Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

BAGAIMANA SOLAT BOLEH MEMBINA KEPIMPINAN.

BAGAIMANA SOLAT BOLEH MEMBINA KEPIMPINAN Pusat Serenti adalah tempat pemulihan mereka yang pernah terlibat dengan dadah. Ia berada di daerah Rawang Selangor.  Di situ terdapat kampung Boyan.  Surau Pusat Serenti Rawang  merupakan sebuah Surau yang terletak dalam  daerah Gombak ,  Selangor ,  Malaysia . Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Agensi Dadah Kebangsaan. Semua pusat pemulihan di negara ini dipanggil Pusat Serenti (One Stop Centre). Terdapat 27 pusat serenti yang beroperasi sepenuhnya antaranya Pusat Serenti Rawang Selangor. Abuya Ashaari At Tamimi pernah solat 'aidulfitri di Pusat Serenti tersebut. Di sebelah pusat Serenti terdapat sungai. Tujuan kerajaan adakan pusat Serenti adalah untuk memulihkan mereka yang ditempatkan disitu.  Dalam Islam Tuhan didik kita bahawa solat dapat membina syaksiah seseorang. Dari seorang muslim dengan solat yang tepat dapat menjadikan seorang mukmin sejati. Melalui solat dari seorang yang jahat dapat beruba

AKAL PERLU DIDIDIK DAN DIKAWAL OLEH HATI.

AKAL PERLU DIDIDIK DAN DIKAWAL OLEH HATI. Kampung Segambut Kuala Lumpur. Abuya Ashaari At Tamimi tinggalkan saya duduk bersama Datok Muhammad iaitu ayah Abuya. Ketika itu saya sekolah rendah tahun satu. Ada satu kejadian di mana ketika musim buah manggis saya bersama pakcik dan sepupu pergi ke dusun buah manggis. Ketika saya sedang mengutip buah, tiba-tiba galah dari atas pokok terjatuh di atas kepala saya. Semenjak kejadian itu saya mengambil hikmah dari peristiwa tersebut. Saya teringat teguran Abuya pada saya, "Fakhrur kamu terlalu banyak menggunakan akal". Semenjak itu kejadian tersebut sangat membantu mengingatkan diri saya, dalam Islam bukan semua perkara boleh di jangkau oleh akal contoh rukun iman. Ianya memerlukan keyakinan yang menjunam kedalam hati kita. Berfikir tanpa hati yang ingatkan Tuhan akan menjauhkan Hidayah dan pimpinan Tuhan. Berfikir tanpa melibatkan Tuhan akan menafikan ilham dan panduan dari Tuhan. Langkah pertama  untuk mendapat kemahi

PEGANGAN RASMI MOROCCO DAN MALAYSIA AHLI SUNAH

PEGANGAN RASMI MOROCCO DAN MALAYSIA AHLI SUNAH Persamaan Malaysia dan Morocco adalah ahli sunah wal jamaah. Menjadi pegangan rasmi kedua-dua negara. Apabila kita meninjau pembelajaran yang berjalan di Pondok-pondok pengajian Islam sama seperti pengajian di Zawiah-zawiah di Morocco. Kami seramai 12 orang pelajar dari anak-anak Abuya sendiri dan kawan-kawan Abuya telah di hantar ke Baling Kedah. Iaitu Pondok Yayasan Khairiah Kupang Baling Kedah. Sedikit latar belakang asal usul pengajian pondok. Setakat yang diketahui dengan pasti pondok atau pusat pengajian Tuan Guru Haji Wan Ishak di Kampung Malau ialah pusat pengajian Islam sistem pondok yang paling tua di negeri Kedah. Pondok itu dibukanya dalam tahun 1806. Pondoknya terpaksa dihentikan apabila beliau dilantik menjadi mufti di Kubang Pasu. Bagaimanapun sebagai mufti beliau membuka pula pondok di ibu negeri Kubang Pasu iaitu di Pulau Pisang pada tahun 1845. Pondok di Pulau Pisang masih segar bugar sekarang sebagai se

MUSUH TUHAN CUBA GAGALKAN KEBANGKITAN TIMUR.

MUSUH TUHAN CUBA GAGALKAN KEBANGKITAN TIMUR. Abuya Ashaari At Tamimi ketika XPDC ke negeri China, Abuya menghidupkan roh perjuangan sahabat Nabi SAW yang datang ke negeri China, iaitu Saad bin Abi Waqqash, bersama sahabat lainnya pada tahun 616 M.  Kebangkitan Islam pertama oleh Rasulullah yang tunggaknya adalah bangsa Arab dan China turut memeriahkannya. Pada kebangkitan Islam kali kedua tunggaknya adalah bangsa Melayu dan di meriahkan oleh bangsa China. Musuh Tuhan cuba gagalkan tapak kebangkitan Islam di Timur. Mereka meniti musuh yang ada di dalam diri manusia sendiri. Yaitu musuh yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Sangat susah untuk berdepan dengan nafsu dalam diri kita sendiri. Terutamanya kalau kita sudah merasakan yang nafsu itu adalah penasihat. Kita sedar dan tidak perasan. Sepatutnya akal itu jadi penasihat. Tetapi apabila nafsu telah mengambil alih peranan akal secara tidak sedar, kita akan dengar dan terima nasihat nafsu. Akal akan digunakan untuk

MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BINA KEKUATAN SENDIRI?

MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BINA KEKUATAN SENDIRI? Firman Allah: قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱللَّهِ وَٱصْبِرُوٓا۟ ۖ إِنَّ ٱلْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ ۖ وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ . (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". (Al-A'raaf,7:128). Abuya tidak jemu-jemu melakukan XPDC, kerana Abuya Ashaari At Tamimi hendak  bina kekuatan yang Tuhan tuntut iaitu kekuatan Iman dan Taqwa.  Dalam sejarah Islam, pengembaraan atau xpdc merupakan suatu tradisi yang biasa dilakukan oleh para ulama dan pencari ilmu. Hampir seluruh ulama Islam pernah mengembara, dari satu kota ke kota lain untuk menuntut ilmu. Ajaran Islam sangat luas. Dari tiga asas utama ajaran Isla

PROGRAM ILMU SELEPAS SOLAT BERSAMA ABUYA.

Abuya ketika berkumpul dengan anak-anak dan isteri-isterinya sering mengadakan program majlis tidak rasmi. Terutamanya selepas solat subuh berjemaah. Ada saja panduan yang diberikan. Ketika mana ada dikalangan kami yang menilai hanya dari sudut akal semata-mata, maka Abuya akan menegur dan memberikan panduan supaya akal terus terpimpin dengan ilmu agama. Bersandar dengan akal yang tidak dipandu dengan ilmu agama mudah terperangkap dengan fahaman muktazilah. Iaitu satu fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli sunnah wal jamaah. Akal yang berperanan tanpa pimpinan ilmu agama akan mudah memisahkan usaha manusia dengan Tuhan. Ia merasakan titik peluh yang keluar adalah dari usahanya semata tanpa bersandar dengan Tuhan. Itu adalah fahaman dan keyakinan yang di terajui oleh muktazilah. Sedikit latar belakang asal usul muktazilah. Perkataan "muktazilah" (معتزلة) berasal daripada kata "iktizal" (إعتزال)، ertinya menyisihkan diri. Ada beberapa pendapat

HIDUP YANG MENDAPAT BERKAT DAN RAHMAT.

HIDUP YANG MENDAPAT BERKAT DAN RAHMAT. Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al Anbiyaa,21:107). Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari). Keberkatan dalam hidup kita sangat ada hubungkait dengan hadis diatas. Rasulullah sebut Sembahyang atau solat kerana ia adalah perkara utama hubungan manusia dengan Tuhan. (حبل من الله). Keberkatan hidup juga ada kaitan dengan Rasulullah. Iaitu sesiapa yang berpandukan Quran dan Sunah dia tidak akan sesat dalam kehidupannya. "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW." (Hadith riwayat Malik). Seterusnya hadis diatas sekali menyebu