Langkau ke kandungan utama

POLIGAMI CARA MEWUJUDKAN PERKAHWINAN TERANCANG.



Kaum wanita membentuk golongan mejoreti di dunia. Untuk percepatkan kebangkitan Islam, mereka harus diberi tumpuan dakwah dan didikan. Poligami juga membantu kaum lelaki mengenali pelbagai watak dan tabiat wanita. Seorang pemimipin khususnya, perlu soal ini, supaya masyarakat wanita keseluruhannya dapat dididik dan disalurkan peranannya sesuai dengan kebolehan dan minatnya. Seperti apa kata Abuya Imam Ashaari At Tamimi: "Seorang suami yang mempunyai empat orang isteri dan faham tabiat Keempat empat isterinya itu, dia sudah faham tabiat keseluruhan wanita."


Namun mereka yang dibesarkan oleh dunia teknnologi gagal mendidik muslimah untuk menerima sesuatu yang begitu ditakuti dan dibenci oleh nafsu wanita, tetapi dibenarkan oleh Allah dan menjadi amalan tradisi orang soleh iaitu poligami. Untuk berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan cabaran, memerlukan ketahanan dan kekuatan jiwa.
Poligami adalah jalan untuk wanita memerdekakan jiwa dari kongkongan nafsu yang tidak pernah puas dan melatih jiwa kuat dan tabah. Di peringkat awal, di era pembinaan insan, poligami dijadikan sebagai ubat untuk mengawal nafsu wanita. 


Musuh Islam dan putar belit orentalis menggunakan isu poligami sengaja di wujudkan untuk mengelirukan umat Islam. Pemikiran masyarakat yang menganggap poligami sebagai pemuasan nafsu lelaki telah diperbetulkan oleh Abuya Imam Asaari At Tamimi. Dengan mengenengahkan hikmah poligami yang sebenarnya. Dengan Poligami, wanita itu diproses hatinya. Dikekang nafsunya dan dibuka pintu hatinya untuk lebih bergantung hati dengan Allah. Itulah pembelaan untuk wanita yang bercita-cita untuk melangkah ke syurga. Bagi lelaki, poligami adalah medan mereka mentadbir dengan adil, dan mengenali kaum wanita.


Poligami ditekankan lebih kepada keperluan daripada keinginan. Terimakasih pada Tuhan yang menurunkan agama Islam sebagai petunjuk, Namun begitulah manusia, ingatan dari Tuhan tidak dijadikannya sebagai pengajaran, hingga bukan saja sudah hilang pri kemanusiaanya, bahkan pri 'kehaiwanannya'pun sudah tak ada.
Itu salah satu contoh dari sekian banyak contoh yang cukup menyedihkan. Tentu kita inginkan kelapangan masa yang Tuhan sudah berikan pada kita dapat kita memanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan cara selamat dan juga menyelamatkan manusia dan seluruh makhluk. 


Sebagai manusia tentu kita menginginkan kebahagiaan. Begitu juga manuaia yang fitrahnya masih baik, dia mengharapkan orang lain juga mendapatkan kebahagian. Suami adalah anugerah Tuhan kepada isteri agar dapat kita gunakan untuk kemaslahatan manusia tanpa memberikan mudharat kepada manusia lain. Poligami juga sebagai persediaan jiwa untuk muslimah. Hanya jiwa yang kuat akan mampu memikul tanggungjawab perjuangan yang berat. Di era muslimah mula bergelanggang ke tengah masyarakat, poligami menjadi alternatif untuk wanita yang berjuang.

Firman Allah:

اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

"..Hendaklah kamu ingat akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). ( Al-Baqarah 2:40 ).

Firman Allah:

Agama Islam mengajarkan kepada kita agar kita senantiasa bersyukur. Jika kita bersyukur maka nikmat kita akan ditambah oleh Allah Swt dan jika kita kufur (ingkar), yakinlah azab-Nya sungguh pedih. Begitu kata Alllah Swt sebagaimana firman-Nya.:” Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
 (Ibrahim 14:7)

Dalam ayat lain Allah Swt berfirman“Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (QS. An Naml ayat 40)


Sebenarnya semua ini adalah nikmat, anugerah dari Tuhan yang patut manusia syukuri. Namun semakin sedikit manusia yang bersyukur. Malah kejahatan di kalangan manusia bertambah kejam. Adakalanya manusia bukan seperti manusia lagi, karena sudah hilang kemanusiannya. Sebagai bukti yang telah kita bincangkan diatas. Manusia sudah seperti buta dengan peringatan Tuhan. Hanya mementingkan diri masing-masing sahaja.


Terimakasih pada Tuhan yang menurunkan agama Islam sebagai petunjuk, Namun begitulah manusia, ingatan dari Tuhan tidak dijadikannya sebagai pengajaran, hingga bukan saja sudah hilang pri kemanusiaanya, bahkan pri 'kehaiwanannya'pun sudah tak ada.
Itu salah satu contoh dari sekian banyak contoh yang cukup menyedihkan. Sebagai manusia tentu kita menginginkan kebahagiaan. Begitu juga kita mengharapkan manusia lain menikmati sama.Mengapa dengan semakin pesatnya ilmu dan berkembangnya maklumat tetapi manusia semakin jauh dari ketenangan dan kebahagiaan? 


Tentu ini bukan karena ilmu adalah sesuatu yang mesti dibuang. Sebenarnya yang menjadi masalah pada dunia dari dulu sampai sekarang bukan karena ilmu tersebut yang awalnya netral, bukan juga kerana material-material yang sudah wujud, seperti batu, besi, perak, timah atau hasil buatan manusia seperti kenderaan dan lain-lain. Bukan juga karena benda-benda yang ada di alam seperti buah, tanaman. Tetapi yang menjadi masalah adalah pada manusianya. Bila manusia yang menjadi masalah, maka benda-benda hasil usaha manusia tadi akan menjadi masalah. Contohnya buah anggur, yang merupakan ciptaan Tuhan. Anggur tidaklah menjadi masalah, tapi dapat menjadi masalah bila manusia berhadapan dengan manusia yang jahat. Dibuatlah buah anggur menjadi arak. Maka timbullah masalah. Yang salah tentulah bukanlah buah anggurnya.


Muslimah mempunyai banyak masa untuk melaksanakan tanggungjawab perjuangannya tanpa mengabaikan terhadap suami. Pergiliran waktu, memberi ruang Muslimah membahagikan masanya dan merancang kegiatannya dengan teliti. Ini adalah suasana yang diperlukan oleh mujahidah; tidak terlalu bergantung hati kepada suami dan tidak terabai tanggungjawab sebagai isteri. Poligami juga sebagai jalan mewujudkan perkahwinan terancang. Perkahwinan yang teratur berdasarkan tugas dan peranan kedua dua pasangan. Supaya kerja-kerja perjuangan agama Allah ini dapat berjalar dengan lancar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N