Langkau ke kandungan utama

HATI TERSENTUH..


( makam Nabi Ibrahim ).

Suatu hari seorang lelaki datang mengetuk pintu rumah Nabi Ibrahim a.s. "Wahai Ibrahim, boleh aku tumpang bermalam di rumah kamu malam ini? Esok pagi-pagi aku akan bertolak menuju tempat tujuanku," tanya lelaki itu. 

"Engkau siapa?" tanya Nabi Ibrahim. 

"Aku seorang Majusi," jawab lelaki itu. 

Lantas Nabi Ibrahim pun menjawab, "Boleh, tetapi dengan syarat engkau memeluk Islam,"jawab Nabi Ibrahim. 

Mendengar jawapan Nabi Ibrahim, Majusi itu tidak jadi hendak bermalam di situ. Dia pun berlalu dengan penuh kehampaan. 

Allah SWT telah menegur sikap Nabi Ibrahim yang tidak membenarkan Majusi itu menumpang di rumahnya. Mendengar teguran dari Tuhan itu, Nabi Ibrahim terus bergegas keluar mencari Majusi itu sehinggalah dia bertemu semula dengannya. 

Majusi itu tersangat hairan dengan sikap Nabi Ibrahim. Dia ingin tahu apa yang telah merubah fikirannya. 

Nabi Ibrahim pun berkata, "Tuhanku telah menegurku dengan berkata bahawa Dia telah berkhidmat dengan memberi engkau rezeki selama 40 tahun umur engkau, sekalipun engkau tidak menyembahnya. Mengapa pula aku tidak boleh berkhidmat kepadamu hanya untuk satu malam." 

Majusi itu terus tersentuh hatinya mendengar kata-kata Nabi Ibrahim. "Sungguh baik Tuhan engkau itu. Aku juga ingin memiliki Tuhan seperti Tuhan engkau itu," kata Majusi itu. 

Majusi itu terus memeluk Islam setelah melihat kebaikan dan kasih sayang Tuhan terhadap dirinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N