Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

TIONGKOK BERPUASA 16 JAM TAHUN 2017.

Negara China (Tiongkok) mulai menunaikan ibadah puasa Ramadhan, pada Sabtu, dengan tempoh waktu rata-rata 16 jam per hari. Jangka masa tersebut kerana bulan Ramadhan tahun ini jatuh pada musim panas yang biasannya di belahan utara bumi siang harinya lebih lama dibandingkan dengan malam hari. Sejak tempoh yang lalu, pihak pengurus masjid di Beijing membagi-bagikan jadwal imsakiyah secara percuma yang tersusun selama 30 hari. Untuk hari pertama bulan Ramadhan yang jatuh pada tanggal 27 Mei 2017, waktu imsak di Beijing, pukul 03.15 waktu setempat (02.15 WIB), sedangkan waktu Magrib pukul 19.33 (18.33 WIB). Mari kita mengimbau kembali XPDC bersama Abuya ke Tiongkok (China).

Sebuah pasar Islam di Beijing. Coaster dijadikan kedai makan bergerak menjual makanan Islam di pinggir Medan Tiananmen. Di belakangnya jelas tertulis 'al mat'am Islami'. Abuya Imam Ashaari At Tamimi dan rombongan tertarik dengan kefasihan berbahasa Arab seorang pemuda dan seorang gadis Cina yang ditemui diha…

KEMATIAN ADALAH SUATU YANG PASTI.

Kematian adalah sesuatu yang pasti. Bukan saja yakin dengan kematian bahkan suka dan bersiap untuknya. Begitulah sifat orang mukmin. Kata Rasulullah kita akan menjadi lemah bila jika berpenyakit cinta dunia dan takut mati. Ertinya kita akan jadi kuat bila ingat mati menjadi kesukaan dan persiapan untuk-nya. Begitulah sifat orang mukmin. Buat persiapan untuk kematian. Tetapi suka akan kematian. Bukan saja sesuatu yang pasti tetapi ia menggembirakan. Bukan sesuatu yang menyusahkan dan menyiksakan. Kita akan jadi lemah bila takut mati. Ertinya umat Islam akan jadi kuat bila mengingati mati. Berusahalah membuat persiapan untuk mati. Mati sesuatu yang menghiburkan kerana kita akan pulang ke kampung halaman. Mati dilihat positif. Kita akan jadi lemah bila takut mati dan cinta dunia. 

Ertinya kita akan jadi kuat bila ingat mati dan suka Akhirat. Persiapan paling penting ialah bersiap untuk kematian. Mati itu pulang ke kampung asal yang menggembirakan bukan menyiksakan. Bagi yang masih hidup k…

FIRASAT ULAMA ROHANI MENGATASI JANGKAUAN PERISIK DUNIA

Seorang ulama Morocco yang membenarkan kebangkitan Timur di Malaysia.

Ulama dari Madinah

     KASYAF menurut Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Perkara tersebut telah di bahaskan oleh para ulama muktabar seperti Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, Imam Sayuti, Ibnu Athaillah dalam kitab Hikam, Yusuf ibn Ismail An-Nabhani dalam kitabnya yang berjudul “Jami’ Karamat Al-Auliya” dan sebagainya. Dalam Islam adanya penyingkapan (kasyaf), yaitu kemampuan seseorang untuk melihat atau menyaksikan sesuatu yang bersifat ghaib seperti melihat, mendengar, atau merasakan adanya suasana ghaib. Apa yang disaksikan itu berada di luar kemampuan dan jangkauan akal fikiran manusia normal.
Maksud hadis:
"Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi) Hadis Qudsi tentang kasyaf. Allah berfirman yang maksudnya: "Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mer…

BULAN RAMADAN PUSAT OVERHOUL ROH MANUSIA.

Sembahyang Tarawih 

Bulan Ramadhan adalah pusat overhoul roh manusia. Bulan Ramadhan adalah bengkel untuk memulikan kembali roh manusia. Institusi Ramadan melatih manusia untuk menyuburkan sifat-sifat malaikat dan melemahkan sifat-sifat kebinatangan. Sifat malaikat dia tidak tahu perkara lain selain hanya taat sahaja pada Tuhan. Begitulah besarnya peranan bulan ramadhan terhadap roh manusia. Kita ambil peluang dalam bulan ramadhan ini untuk bersih dan sucikan roh kita. Bulan Ramadhan dengan peranannya untuk overhaul manusia ini, mengandungi 3 pakej yang besar yang boleh menjadi ubat untuk membaiki manusia.

Berpuasa di siang hari. Apa takrif puasa? Takrif puasa yang kita belajar dengan Abuya pada saya ada dua, dengan erti kata lain, puasa ada 2 definisi. Yang pertama mempertahankan syarat rukun jangan sampai terbatal, ini ada takrifnya yang tersendiri. Apa takrifnya? Wajib dijaga puasa itu jangan sampai terbatal syarat rukunnya. Setakat ini, puasa itu ibarat membangunkan rumah, sudah ada ra…

BAGAIMANA MEMBAIKI DIRI DI BULAN RAMADHAN.(BAH 1).

Bismillahirrahmanirrahim Terima kasih kepada Tuhan kerana dengan Rahmat dan nikmatMu, Engkau izinkan kami berkursus di bulan Ramadan dengan tujuan perpaduan dan untuk mendapatkan sifat taqwa dari Tuhan. Bulan Ramadan adalah satu bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran. Bulan yang diturunkan rahmat dan berkat. Bulan diampunkan dosa. Bulan yang kebaikannya diganda-gandakan Tuhan. Bulan yang didalamnya berlaku Lailatul Qadar. Yang mana siapa yang dapat beribadah tepat pada malam Lailatul Qadar seolah-olah dipanjangkan  umur. Seolah-olah mereka pernah beribadah selama lebih 1000 bulan, yakni lebih dari 83 tahun. Inilah antara Rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa atau yang bercita-cita menjadi orang  bertaqwa. 

Ini satu anugerah Tuhan. Ini menunjukkan bulan Ramadan adalah raja segala bulan. Pada bulan ini, Tuhan menyuruh kita berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malamnya. Oleh kerana Tuhan hendak memberi pahala yang besar, terutama yang mendapatkan Lailatul Qadar, ini mesti ad…

CERMIN KEHIDUPAN LAMPAU DI ERA TEKNOLOGI.

Hanya kehidupan bertaqwa maka barulah kita akan mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat. Seluruh aspek dalam Islam harus diperjuangkan untuk keselamatan kita. Oleh karena itu, kita harus mempelajari, mengamalkan dan memperjuangkan ajaran Islam secara utuh dan menyeluruh. Falsafah dan konsep kehidupan ini pernah menjadi fenomina pada kebangkitan Islam pertama. Kehidupan ini pernah digambarkan sendiri dalam Al Quran. Maksudnya:

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.(At Taubah 9:100).

Mereka yang membesar ditengah kehidupan yang membesarkan kehidupan taqwa sebagaimana mereka yang Allah…

KESUSAHAN MENDIDIK KITA BERJIWA BESAR.

Kebanyakkan nabi dan rasul dibesarkan dalam suasana kehilangan tempat bergantung sejak kecil. Rasulullah SAW kematian ayah ketika dalam kandungan lagi. Rasulullah SAW kehilangan ibu dan datuk yang tercinta ketika kecil lagi. Nabi Musa pula, meskipun hidup dalam istana Firaun namun sudah berpisah dengan ibunya Yukabad yang telah menghanyutkannya ke Sungai Nil. Nabi Ismail juga terpisah dari ayahnya, Nabi Ibrahim sewaktu ditinggal berduaan bersama dengan ibunya Siti Hajar di padang pasir yang gersang. Nabi Isa membesar hanya bersama ibunya, Siti Maryam yang sentiasa diuji dengan cemuhan dan penghinaan kaumnya.

Kemahuan bertolak dari cita-cita. Anak-anak yang dididik dari kecil untuk menjadi orang yang bertaqwa, dengan sendirinya akan menyalurkan kehendak dan naluri mereka ke arah kebaikkan.Abuya menggariskan lapan syarat yang mesti ditempuh untuk menjadi orang yang bertaqwa: Pertama. Dapat petunjuk dari Allah. Alangkah bertuahnya anak-anak yang lahir ke dunia dengan suasana syariat hasil…

OFENSIF YANG TIDAK AGRESIF.

Perjuangan Abuya Imam Ashaari At Tamimi kini di Malaysia dalam usia 49 tahunnya, mula bergerak secara ofensif tetapi tidak agresif. Negara Malaysia sekarang dalam usia 71 tahun kemerdekaannya daripada British. Abuya begerak di Malaysia secara ofensif tetapi tidak agresif. Dengan pendekatan yang lunak tetapi prinsip yang tegas, Abuya mula menjelaskan falsafah, matlamat dan perlaksanaan sistem Islam yang berkait dengan persoalan kenegaraan dan dunia antarabangsa secara terbuka. Abuya menjelaskan apa dan bagaimana ajaran Islam sebenar. Malaysia telah terbina webawanya diperingkat dunia, termasuk negara-negara umat Islam sendiri.

Satu history in the making sebenarnya di dunia dan Timur sedang berperanan. Cuma kebanyakkan orang tidak mampu menjangkau hal ini walaupun dia tinggal di Malaysia. Mereka yang terikat dengan ujikaji, pemerhatian dan keputusan lojik semata-mata tidak akan dapat mengetahui rahsia ini kerana Allah SWT memenangkan agama-Nya melalui pimpinan, cara, dan ketika yang tida…

KINI ERA KEBANGKITAN ISLAM DI TIMUR DAN DI BARAT.

Yahudi dan Nasrani sentiasa menyimpan dendam untuk mengusai dunia Islam. Mereka ingin menebus kembali kekalahan 14 kurun yang lalu. Dendam mereka terlalu mendalam kepada tokoh dan pemimpin Islam. Terutama sasaran mereka terhadap Rasulullah SAW, Khulafaurrasyidin, umumnya para sahabat Nabi SAW, Salahudin Al Ayyubi yang berjaya menawan kembali Baitul Maqdis, Thariq bin Ziyad panglima Islam yang berjaya mengibarkan bendera Islam di bumi Afrika Utara dan meneroka ke bumi Sepanyol, Ghibralta, Portugal dan Selatan Perancis.

Untuk tujuan itu dunia ini terbahagi kepada dua blok. Satu blok timur dengan ideologi sosialis dan satu blok Barat dengan ideologi kapitalis. Melalui sistem tersebut musuh Islam menguasai dan memantau dunia Islam. Mereka telah membawa ideologi-ideologi tersebut khususnya kebelahan-belahan bumi dimana Islam bertapak kuat. Musuh-musuh Islam melancarkan peperangan fizikal dan peperangan saraf. Matlamatnya adalah untuk menguasai umat Islam sekalipun sudah merdeka. Stratigi dia…

MUSLIMAH BERDAKWAH DI PERINGKAT ANTARA BANGSA.

Tahun 80-an, ketika Abuya Imam Ashaari At Tamimi mula buka ruang dengan memperluaskan gelanggang dakwahnya ke luar negeri, muslimah Abuya dibawa juga bersama ke medan antarabangsa. Menemui wanita-wanita di seluruh dunia untuk menyampaikan seruan Islam. Mereka dibawa menyaksikan sendiri betapa kencangnya arus kebangkitan Islam dan sama-sama membantu kaum lelaki bagi mempercepatkan proses kebangkitan Islam kali kedua. Dunia pada hari ini melahirkan ramai yang wanita-wanita cerdik pandai tapi rendah nilai akhlak. 

Di sini kita dapat melihat konsep tamadun Barat atau sekular melahirkan orang yang celik akal buta hati. Menjadikan manusia tidak takut dan tidak mencintai Tuhan yang Maha pencipta. Pada kebangkitan pertama tamadun yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu membina insaniah manusia atau menghidupkan roh atau hati mereka. Dalam ajaran Islam iaitu awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Pendidikan yang berlaku kepada Para Sahabat perkara yang sama mereka mendidik mus…