Langkau ke kandungan utama

BALA DAN UJIAN


( Negara Tunisia di Afrika Utara ).


Dunia ini adalah negara bala dan ujian dan apabila didatangkan ujian ujian yang berbagai bagai bentuk dan berbagai bagai macam itu kepada manusia, apakah manusia tertipu atau tidak. Siapa yangtertipu, maka celakalah dia di akhirat dan siapayang tidak tertipu dengannya, berbahagialah dia di akhirat dengan syurga Allah. Adapun ujian yang Allah berikan itu adalah bermacam macam. Di antaranya, Allah beri kita dengan bermacam macam nikmat. Apakah kita boleh bersyukur atau tidak. Kalau kita boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang tidak tertipu oleh nikmat tetapi kalau kita tidak boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang telah dapat ditipu oleh nikmat dunia. Allah timpakan ke atas kita kesusahan dan kemiskinan.


Apakah kita boleh bersabar, atau tidak. Kalau kita boleh bersabar, maka kita tidak tertipu oleh kemiskinan dan kesusahan itu. Sebaliknya, kalau kita tidak dapat bersabar, maka kita telah ditipu
oleh kesusahan dan kemiskian itu. Kemudian Allah tentukan hartanya begian begian. Dia hendak banyak harta tetapi dapat sedikit. Allah tentukan juga anaknya begian begian. Dia hendak anak banyak tetapi dapat sedikit. Jadi setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sudah ditentukan oleh Allah SWT. Apa yang kita dapat itu tidak sebanyak mana yang kita yang kita mahu.


Kita hendak sesuatu itu banyak, tetapi dapat sedikit. Dalam hal ini,kenalah kita redha. Soalnya, apakah kita boleh redha atau tidak. Kalau kita tidak boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu.Seandainya kita boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu, maka kifa telah berjaya mengelakkan diri kita tertipu oleh dunia yang melindung kita untuk nampak perkara perkara yang menjadi ketentuan Allah SWT. Begitu juga, Allah uji kita dengan perintah supaya taat beribadah kepadaNya semata-mata sepertimana yang disebut dalam Al Qur’an.Apakah kita boleh taat dengan perintah Allah itu atau tidak. Kalau kita boleh taat dengan perintah itu, bermakna kita telah dapat mengelakkan diri daripada tertipu oleh dunia tetapi kalau kita tidak boleh taat beribadah kepada Allah, ertinya, kita sudah tertipu oleh dunia.
 

Seterusnya, Allah uji kita dengan perkara perkara yang lain, seperti Allah uji kita dengan larangan-laranganNya, dengan tegahan- tegahanNya. Allah adakan sempadan-sempadan dan hukum-hukum yang tidak boleh kita lakukan. Apakah boleh kita taat menjauhi larangan larangan dan tegahan tegahan Allah itu. Kalau kita boleh jauhi, kita tidak tertipu dengan larangan larangan itu tetapi kalau kita tidak boleh jauhi, kita sudah tertipu dengan larangan larangan itu. Begitu juga, kalau kita boleh berbakti kepada Allah SWT dan kalau kita boleh beramal kepada Allah SWT kerana memang itu yang dituntu oleh Allah SWT kepada kita, apakah kita boleh pula menjaga amal bakti kita itu kepada Allah SWT atau disebaliknya. 


Barangsiapa yang tidak boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah, orang itu terlepas daripada penipuan. Mengapa dikatakan demikian? Sebab, selepas saja kita melakukan amal bakti kepada 
Allah SWT, amal bakti itu kena kita jaga. Kalau tidak, ia akan rosak semula. Sebab itu, dalam hidup kini, jangan kita hanya fikir amal ibadah saja, lupa kita hendak memikirkan tentang penjagaan amal 
ibadah kita itu.Katakanlah selepas kita beramal, di dalam hati kita termasuk dalam hari kita rasa 
ujub dan rasa riak. 


Disini kita telah tertipu dengan amal ibadah kita. Kita tidak boleh jaga ibadah kita. Sebab itu, selepas kita beribadah, jangan sampai kita tertipu dengan ibadah kita, riak sudah masuk ke dalam amal ibadah kita itu. Satu apa pun tidak dinilai lagi oleh Allah SWT. Jadi, amal bakti kita kepada Allah SWT kena kita jaga. Nampaknya, sampai kepada peringkat amal bakti kita kepada Allah SWT pun, belum tentu kita boleh berjaya. Seorang itu sampai sudah boleh beramal ibadah kepada Allah SWT. Sebabnya, sudah boleh beramal pun, kita masih diuji oleh Allah. Dengan sebab itu, tidak ada masa bagi kita untuk berlalai-lalai kerana setiap masa dan setiap ketika kita kena berjaga jaga. Ibarat kita berkebun dan bercucuk tanam, selepas kita bercucuk tanam, kita terpaksa pula menjaga tanam tanaman kita itu supaya tidak dirosakkan oleh musuh musuh seperti serangga dan sebagainya. Ertinya, kenalah kita pagar tanam-tanaman kita itu atau sekurang-kurangnya kita buat pondok-pondok kecil di tengah tengah ladang kita itu supaya kita dapat menjaga musuh musuh yang hendak datang merosakkan tanam tanaman kita.


Jadi, kalau kita hanya bertanam saja tetapi kita tidak jaga dan tidak kawal tanam tanaman kita itu daripada musuh-musuhnya, takut takut letih saja kita bercucuk tanam. Kita yang letih bertanam, babi hutan yang kenyang, siput babi yang kenyang, lembu dan kambing yang gemuk. Jadi, sudah sampai boleh bercucuk tanam sekalipun, namun belum tentu lagi dia boleh memetik hasilnya. Sebab, musuh musuh nya adalah banyak dan kalau musuh itu tidak dikawal dan tidak dijaga, musuh musuh itulah yang akan merebut apa yang kita tanam itu. Kita tidak dapat apa apa. Begitulah dengan ajaran Islam ini. Walaupun sudah berjaya kita meninggalkan yang haram dan makruh, namun belum tentu kita berjaya mendapat pahalanya di sisi Allah SWT, kalau kita tidak kawal amal kita itu sungguh sungguh. 


Jadi, setiap ibadah, kena kita kawal supaya tidak masuk ujub, tidak masuk riak, tidak masuk hasad dengki, lebih lebih lagi tidak masuk syirik. Kalau amal ibadah kita sudah bercampur dengan syirik, 
habis segala-galanya. Habis segala pahalanya daripada mula dia membangunkan amal ibadah itu waktu dia baligh sampailah kepada waktu dia melakukan syirik itu. Sebabnya perbuatan 
syirik merosakkan seluruh amal ibadah seorang itu, hatta membatalkan terus imannya. Kalau riak atau ujub atau hasad dengki, is hanya membatalkan ibadahnya yang bercampur dengan riak dan ujub dan hasad dengki, ia boleh mengikis pahala amal ibadah kita sedikit demi sedikti sampai habis. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Hasad dengki itu boleh menghapuskan kebajikan sepertimana api, ia menghapuskan kayu api.”
 

Sebab itu, kalau kita sudah boleh beramal ibadah, jangan kita berbangga lagi kerana amal ibadah kita itu boleh rosak kalau ianya tidak kita kawal dan kits jaga daripada sifat sifatmazmumah di dalam diri kita. Lebih rosak amal ibadah kita, sekiranya kita tidak berakhlak. Dengan sebab itu jugalah, ulama ulama ada berkata, beramal dan beribadah itu adalah lebih mudah daripada menjaga amal dan ibadah itu. Buktinya, ramai orang boleh mendirikan sembahyang tetapi dalam dia riak, dia masih ujub clan sebagainya. Ertinya, nak mendirikan sembahyang itu adalah mudah tetapi hendak mengawal sembahyang itu daripada riak, hasad dengki, ego, sombong clan lain lainnya itu, adalah amat susah sekali.
 

Di sini barulah kita faham bahawasanya seorang yang sudah berjaya membangunkan amal ibadah itupun, dia belum tentu selamat lagi. Kalau begitu, betapalah dengan orang yang tidak beramal 
ibadah langsung, lebih lebih lagilah tidak selamatnya. Dan barulah kita faham juga bahawasanya, setakat sudah berjaya kits membangunkan amal ibadah pun, kita patut lagi bimbang kerana untuk mendapatkan pahala dari Allah itu adalah susah sekali. Untuk mendapatkan keredhaan Allah itu adalah amat susah sekali. Manakala kalau kita dapat merasakan bahawasanya mendapatkan keredhaan 
Allah itu adalah amat susah sekali, tentulah terasa pada diri bagaimana kita boleh selamat. Kalaupun kita boleh bangunkan ibadah, apakah kita boleh selamat atau tidak. Maknanya, tidak sempat kita hendak fikirkan tentang diri orang lain kerana kita asyik memikirkan diri kita, apakah kita selamat di akhirat atau tidak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…