Langkau ke kandungan utama

DUNIA TEMPAT UJIAN


TUHAN JADIKAN HIDUP UNTUK DIUJI 


Firman Allah:
                               قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ ....

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, ".(An naml 27:69).


XPDC kali ini ke Selatan Malaysia. XPDC menuju ke negeri Johor Darul Takzim. Pada hari Ahad 26 November 2017. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan menjadi pusat perniagaan dan kawasan perindustrian terbesar bagi Negeri Johor. Manakala Kota Iskandar di Iskandar Puteri pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor. Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948. Abuya Pernah membuka perkampungan dan pendidikan di Masai Johor.


Hidup ini ibarat bermusafir atau sedang berxpdc. Persiapan dan bekalan perjalanan diperlukan. Kamal Wong berbangsa China adalah anak murid Abuya. Beliau telah pun berumahtangga dan tinggal di Kulai Johor. Mempunyai 5 orang anak. Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. 


Tuhan hendak beri hidayah kepada seseorang itu dengan pelbagai cara. Apapun sasarannya adalah hati. Tuhan gerakkan hati seseorang itu untuk mendapatkan Tuhan. Di akhir zaman ini, dimana kita tidak berpeluang bertemu dengan Rasulullah dan tidak pernah hidup bersama baginda, tetapi kita diberi peluang untuk menghidupkan sunnah Rasulullah, termasuk diantaranya mengamalkan pakaian sunnah. Bahkan ganjaran bagi satu sunnah yang sudah dilupakan orang ialah 100 pahala mati syahid. Malah Rasulullah pernah menggambarkan,dikala kemerosotan iman berlaku diakhir zaman, wujud sekelompok manusia bergelar ikhwan. Mereka inilah kumpulan-kumpulan yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.


Para Ikhwan itu walaupun mereka tidak pernah melihat Rasulullah,namun sangat mencintai Rasulullah. Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Nabi SAW kepada umatnya. Apapun etnik dan bangsa umat Rasulullah yang menepati ciri-ciri ikhwan yang disebutkan maka dialah ikhwan Rasulullah.Abuya mendidik kita supaya menjadi ikhwan. Kerana ikhwan tidak lahir dengan sendirinya ia perlu diushakan. Ikhwan itu sudah tentulah orang yang bertaqwa di akhir zaman.


Sesiapa saja yang bertaqwa sudah tentu sangat mencintai Rasulullah SAW. Mereka adalah orang yang menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Bila kita bertaqwa, maka akan berlakulah janji Allah. Pembelaan dan sumber rezeki dari Allah bagi orang bertaqwa, ini adalah satu hakikat. Setiap mukmin tidak ragu dengan hakikat ini.

"Sesungguhnya Allah adalah pembela orang yang bertaqwa"
( Al jaasiah :19 ).

"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya rezeki dari sumber yang tidak diduga." ( At Talaq, 65:2-3 ).


Ikhwan itu adalah pejuang yang bawa kebenaran. Ikhwan itu adalah penyelamat! Manusia terasa selamat dengan sentuhan mereka. Manusia rasa selamat lahir dan batin dengan perjuangan mereka. Iman mereka dipelihara, harta mereka terjaga. Jika yang berlaku semakin merosakkan Iman dan memporak perandakan kehidupan manusia, lebih-lebih lagi hingga harta benda manusia pun tidak selamat dalam perjuangannya ini jelaslah bukan pejuang kebenaran apatah lagi pemimpin penyelamat!




 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N