Langkau ke kandungan utama

MENYUSURI HADIS AKHIR ZAMAN.


PERJUANGAN MENYUSURI HADIS.


Perjuangan menyusuri Hadis sudah hampir ke garis penamat.  Sebelum ini kita telah kongsikan perjuangan di era Toifah yang di sebutkan didalam Hadis. Dan kini era kebangkitan Islam sekali 
lagi sedang memasuki era empayer. Di mana perjuangan Islam model Malaysia sudah di terima oleh dunia Islam bahkan banyak negara Islam yang mengirim deligasi untuk belajar dengan Malaysia Islam dapat ditegakkan dan dalam masa yang sama Malaysia disinaraikan termasuk dalam 20  negara termaju didunia. Model Islam Malaysia yang terbangunnya tamadun material dan tamadun rohani yang tinggi. Amalan syariat Islamnya meriah dalam masa yang sama Malaysia memiliki penguasaan teknologi yang tinggi dan kedepan. Kebangkitan Islam di Malaysia merujuk kebangkitan pertama yang di pimpin oleh Rasulullah sendiri.


Kebangkitan Islam yang pertama di Mesir yang di pimpin oleh Khulafaurasyidin. Pada permulaan Penaklukan Islam di Mesir, Mesir adalah sebahagian daripada Empayar Rom Timur/Byzantine, yang berpusat di Constantinople. Mesir baru sahaja telah ditakluk sedekad sebelum itu oleh Empayar Parsi dibawah Qisra II (616 hingga 629); walau bagaimanapun, Maharaja Heraclius menakluk semula dalam beberapa siri pertarungan menentang Parsi Sasan, tetapi kalah pula dengan tentera Muslim al-Rasyidin sepuluh tahun kemudian. Sebelum Muslim memulakan penaklukan Mesir, Rom Timur sudahpun kehilangan Levant dan sekutu Arabnya, Kerajaan Ghassan, kepada Muslim. Semua ini membuatkan Empayar Rom Timur terdedah kepada bahaya.[1]


Mesir sudah melakar sejarah Islam. Bahkan hingga kehari ini Universiti Al Azhar yang berusia 1000 tahun termasuk universiti tertua didunia selepas universiti Qairawan Moroco. Malaysia salah sebuah negara yang banyak menghantar pelajar-pelajar ke universiti Al Azhar. Namun kini Malaysia terserlah dalam amalan syiar Islam seperti perbankkan Islam. Masyarakat Islam Mersir sering memberikan respon terutamanya kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Ramai juga dikalangan orang Mesir berkahwin dengan orang Malaysia terutamanya ketika student Malaysia belajar disana.


Pendekatan Al Azhar kepada masyarakat mesir dan dunia Islam melalui dakwah dan tarbiah. 
Perkara yang sama Abuya lakukan di Malaysia dan negara sekelilingnya iaitu di Asia Tenggara melalui pendekatan dakwah dan tarbiah. Beliau telah mengubat penyakit masyarakat dengan menanam 
dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah, Hari Akhirat dan kasih sayang sesama manusia. Katanya,
 "Bagi yang belum datang, kita seru dakwah. Bagi yang telah datang, kita didik." Abuya sudah memperhebatkan dakwah. Hasilnya, pengalaman Islam semakin rancak. Kebangkitan Islam di Malaysia telah terserlah. Kebangkitan Islam ialah melaui dakwah.Perjuangan menegakkan hukum Allah ini telah membawa satu perubaham dalam seluruh sistem kehidupan secara bertahap-tahap, bagi Abuya inilah maksud jihad yang dikehendaki oleh Islam. Itulah garis besar dalam perjuangan Abuya.


Firman Allah:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya - (Ali Imran:104)


Laluan dakwah di Malaysia bermula dari bawah, iaitu dengan wujudnya badan-badan dakwah, jemaah-jemaah tarikat kecil di kalangan masyarakat. Kemuncaknya sekarang dakwah sudah tidak asing lagi bahkan menjadi program yang dianjurkan oleh pihak pemerintah. Kemudahan yang ada pada kerajaan merancakkan lagi kebangkitan dakwah. Program dakwah kini menggunakan pelbagai saluran, seperti media masa arus perdana dan media sosial. Kerajaan sendiri sering menjadi penganjur program dakwah di peringkat antarabangsa. Kini aktiviti dakwah menjadi viral dalam masyarakat.
Angin dakwah telah mula bertiup di Nusantara ini pada tahun 1970-an, kira-kira 40 tahun yang lalu. Kemudian angin dakwah yang berhembus lembut itu telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara. Kian lama kian dirasakan. 



Makin ramai memperkatakan Islam dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam. Ombak dakwah terus juga berkembang. Makin hari makin tinggi ombaknya. Makin disekat badan dakwah makin banyak bercambah bagaikan cendawan tumbuh. Boleh dikatakan ombak dakwah kini menjadi tsunami dakwah Islamiah. Laluan dakwah di Indonesia pula bermula dari pihak atasan. Bilamana Bapa Presiden Indonesia sendiri iaitu Suharto pada ketika itu mendapat hidayah dengan azam baru bila pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Titik perubahan mula berlaku dalam kehidupan Suharto sebagai Presiden Indonesia. Abuya mendapat laluan mudah berdakwah ke Indonesia. Seluruh pelusuk Indonesia telah Abuya terokai untuk berdakwah pada ketika itu, sekitar awal 80an hingga awal 90an.


Cuba kita kaji perjuangan kita hari ini. Selama kita berjuang, berapa ramai yang telah masuk Islam di tangan kita. Jika makin lama kita berjuang makin ramai yang bermusuh dengan Islam dan benci dengan sikap para pejuang Islam, maka kita kena kaji semula uslub perjuangan kita. Mungkin ada yang tidak kena. Takut-takut sudah tidak selari dengan prinsip perjuangan Rasulullah saw. Janganlah sampai kita yang menjadi pejuang yang tertipu dan menipu. Marilah kita kembalikan kegemilangan perjuangan Rasulullah dan para Sahabat agar ramai yang tunduk dan tertawan dengan akhlak para pejuang bukannya makin benci dan lari dari Islam melihat kelaku pejuangnya! Apa yang terjadi di Malaysia iaitu pesatnya perkembangan dakwah. Inilah bukti kebangkitan Islam sekali lagi untuk akhir zaman. 


Ia merupakan berita gembira untuk umat Islam dan juga bukan Islam. Kegemilangan Islam yang akan berlaku ini membawa keamanan, kedamaian dan kemakmuran kepada seluruh dunia. Bukan sahaja umat Islam bertuah dengan kedatangannya bahkan orang bukan Islam pun dapat menerimanya kerana fitrah manusia suka kepada kebaikan, kasih sayang, keamanan dan keharmonian. Sepanjang zaman, generasi demi generasi telah mencuba agar setiap apa yang Rasul janjikan untuk akhir zaman itu berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Walau apa pun, tanda-tanda berlakunya janji tersebut di zaman ini nampaknya semakin terserlah. Maka bagi Abuya, ini adalah peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam Malaysia, yakni orang Melayu, untuk menagih janji Tuhan itu. 


Bagi orang bukan Islam, mereka tidak perlu takut dan bimbang bahkan sebenarnya mereka nanti akan turut gembira dan menerimanya dengan senang hati kerana kebangkitan itu membawa kepada keamanan, kedamaian dan kemakmuran. Mereka juga turut terbela dan selamat berada di bawah naungannya.Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Kita dididik oleh Abuya ingin membuktikan kebenaran itu. Kini setelah 47 tahun perjuangan, pengaruh perjuangan Abuya telah berpengaruh hampir keseluruh dunia dengan pembangunan rohani dan tamadun materialnya yang semakin mantap. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N