Langkau ke kandungan utama

MENJADI PEMIMPIN DI USIA REMAJA.

MENJADI PEMIMPIN DI USIA REMAJA.
Sawah padi Tanjung Karang.
Tanjung Karang jelapang padi yang kedua terbesar di Malaysia.

Destinasi saya seterusnya menjejak dakwah Abuya diperingkat remajanya. Iaitu pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor ini. Kampung Sungai Leman dan Sungai Nibong terletak didalam daerah Tanjung Karang. Ketika di sini, cuaca adalah amat terik tetapi berangin, namun kami tetap kesejukan kerana kereta berhawa dingin. Pemandangan di sebelah kiri jalan terbentang luas sawah bendang yang kawasan laluan angin tanpa sebarang sekatan. Di pertengahan perjalanan antara Tanjung Karang ke Kuala Selangor, saya sempat berhenti di dua kawasan. Satu di tepi sebuah parit yang mempunyai himpunan banyak pokok teratai. 


Terdapat sebuah terusan besar yang bermula dari Tanjong Karang yang bersilang dengan Sungai Tengi menggunakan kunci air. Terusan itu berakhir di daerah Sabak Bernam. Ia mula-mula dibina ketika zaman penjajah dan sering dipanggil oleh penduduk tempatan sebagai 'Bangkenal' yang diambil dari perkataan asal 'Ban Canal'. Tujuan utama pembinaan terusan ialah untuk membekalkan air yang cukup bagi mengairi tanaman padi, ia juga digunakan oleh syarikat bekalan air untuk memproses dan membekal air yang telah dirawat selain turut dijadikan tempat penternakan ikan air tawar oleh penduduk kampung. 


Tanjung Karang atau kadang-kadang juga dieja Tanjong Karang adalah sebuah mukim dan pekan penanaman padi yang terletak di Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Ia juga merupakan kawasan jelapang padi kedua tebesar di Malaysia selepas negeri Kedah. Pekan Tanjung Karang dibahagikan oleh Sungai Tengi di tengah-tengah dan dihubungkan dengan jambatan. Penduduk minoriti Cina tinggal di bandar dan kawasan sebelah laut (Bagan), manakala kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya penana man padi. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Pasangan, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi.


Bagaimana beratnya ujian, beban hidup dan perjuangan yang dipikul kepada Abuya ketika umur remaja dua puluhan tahun. Waktu itu Abuya bekerja sebagai guru di Sungai leman, Selangor. Di sebelah malamnya Abuya berdakwah atas nama PAS. Namun ini semua menjadi kekuatan bagi para pejuang ditimur yang ingin menjadi Ikhwan dan Asoib. Ujian yang datang menjadi baja menyubur kekuatan dalam berjuang. Nikmat yang diberi menjadi hiburan dan kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan jadual Tuhan ini. 


Suatu hari di sungai Leman, ketika pulang dari dakwah itu bersama dengan dua motosikal' tiba-tiba di tengah gelap itu, dia ditahan seseorang dengan kayu dan hendak dipukulnya. Bila Abuya berhenti untuk mengecam orang itu dengan lampu motor, orang itu terus lari lintang pukang tapi sempat membaling kayu dan botol, yang pecah berkecai. Suatu kejadian lain di Sungai Leman juga,ketika Abuya balik dari berdakwah di tengah malam, sampai ke rumah di kawasan perkuburan, dilihatnya ramai polis sedang mengelilingi rumahnya. Ada aduan kononnya Abuya sibuk-sibuk itu kerana berkerjasama dengan Indonesia dalam konfrantasi dengan Malaysia waktu itu. Walhal Abuya tidak pun berbuat demikian. Hasil siasatan, didapati Abuya bersih dari tuduhan itu.


Ketika berdakwah di Sungai Nibong, Abuya berdua dengan Nagiman seorang guru silat. Oleh kerana Abuya hendak menziarahi bapa angkatnya, Pak Karim, maka kawannya pergi dulu ke tempat dakwah itu sendirian. Tapi tiba-tiba Nagiman pulang termengah-mengah berjumpa Abuya. Katanya tiga orang memukulnya di tengah jalan. Dia melawan dan basikalnya terjatuh dalam sungai.


Pernah di satu hari ketika subuh masih gelap, Abuya sedang mandi dengan memakai kain basahan di masjid Sungai Leman, tiba-tiba mukanya disuluh dengan torchlight dan sebatang kayu diangkat untuk memukulnya, angkara PAS kuat di Tanjung Karang. Sedang Abuya bersiap-siap hendak melawan dan kemas-kemaskan kain basahan, pelik! Orang itu sudah lari lintang pukang. Kenapa? Abuya agak ada pertolongan Allah dengan mendatangkan sesuatu yang menakutkan orang itu. Sebab selepas itu Abuya dengar orang kata Abuya ada jin. 


Bila ditanya betulkah Abuya ada ilmu jin, khadam, dan lain-lain, Abuya menjawab, "Nak didik manusia pun susah, kalau boleh tundukkan jin hebatlah!". Ada orang kata, Ustaz Ashaari mesti ada memakai ilmu apa-apa, sebab itu jemaah dia boleh pergi sejauh itu. Abuya menjawab memang Alłah berjanji, pakaian taqwa itu adalah terbaik kerana ia mendatangkan bantuan Allah. Contohnya, berbeza dengan badan-badan Islam lain yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin masing-masing, Abuya buat cara hidup dan sistem sendiri.


Abuya buat model dengan membuka kedai, kilang, studio, sekolah, klinik dan lain-lain projek secara Islam dan dikaitkan dengan Tuhan. Bukanlah kecil sistem itu sampai ditakuti sesetengah pihak! Soalnya di mana Abuya belajar untuk berbuat itu semua dan diambil dari mana semua kekuatan itu? Kalau ianya bersifat akal tentu akal -akal bijak pandai lain pun mampu mencetuskannya juga.


Abuya diuji di gelanggang realiti yang memerlukan seluruh upaya kreativiti dan ketahanan mental serta roh bagi melepasinya. Abuya seperti di ilhamkan untuk menghadapinya dengan baik. Stratigi menghadapi ujian yang Abuya pakai sangat berkesan. Abuya bagai diajar-ajarkan. Begitu juga langkah-langkah yang Abuya ambil dalam perjuangan bukan bersifat akal biasa. Lebih-lebih lagi buah fikiran Abuya dalam perjuangan memang berbeza sungguh dengan apa yang ada pada pemimpin-pemimpin Islam lain. Semuanya bukan dari akal.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N