Langkau ke kandungan utama

MENDIDIK ROH MANUSIA.


(Abuya didokong oleh ulama antara bangsa).

Pendidikan rapat dengan rohaniah manusia. Mendidik manusia ialah kita perkenalkan Tuhan kepada mereka. Roh manusia itu diberikan Tuhan.
Mentarbiah roh manusia ertinya kita menanamkan iman ke dalam diri manusia. Fitrah manusia dilahirkan bersih. 

Setiap yang dilahirkan sebagai Islam, ada iman di dalam dirinya.
Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak Dia, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda-tandaNya. Tanda-tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah “ayat”.
Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka. ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi Allah yang Maha Tinggi. ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya “zikrullah” sahaja.

ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya ialah menyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi
Takrif tarbiyah Islamiyah. Ia berasal daripada perkataan Arab.

 Iaitu perkataan Rabba yurabbi tarbiyah. (ربى يربى تربية)
Pendidikan roh atau tarbiyah rohani adalah mutiara yang terpendam didalam ilmu tasawuf atau ilmu kerohanian. Ilmu ini bak mutiara yang terpendam di dalam dasar lautan hati akan dibawa ke permukaan pantai kehidupan manusia.
Dan dapat dikutip oleh sesiapa sahaja yang memerlukan dan menghargai nya.Dengan iman moga-moga hasilnya nanti jiwa-jiwa umat Islam akan hidup dan subur kembali. 

Ilmu yang bertunjangkan iman akan tajamkan akal fikiran dan minda.
Dengan tarbiyah Islamiyah dapat suburkan kembali jiwa umat Islam 
dan fizikal yang siap siaga.
Lahirlah satu kekuatan peribadi yang unggul. Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah.
(Benda). Terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah SWT.

Hati yang benar-benar bersih,
diwaktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat, dan lain-lain lagi.
Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa tafsiran dan makna yang baru.

Boleh dijadikan tindakan dan penyelesaian masalah dizamannya atau makna tertentu untuk orang itu. Ilmu Allah itu yakni ilmu Al-Quran dan As-Sunnah itu, yang maha luas
dan tidak berkesudahan itu.
Ia diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain. Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu tidak sama. Mungkin ada yang dapat kerang atau yang mendapat ikan sahaja. Orang yang mendapat ikan pula tidak sama diantara satu sama lain.

Ada juga yang mendapat minyak
Yang membezakannya, sama ada kita menggunakan dan mempraktikkan iman di dalam kehidupan seharian atau tidak.
Iman perlu diraih. Ya, Allah membekalkan kita dengan iman tetapi jika kita tidak istiqamah untuk cuba meraihnya masuk ke dalam budaya diri kita, mana mungkin kita boleh bertenang. Iman perlu dilatih dengan niat, solat, doa, zikir dan tawakal yang berterusan.

Artikel bicara Iman untuk Tenang ini sebagai santapan pemurnian iman kita. Melalui pembacaan kisah-kisah di dalamnya, insya-Allah akan menyentak diri kita peri pentingnya iman untuk bertenang.Abuya berikan tabsyir dalam mendidik manusia. Atau kita
usahakan dengan memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda.Kita sajikan kisah-kisah yang ada unsur nasihat-nasihat untuk membentuk hati yang tenang. Ia boleh menjadi panduan dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.Boleh menjadi wahana untuk mendidik dan melatih keimanan generasi didikan kita.
Zikir tanpa fikir, ertinya rajin berzikir dan beribadah sedangkan fikirannya menerawang ke mana-mana. Sedikit pun tidak terfikir tentang Tuhan. Hanya lidah basah berzikir tetapi hatinya lalai dari mengingati Allah. Tindakan seperti ini akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.

Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan. Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil. Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.
Abuya mendidik kita. Dengan gaya santai dan simple, Abuya mengocak 'fikir' dan 'zikir' kepada kita - langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan 'fikir' dan 'zikir' ummah. 'Kelebihan yang terdapat pada Abuya selaku guru Mursyid adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.

Abuya dalam menyampaikan ilmu kepada keluarga dan murid-muridnya memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa!ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan mati. Sekiranya tiada ROH badan kita akan hancur binasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N