Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

BAGAIMANA MELEPASKAN DIRI DARI TIPUAN DUNIA.

BAGAIMANA MELEPASKAN DIRI DARI TIPUAN DUNIA.

Guru mursyid kita Abuya memandu murid-muridnya secara rasmi dan tidak rasmi. Secara rasmi Abuya membuka kitab dan menyampaikan dalam pengajian yang dikendalikannya. Secara tidak rasmi sering dibuat selepas solat berjemaah dengan beliau atau bermusafir dengannya. Beliau sering mengingatkan, kita mesti melepaskan diri daripada penipuan dunia ini. Abuya banyak menyampaikan panduannya melalui program tak rasmi. 

Dan di antara cara cara bagaimana kita boleh mengelakkan diri daripada penipuan ini ialah menurut Imam Ghazali r.h. Taala, seseorang itu mesti ada sifat sedar dan sifat cerdik. Kata Imam Ghazali, “Anak kunci kebahagiaan di akhirat ialah kebahagiaan yang hakiki dan kebahagiaan yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagian yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagiaan akhirat ialah orang yang dapat mengelakkan diri dari tipuan dunia.

Cuma, orang yang berjaya mendapat kebahagiaan akhirat itu ialah orang yang mempunyai…

DOA KESELAMATAN UNTUK UMAT ISLAM.

"Doa Ahli Sunnah Waljamaah."

Doa Ahli Sunnah Waljamaah yang di ajarkan oleh Abuya kepada kita yang ada hubungkait dengan kejadian pertembungan golongan Rafidah dengan golongan Mubtadiah.
 "Wahai Tuhan kami, engkaulah keselamatan, dan daripada -Mu jua keselamatan. Engkau Maha Suci Tuhan kami dan Maha Tinggi, hai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian. Kami dengar dan kami taat, ampunkanlah kami wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jua kesudahan kami. Wahai Tuhan, tolonglah tentera-tentera Islam, dan askar-askar yang mengesakan Tuhan dan binasakanlah orang-orang kafir, orang-orang yang mempersekutukan-Mu dan hancurkanlah musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama Islam. Dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekelian alam. Wahai Tuhan, pecahkanlah kumpulan mereka dan bubarkan himpunan mereka dan kurangkan bilangan mereka dan goncangkan kaki-kaki mereka, dan turunkan seksa yang pedih ke atas mereka dengan rahmat-Mu wahai Tuhan sekelian alam. Tuhan kami, wahai Tuhan kami, tolon…

TIPUAN DUNIA.

TIPUAN DUNIA.
(Rumah di Bangi) (Tasik KUIS Bangi).
Maksud firman Allah :”Allah lah yang menjadikan mati dan hidup ini agar Allah dapat menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.”(Al Mulk: 2).

Tajuk pengajian Abuya Imam Ashaari At Tamimi kali ini ialah Tipuan Dunia . Pengajian kita pada kali ini adalah dari bahagian Tasawuf dan pengajian kita ini adalah berdasarkan kitab bernama Mauizatul Mukminin atau ‘kerengkasan daripada kitab asal iaitu Ihya’ ULumuddin karangan Imam Ghazali r.h. Dan perkara yang hendak kita perkatakan dalam pengajian tasawuf kita ialah bab penipuan. Sebelum kita pergi kepada pokok pengajian kita, elok juga kita katakan di sini tentang betapa pentingnya kita mempelajari ilmu tasawuf, lebih lebih lagi di akhir akhir ini di mana setengah setengah orang tidak lagi menghiraukan pengajian tasawuf ini kerana bagi mereka pengajian tasawuf ini menghalang kemajuan. 

Padahal ilmu tasawuf ini adalah satu pengajian yang dapat menjaga amal yang kita kerjakan itu be…

EMPAYER ROH KUASANYA CATUR DUNIA.

Menurut Abuya, tegakkanlah negara (roh) di dalam diri, nescaya akan terbangun daulah di peringkat negara. Pada peringkat ini, roh diproses dan diolahkan dirinya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamakan hakikat diri manusia. Jadi pada peringkat ini dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh. Tubuh ini merupakan tubuh batin hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan Af’alnya. Ianya menjadi sempurna, teknologi roh ialah mukjizat bagi para nabi, karamah bagi para sahabat, para salafussoleh dan para wali dan maunah bagi orang soleh yang begitu percaya dan yakin dengan perkara-perkara ajaib dan ghaib.

Dalam sebuah hadith ada disebut :                                   الصلاة معراج المؤمنين  “Sembahyang itu Mikraj orang Mukmin”. 
Orang mukmin ialah orang Islam yang patuh dan Mikraj pula bermaksud naik. Orang mukmin dinaikkan taraf atau status atau makamnya melalui ibadat sembahyang. Sembahyang boleh meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang…

NERAKA WAIL BAGI SOLAT YANG LALAI.

NERAKA WAIL BAGI SOLAT YANG LALAI.
Maksud firman Tuhan:
"Neraka wail bagi orang yang sembahyang,(solat) iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.” (Al Maaun : 4 & 5)

Terdapat banyak tafsiran dan kupasan tentang maksud “lalai” dalam ayat ini. Maksud pertamanya ialah cuai bersembahyang hingga habis waktunya. Sembahyang itu sama ada diqadhakkan sahaja ataupun ditinggalkan terus. Maksud “lalai” yang kedua ialah tidak khusyuk dalam sembahyang. Iaitu tidak hadir hati dalam sembahyang. Dalam sembahyang teringat perkara-perkara di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena dengan sembahyang. 

Malahan, bukan sahaja tidak hadir hati dalam sembahyang, maksud perbuatan dan lafaz dalam sembahyang pun tidak diketahui atau difahami. Jauh sekalilah untuk dihayati atau dijiwai.Ketiga ialah tidak melaksanakan segala ikrar dan janji yang dibuat di dalam sembahyang. Dalam sembahyang, berbagai-bagai ikrar dan janji dibuat. Diantaranya kita berikrar bahawa segala sembahyang, ibadah, hidup dan mati…

KARAMAH KHALIFAH UMAR DI SUNGAI NIL

KARAMAH KHALIFAH UMAR DI SUNGAI NIL
(Sungai Nil yang terpanjang di dunia)
(Sungai Nil menjadi saksi karamah Saidina Umar Al Khattab).
Mesir juga dikenali dengan gelaran bumi Kinanah. Mesir mendapat gelaran bumi Kinanah bermaksud  mempunyai seribu anak panah.  Tahrir merupakan sebuah bandar yang mana mengalir di tengahnya Sungai Nill yang mana merupakan antara sungai terpanjang di dunia dan dikaitkan dengan kisah Nabi Musa dihanyutkan ketika kecil. Kita boleh menikmati ke indahan persisiran sungai dengan menaiki cruise.Di sini juga letaknya muzium Tahrir yang mana mempamerkan peninggalan mesir dr zaman firaun sehingga sekarang dan di dalamnya terdapat mumia Ramsis 2 yang terkenal berikutan kisahnya menentang Nabi Musa .

Kinanah membawa maksud yang mendalam kerana mempunyai banyak masjid dan dikenali sebagai gedung ilmu kerana disini terletaknya sebuah universiti tertua di dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Mesir adalah antara negara tamadun terawal di dunia dan mempunyai pelbagai sejarah sepe…

KESAN KEBANGKITAN ISLAM KEPADA INDIVIDU.

KESAN KEBANGKITAN ISLAM KEPADA INDIVIDU.
(Mesir mejoriti bermazhab Syafei).

Di era kebangkitan Islam ada bunus dari Tuhan. Antaranya dipermudahkan kepada individu yang ingin membuat perubahan diri. Kalau sebelum ini susah untuk mencari kelas fardhu ain, kini program di masjid dan surau program bagaikan cendawan tumbuh. Ini adalah kesan kebangkitan yang melahirkan manusia yang ada rasa kehambaan kepada Tuhan dan rasa hablum minannas atau rasa bekhidmat sesama manusia yang tinggi di Timur ini. 

Sebaliknya kalau ada individu yang mementingkan keuntungan dan mengenepikan syariat Islam mereka akan dipulau oleh masyarakat kerana mejoriti telah mendapatkan kesedaran pentingnya syariat Tuhan. Di era kebangkitan Islam juga menjadikan kelompok yang cintakan Islam akan cetuskan dan melahirkannya model Islam  secara terang-terangan. Bagi yang bencikan Islam terpaksa menyembunyikan kebenciannya, kerana kalau dilahirkan masyarakat akan mengutuk dan bertindak terhadapnya.

Bahkan di media arus perdana ju…

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


Firman Allah:
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya:
" Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (
Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.
Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sungai terp…

MENYEBERANG TANPA JEJAK KAKI DI SUNGAI TIGRIS.

MENYEBERANG TANPA JEJAK KAKI DI SUNGAI TIGRIS.

Negara Iraq atau nama lamanya Mesopotamia bermaksud tanah di antara sungai-sungai). Negara yang kaya dengan sumber sejarah lama. Menurut risalah yang di cetak oleh kerajaan Iraq untuk membantu pelancung mengenali sejarah Iraq secara ringkas, ada 10 ribu artifacts lama Iraq. Negara bertamadun paling tua didunia. Negara yang dikenali sebagai kota Ilmu suatu ketika dahulu. Negara yang kaya dengan bahan galian seperti emas dan petroleum. Negara yang dikenali dengan adanya wali perempuan dan lain-lain. Kerananya Abuya pernah keluarkan buku 'perang teluk berpanjangan ' ketika itu Sadam Husein berperang dengan Amerika. 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing y…

MAZMUMAH LEBIH DAHSYAT DARIPADA SAKIT JIWA.

MAZMUMAH LEBIH DAHSYAT DARIPADA SAKIT JIWA.

Sedang terjadi di hadapan mata kita penyakit-penyakit jiwa yang melanda masyarakat. Seperti putus asa, kecewa, resah gelisah, sakit jiwa, fikiran bercelaru, rasa rendah diri, (inferiority complex), kesunyian, kekosongan jiwa, rasa kesepian (loneliness), ketegangan perasaan dan bermacam-macam lagi bentuk sakit jiwa. Keadaan itu semakin parah, semakin buruk bila ditambah dngan penyakit-penyakit jiwa lainnya, seperti hasad dengki, bakhil, gila dunia, pendendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riya', ujub, dan lain-lain yang semakin  merajalela  di dalam masyarakat.

Sifat takabur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin dibuat oleh seseorang itu. Mahmumah lebih dahsyat daripada sakit jiwa. Hampir semua dari kita ada sifat ego atau sombong ini. Untuk membuangnya,amat susah sekali. Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat …

KASIH SAYANG ANAK KUNCI PERPADUAN.

KASIH SAYANG ANAK KUNCI PERPADUAN.
(Rumah terbuka wadah menyambut tetamu). (Tetamu: Ustaz Abdur Rahim Binjai kawan lama bersama anaknya A. Baset tokh motivasi).
Kemeriahan syiar amalan Islam di Malaysia di era kebangkitan Islam di Timur. Menarik perhatian pelancung-pelancung dari Timur Tengah. Pencapaian KL Sentral selaku pusat siber terulung Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia menaikkan tarafnya, sekaligus membolehkannya memperluaskan prasarana teknologi fizikal dan maklumat bertaraf dunia sambil melengkapi bandar Cyberjaya, dengan memberikan pilihan kepada syarikat yang hendak mencungkil kelebihan status MSC serta mendekati para pelanggannya. Sekaligus kemudahan para pelancung yang datang ke Malaysia "Menurut pemerhati dan pelancung dari Timur Tengah, mereka beri pandangan apa yang ada di Amerika ada di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tiada di Amerika."

Negara Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber daya alam dan energi, baik yang ada di permukaan bumi berup…