaysia, mereka merasakan cepat sungguh masa berlalu kerana setiap saat, setiap jam dan hari yang dilalui sangat menggembirkn hati mereka. Ini mengibaukan kembali pengalaman kita bersama Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Kerana Abuya berjaya membawa model kasih sayang dimana negara pun yang dikunjunginya, Abuya diterima baik. Contoh di Manila diterima oleh masyarakat Kristian, ketika berkunjung di Thailand diterima baik oleh masyarakat Budha, begitu juga ketika berada di Timur Tengah sangat diterima baik oleh mereka.

Kebanyakan sektor membuat bangunan di Malaysia diisi oleh warga asing. Selain dari itu, bagi warga asing yang datang dari Pakistan ramai berniaga di Nilai Negeri sembilan. Ketika kita di Nilai seolah-olah berada di Pakistan. Mereka pula sanggup mengerah tenaga untuk menjual kain dan barangan elektrik di kampung-kampung dan kawasan perumahan dengan bayaran ansuran. Kalau kita lihat di Low Yat Plaza Kuala Lumpur tu, warga Bangladesh sudah mampu menyewa premis untuk menjual barangan komputer.
Kemasukan pendatang asing ke negara ini semakin menjadi-jadi apabila seramai 2.5 juta warga asing dicatatkan bekerja di negara ini.

Istilah Malaysia sebagai negara lubuk emas menjadi faktor tarikan kepada warga negara asing berhijrah ke negara ini bagi mendapatkan pekerjaan. Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Abuya perjuangkan kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk dicetuskan dan mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada manusia? Dalam perjuangannya, Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Bersama Abuya ada model kasih sayang. Malaysia kini dikenali negara "ramah mesra dan kasih sayang".

Abuya dalam perjuangannya, ada satu era yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasikan dalam perjuangannya.Terkenallah perjuangannya dengan tema ‘Dakwah dan Kasih Sayang’. Abuya sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Siapa duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu yang tidak mudah dilupakan. Ramai orang yang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar dalam menawan hati orang dengan berbagai bagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia, menurut keperluan manusia itu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N