Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

PEMANGKIN PENDIDIKAN ANAK YATIM

(  KOMPLEKS  ANAK-ANAK YATIM TERLETAK DI KELANG ). DALAM al-Quran sebanyak 23 kali disebut perkataan ‘yatim’ dan penggunaan kata-kata yatim itu merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Artinya mereka yang berada dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan serta tanggung jawab dari kita semua / masyarakat agar mereka boleh belajar dengan tenang, hidup layak dan boleh bergembira seperti anak-anak  lain yang mempunyai  ayah atau ibu.  Begitu banyak ayat-ayat al-Qur’an menjelaskan tentang tanggung jawab kita / masyarakat agar memperhatikan dan memelihara anak yatim dari segi kejiwaan serta sosial kemasyarakatannya, dan kita dilarang untuk merendahkan, serta menghina keadaan  mereka. Tetapi realitanya sudah berapa persen dari umat muslim  yang mau peduli mengambil tanggung jawab sebagai orang tua dari sekian banyak anak yatim dan anak terlantar.   Xpdc ke pelabuhan Kelang pada 28hb Nov 2017 / 9 Rabiul Awwal 1439h. Solat zohor dan makan tengah hari di rumah Ustaz Zubi

DUNIA TEMPAT UJIAN

TUHAN JADIKAN HIDUP UNTUK DIUJI  Firman Allah:                                قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ .... Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, ".(An naml 27:69). XPDC kali ini ke Selatan Malaysia. XPDC menuju ke negeri Johor  Darul Takzim. Pada hari Ahad 26 November 2017. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan menjadi pusat perniagaan dan kawasan perindustrian terbesar bagi Negeri Johor. Manakala Kota Iskandar di Iskandar Puteri pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor. Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948. Abuya  Pernah membuka perkampungan dan pendidikan di Masai Johor. Hidup ini ibarat bermusafir atau sedang berxpdc. Persiapan dan bekalan perjalanan diperlukan. Kamal Wong berbangsa China adalah anak murid Abuya. Beliau telah pun berumahtangga dan tinggal di Kulai Johor. Mempunyai 5 orang anak. Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri in

ABUYA LAHIRKAN MODEL ISLAM YANG SYUMUL

ABUYA LAHIRKAN PEJUANG PELBAGAI BIDANG. Abuya memperjuangkan model Islam yang syumul. Apa yang dapat kita lihat dalam kehidupan anak-anak murid Abuya mereka menguasai pelbagai bidang. Selama mereka bersama Abuya ada yang didedah kan dengan berbagai-bagai kemahiran. Dengan pendedahan tersebut masing-masing dapat menyuburkan dalam bidang yang diminati dan yang mereka kuasai. Ketika kunjungan saya ke Bertam Kepala Batas Pulau Pinang pada pagi jumaat.Kami bermalam sebelumnya di Ipoh.  Mereka yang sempat ditemui ialah Ustaz Mohammad Ayob, Ustaz Abdul Halim dan Ustaz Saad bin Hasyim.  Mereka tinggal di Bertam, Kepala Batas Negeri Pulau Pinang. Setelah pulang daripada sembahyang jumaat perbincangan dan jamuan bersama-sama kawan-kawan lama semakin mesra dan rancak. Masing-masing adalah sebagai usahawan desa. Ada dikalangan mereka mengusahakan kilang roti, menternak kambing dan kuih muih. Itulah contoh anak-anak murid yang Abuya lahirkan. Mereka hidup berdikari dan jika ada masalah yang dihadap

PAHLAWAN ISLAM

PERJUANGAN YANG TEGUH MERINTIS MASA. ( bersama Tuan Rahim dan anak-anaknya ). ( suasana jamuan makan bersama tuan Rahim dan cucunya ). Xpdc utara  23hb Nov 2017 / 4 Rabiul Awwal 1439h. Solat magrib dan makan malam di rumah Tuan Rahim di Ayer Tawar. Pangkat terakhir beliau sebelum pencin selaku ketua keselamatan angkatan tentera laut Malaysia di Lumut, Perak. Beliau orang yang mendapat  hidayah. Kehidupannya berhijrah daripada jahiliah kepada Islam is the way of live. Hasil kunjungan ziarah kerumahnya terbukti beliau orang yang benar-benar mempraktikkan cara hidup Islam. Ketika saya menjadi tetamunya di rumah beliau, menyaksikan bagaimana dia mengatur keluarganya mengikut syariat Islam. Islam is the way of live menjadi gaya hidupnya dan keluarganya. Kedua-dua isterinya tinggal sebumbung dengannya. Oleh kerana asal usul atau  latar belakangnya bekas tentera, beliau adalah orang yang sangat disiplin. Apabila mendapat hidayah maka beliau mendisiplinkan diri dan keluarganya dengan syariat T

SAYANGI SAHABAT ANDA.

MAZMUMAH MENGHANCURKAN KASIH SAYANG. ( Anak Abuya Fakhrur Razi bersama anak murid Abuya Halid bin Ali dan keluarganya ). ( Fakhrur Razi beramah mesra dengan Halid bin Ali dirumahnya ). Peraih durian kampung di kawasan Kampung Gajah di sini  bersyukur dan mampu menarik nafas lega apabila raja buah itu kembali mengeluarkan hasil yang banyak selepas bencana banjir berlaku pada penghujung tahun 2014. Lebih menggembirakan bagi pemilik-pemilik dusun, kebanyakan pokok yang ditanam mereka menghasilkan antara 500 sehingga 600 buah durian. Di kalangan keluarga Abuya dan anak muridnya saling berkunjung satu sama lain. Pada 23 November 2017 berlaku satu pertemuan keluarga dengan anak murid Abuya di kampung Gajah Perak. Haji Fakhrur Razi bagi pihak keluarga Abuya dengan Haji Halid bagi pihak anak murid Abuya di rumahnya di kampung Gajah yang di kenali dengan dusun durian. Apabila kita melihat, mendengar atau  atau mengetahui dua orang atau kelompok berkrisis, bermusuh, bertengkar dan bertelagah, sa

EMPAYER MINDA.

ABUYA MELAHIRKAN MODEL EMPAYER MINDA. ( Saudara Basit mendapat cahaya mata ). ( Haji Zaman Shah tokoh korperat Kuala Kangsar Perak juga anak murid Abuya ). ( Bersama dengan keluarga Basit, iaitu ustaz Abdul Rahim kawan lama di Kuala Kangsar ). Bersilaturahim dengan anak-anak murid Abuya. Mereka ialah Ustaz Mohammad Ayob, Ustaz Abdul Halim dan Ustaz Saad bin Hasyim. Mereka tinggal di Bertam, Kepala Batas Negeri Pulau Pinang. Masing-masing adalah sebagai usahawan desa. Ada dikalangan mereka mengusahakan kilang roti, menternak kambing dan kuih muih. Itulah contoh anak-anak murid yang Abuya lahirkan. Mereka hidup berdikari dan jika ada masalah yang dihadapi mereka akan merujuk panduan yang telah Abuya berikan selama ini. Pertemuan tersebut pada hari  Jumaat 5 Rabiul Awwal 1439 bersamaan 24 November 2017.Bagi orang yang hendak maju didunia  ia perlukan ilmu. Begitu juga orang yang hendak selamat di Akhirat juga perlukan bekalan ilmu yang diamalkan. Nabi SAW ada menyebutkan tentang perkara t

MELAHIRKAN IKHWAN

PENDIDIKAN YANG ADA ROH. ( kunjungan ke Kuantan Pahang di primis borong dan runcit produk Timur Tengah 21/11/2017 ). Abuya berkongsi dengan kita  bagaimana proses-proses melahirkan pejuang di akhir zaman yang di sebut oleh Nabi adanya Ikhwan. Hal  Ikhwan ada di sebut oleh Nabi SaW dengan menggambarkan sifat-sifatnya. Iaitu selepas Rasulullah dan Para sahabat. Mereka itu adalah umat Nabi SaW. Dengan ilmu yang Allah anugerahkan kepada Abuya adalah panduan yang begitu jelas. Melalui ilham tersebut Abuya dapat beri garis panduan secara details dan praktikal. Abuya berikan panduan dengan langkah-langkah yang praktikal. Ertinya panduan yang Abuya berikan secara ilmiah dan amaliah. Kesemua panduan tersebut telah pun di bukukan. Natijahnya dapat kita lihat melaui produktiviti jemaahnya, melalui keluarganya dan juga boleh di lihat melalui anak-anak  muridnya. Membangunkan ekonomi adalah sebahagian daripada kehidupan.Disini di kongsikan contoh bagaimana anak murid Abuya boleh berdikari. Contoh y

CIRI NEGARA MAKMUR

KEMAKMURAN DAULAH ISLAMIAH "Apa yang ada di Amerika Syarikat ada Di Malaysia. Apa yang ada di Malaysia tak ada di Amerika itulah kebangitan Islam." (Syeikh Fahad Arab Saudi). Allah mahu hamba-hambaNya semua diurus dan ditadbir dengan baik agar mereka semua didunia ini mendapat layanan dan mendapat hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dari Allah SWT. Untuk itu segala harta benda , kekayaan dan khazanah perbendaharaan termasuk kekayaan sumber alam semula jadi diserah kepada pemerintah. Supaya mereka agih-agihkannya dengan adil kepada rakyat dan menggunakan sebahagiannya untuk menyediakan serba serbi keperluan rakyat dan negara. Supaya negara berada di dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Allah seperti firman Allah: بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ  ﴿١٥﴾ Maksudnya: " Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah." ( As Saba' 34:15). Haji Harun Cek Rawi pesara sebagai pegawai daerah Setiu dan isterinya puan Latifah pesara cikgu sekolah kebangsa

ISLAM PASTI BERDAULAT

TUHAN ADA CARA UNTUK MENDAULATKAN  ISLAM. ( Negeri Melaka bersejarah ). Perkampungan Islam yang pertama dibangunkan oleh Abuya ialah Kampung Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 Abuya bersama kawan-kawannya telah membeli tanah daripada orang kampung keluasannya 4 ekar. Ketika itu di bawah negeri Selangor. Setahun selepas itu Sungai Penchala termasuk di dalam Wilayah  Persekutuan. Abuya memulakan pengajian fardhu ain di Kampung Sungai Penchala. Kelas untuk masyarakat umum pada tiap hari rabu malam khamis. Ribuan manusia menghadirinya setiap minggu. Suasana begitu meriah seolah-olah kita berada di bumi Haramain kerana suasana ramainya manusia. Di luar surau seperti Suqul lail. Namun ujian yang dihadapai oleh Abuya luar biasa. Ada orang kampung sengaja menanam pokok yang bengkok dengan tujuan mengganggu laluan jalan ke perkampungan Islam yang Abuya bangunkan. Rombongan perserta yang datang menyewa bas agak kesulitan untuk masuk ke perkampungan Abuya. Terpaksa berhati-ha

MODEL SUMBER TAQWA

"MALAYSIA MODEL REZEKI DARIPADA SUMBER TAQWA" Malaysia baru buat pembentangan belanjawaan 2018. Ertinya satu sumber negara yang telah diduga. Boleh sahaja Tuhan datangkan daripada sumber yang tak diduga dan tak dirancang. Kalau Tuhan gerakkan hati orang-orang kaya dunia melabur dan menyimpan wang di Malaysia, ertinya di Malaysia secara mendadak mempunyai banyak wang. Semua orang banyak wang tak sangka berkumpul di bumi Malaysia. Sedangkan sumber Negara yang di duga seperti oil and gas sudah pun digunakan hingga beberapa tahun kehadapan. Mejoreti pengalaman jemaah haji daripada Malaysia mendapat pujian dan sokongan daripada negara negara umat Islam yang ketika bertemu di Haramain semasa musim haji atau  umrah. Mereka berkata Malaysia baik dan makmur. Abuya ada menulis dalam bukunya bahawa Malaysia menjadi daulah Islamiah dan menjadi negara yang aman dan makmur. Iaitu Baldatun Toyyibah wa rabbun ghafur. Malaysia mendapat berkat kebangkitan Islam di Timur. Faktor inilah Tuhan an

MASJID BERSEJARAH TENGKERA.

"Sejarah dakwah Abuya bermula di Masjid bersejarah" Menjejak dimana Abuya memulakan pejuangan jemaah yang di asasnya sendiri. Sebelum mendapatkan nama, markaz tersebut dipanggil rumah putih. Kerana rumah yang dijadikan markaz tersebut berwarna putih. Setelah menemukan sejarah sempena sahabat Nabi menggunakan rumahnya untuk Nabi berdakwah. Nama sahabat tersebut Ialah saidina Arqam bin Abi Arqam. Sempena sejarah tersebut Abuya ambil menamakan rumah putih itu ialah Darul Arqam.  Sebagai pusat dakwah Abuya yang awal. Dua tiga tahun Abuya menumpukan program ke dalam. Iaitu kuliah kefahaman yang dipanggil program usrah. Untuk memahami fardhu ain Abuya buka kelas fardhu ain dengan membaca kitab kuning.Setelah dua tahun baru Abuya meneroka program dakwah kepada masyarakat. Program awal keluar ke tengah masyarakat  Abuya di jemput ke Negeri Melaka.  Mengisi jemputan daripada AJK masjid Kampung Tengkera Melaka. Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di Jalan Tengkera yang berde

"Bagaimana agama dan teknologi di gabungkan"

Tahun 2010-2013 ketika di Haramain keluarga Abuya banyak habiskan masanya dengan masyarakat Arab tempatan. Berkenalan dengan rakyat tempatan. Bayangkanlah, berada di sebuah negara yang menjadi tempat idaman semua umat Islam ingin berkunjung kesana. Kerana disana adanya Kaabah dan Masjid Nabawi. Namun berada disatu masyarakat yang kita asing menghadapinya. Budaya dan bahasa tidak sama. Namun berkat belajar dengan Abuya dapat menguasai bahas Arab, membantu ketika bersama orang Arab disana. Kita dapat berkenalan dan mendekati kehidupan mereka.Terutamanya ketika berada di Madinah. Sehingga kami dapat tawaran dari orang tempatan mengendalikan ladang kurma dengan sewaan  yang berpatutan. Melalui ladang tersebut kita sangat dekat dengan masyarakat tempatan. Bahkan tempat-tempat sejarah juga dapat kami berpeluang menerokainya. Ladang kurma yang kami kendalikan tersebut tidak jauh dari bukit Uhud.  Juga berdekatan dengan padang pasir yang di kenali dengan panggilan "Jabal Baidaa ". Pe

KEMENANGAN ERA UMMAH

IJANJI ALLAH TERLALU HAMPIR ( Abuya bersama ketua Kabilah Syeikh Syammar ). ( Raja Salaman dan Putera Mahkota Arab Saudi ). ( Abuya besama ketua kabilah Syekh Syammar ). ( pada 19 November 2017 berpeluang  menziarahi Masjid Kapung Hulu Negeri Melaka ). Jalan-jalan untuk mengimbau zaman kanak-kanak.  Tahun 19 71 ketika di Kampung Hulu Negeri Melaka. Abuya mengirim anaknya ke kampung tersebut supaya  banyak habiskan masa  dengan masyarakat yang sudah dikenal pasti. Mereka dikalangan masyarakat yang menerima dakwah Abuya. Berkenalan dengan rakyat tempatan. Bayangkanlah, dihantar di satu tempat yang kita tak biasa, memang begitulah cabaran dan terasa seksa kalau tak reti bergaul dengan orang. Dan sebab inilah  jiwa boleh jadi kental bagi sesetengah orang. Sampai adalah kaedah ISA rasa berkesan untuk memulihkan seseorang.Tapi bagi Abuya, ISA bukan masalah. Satu fasa dalam perjuangan dan kehidupan yang mesti ditempuhi untuk menjadi pejuang yang matang dan kental. . Panduan yang telah Abuya k

MINDA YANG SUBURKAN FITRAH.

MINDA ABUYA MENYUBURKAN FITRAH. ( pertemuan dengan Bani Mohammad Ikramullah ). Ingatlah bahawa disaat tiada pemimpin yang adil, kita diminta membaiki dan perbanyakkan amalan ibadah, samada ibadah yang wajib seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, bersedekah, berkasih sayang, dan lain-lain, atau amalan ibadah dalam pekerjaan seharian seperti kerja-kerja amal, dakwah berbentuk lisanulhal, melalui projek atau premis yang kita bangunkan. Jika belum tibanya pemimpin  yang adil itu, berusahalah mengkualitikan amalan-amalan asas yang dituntut oleh agama. Andai ada rezeki, dipanjangkan umur insha Allah bertemu dengan pakej pemimpin akhir zaman itu. Andai belum tiba saatnya, sabarlah dengan pemimpin-pemimpin yang ada. Itu lebih baik serta banyakkan ibadah tadi daripada kita berjuang hendak memerintah atau menjadi pemimpin. Jika tidak ditunjuk oleh Nabi saw atau tiada dalam isyarat baginda, pemimpin yang ada hanya membawa kerosakan atau tidak mampu menegak keadilan. Begitulah yang diajarkan oleh