Langkau ke kandungan utama

KETUA KELUARGA ADALAH PEMIMPIN.

KETUA KELUARGA ADALAH PEMIMPIN.
(Anak Abuya, Mohammad Ikramullah bersama isteri-isterinya dan sebahagian anak-anaknya).

(Keluarga Fakhrur Razi).


Maksud firman Tuhan:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
(At Tahrim 66:6).


Bapa atau ketua keluarga adalah pemimpin. Ketua keluarga adalah pembela kepada keluarganya. Juga adalah pelindung dan penyelamat. Memikirkan keperluan dan bertanggungjawab kepada keluarga adalah satu jihad. Ertinya dalam Islam kita kena beri manusia Tuhan dan beri manusia makan. Itulah yang paling asas ketua keluarga kena lakukan. Kepimpinan bermaksud keupayaan seseorang pemimpin (ketua) pada setiap peringkat pengurusan yang mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi yang wujud supaya saling berperanan dan berfungsi untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. "Kepimpinan dalam Islam merupakan satu amanah".


Kepimpinan ialah tanggungjawab yang lahir daripada autoriti yang sahih. Seorang pemimpin yang memimpin sesebuah organisasi, jabatan atau unit merupakan individu yang diberi amanah dan bukannya diberi peluang untuk mencipta nama atau memperluas pengaruh kuasa yang sedia ada. Pengarahan merupakan penggunaan kuasa dan mandat yang ada pada seseorang pimimpin yang perlu digunakan secara berkesan. Kuasa yang terdapat pada seseorang pemimpin merupakan satu keistimewaan yang dimiliki oleh mereka dan perlu diuruskan dengan cara yang baik.


Maksud hadist:
Umar r.a berkata : aku sudah mendengar rasulullah saw bersabda : tiap-tiap orang merupakan pemimpin dan bakal diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Satu Orang kepala negeri dapat diminta pertanggungjawaban faktor rakyat yg dipimpinnya. Seseorang suami dapat ditanya aspek keluarga yg dipimpinnya. Seseorang isteri yg memelihara rumah tangga suaminya dapat ditanya elemen tanggungjawab & tugasnya. Bahkan satu orang pembantu/pekerja rumah tangga yg bertugas memelihara barang milik majikannya pula bakal ditanya dari elemen yg dipimpinnya. & anda sekalian pemimpin & bakal ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal faktor yg dipimpinnya.(Bukhari dan Muslim).


Abuya selaku guru mursyid mendidik kita supaya memberikan khidmat kepada masyarakat. Sebaik-baik manusia kata Rasulullah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Di antara kaedah (method) pendidikan yang perlu dilakukan juga, agar anak didik tersebut mampu melaksanakan ilmu mereka adalah dengan melatih mereka melaksanakan kebaikan. Atau kalau kita sudah ada anak sekali sekala bimbing anak kita berbuat kebaikkan kepada adiknya atau jirannya. Perkara tersebut kita jadikan latehan kepada anak kita.


Pada dasarnya, hadis di atas berkata berkaitan rutinitas kepemimpinan dalam islam. Dalam hadis ini dijelaskan bahwa kebiasaan paling pokok dalam kepemimpinan merupakan tanggun jawab. Seluruhnya orang yg hidup di muka bumi ini dinamakan sbg pemimpin. Karenanya, yang merupakan pemimpin, mereka memikul tanggung jawab, sekurang-kurangnya kepada dirinya sendiri. Ertinya tanggungjawab kepimpinan mengikutlah saiz yang Tuhan amanahkan kepada kita.


Tanggungjawab ketua keluarga dalam kepimpinannya, boleh menjadi contoh teladan yang baik dalam segala perkara kepada keluarganya. Menjaga hubungan di samping menitikberatkan urusan terhadap keluarganya dan bertindak adil dalam segala urusan. Berganding bahu bersama isterinya untuk membawa bahtera keluarganya sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan. Arah tuju kepimpinan keluarga dalam islam mestilah tidak menyeleweng daripada syariat islam. Ketua keluarga tidak boleh sesuka hati menggunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi. Apa yang penting dia dapat gunakan kuasanya untuk mendaulatkan hukum Allah.


Bagi seorang guru pula sekali-sekala setelah mengajar di kelas agar murid-murid berbuat baik, pendidik hendaklah membawa keluar pelajar-pelajarnya agar melaksanakan kebaikan. Contoh latihan yang boleh dibuat ialah membawa murid-murid keluar untuk bergotong-royong membersihkan masjid, tanah perkuburan atau pergi ke ladang dan membantu petani bertani. 


Dalam Islam pekerjaan bertani adalah usaha yang paling mulia. Sebab itu dikalangan para nabi dan rasul banyak yang bertani. Bertani adalah usaha yang mulia kerana banyak latehan tawakal kepada Tuhan. Orang mukmin adalah orang yang kuat bersandar dengan Tuhan. Bersandar diri dan hidupnya dengan Tuhan. Sebaliknya orang yang bersandar dengan manusia ertinya telah melakukan syirik khafi. Orang yang tidak kuat bersandar dengan Tuhan tidak sanggup mengambil reseko. 


Orang yang lalai dan lemah dengan Tuhan kerana bimbang dengan kehidupan dunianya.Kerana kurang tawakal dengan Tuhan. Orang yang malas kurang bertanggungjawab. Mengetahui sifat-sifat yang ada pada diri kita, kita nanti dapat melatih diri, mendidik diri kita dan dapat betulkan diri sudut mana lagi yang perlu dibaikki. Sikap malas juga akan mudah menyalahkan orang lain. Kalau tidak buat muhasabah susah untuk kita perbaiki diri. Saidina Umar ketika buat muhasabah diri beliau menyediakan rotan untuk menghukum dirinya sendiri. Jika tidak, maka terjadilah kejahatan, krisis jiwa dan ketegangan fikiran hingga hilanglah kebahagian.


Orang yang lalai rohnya sudah derhaka pada Tuhan, seakan-akan sudah tidak kenal Tuhan. Roh terbelenggu dalam jasad, dikongkong oleh nafsu dan syaitan itu. Roh sudah tidak takut dan tidak malu lagi pada Tuhan. Roh tidak rindu dan tidak cinta lagi pada Tuhan, tidak merasa hina dan rendah diri serta bersifat ketuanan. Roh sudah sombong, keras, hasad dengki, tamak, pendendam, bakhil, gila dunia, kuat makan, banyak tidur dan lain-lain, menyerupai kehendak nafsu yang terkutuk itu. Menjadi orang yang memilki jiwa yang kasar, kejam, tidak ada perasaan, dan sangat mementingkan diri sendiri.


Ketua keluarga atau bapa kena melatih anak-anaknya bersusah payah, supaya mereka tahu betapa susahnya seorang petani. Susah untuk mendapatkan rezeki. Supaya terbangunnya perasaan perikemanusiaan di hati mereka. Bukanlah pendidikan itu membaca kitab sahaja. Pendidikan yang sebenarnya ialah para pendidik dan pelajar-pelajar perlu turun ke gelanggang untuk melihat sendiri kehidupan orang miskin. Hasilnya akan terbangunlah fitrah kasih sayang. Fitrah kemanusiaannya akan hidup. Supaya rasa sayang pada manusia itu subur di dalam diri mereka. Perihatin dan kepekaan akan mudah dirangsangkan"



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N