Langkau ke kandungan utama

PERANAN TIMUR DAN KHURASAN.

BERSANGKA BAIK DENGAN TUHAN.


( suasana di Khurasan lebih khusus Uzbikistan ).


"Anta bertuah kerana dapat makan setalam dengan ustaz, sebab bukan sebarangan orang boleh makan dengan ustaz, hanya orang terpilih sahaja, boleh macam itu." Itulah kata-kata yang dilafazkan oleh seorang pemimpin kanan Al Arqam (sebelum diharamkan) kepada penulis pada awal tahun 90-an.Ketika itu penulis berkesempatan menemuramah Asaari Muhammad di Singapura dan ia merupakan wawancara eksklusif terakhir penulis dengan Allahyarham.Bagaimanapun penulis berpeluang bertemu sekali lagi dengan Asaari tetapi kali ini dalam sidang akhbar pada tahun 1996, selepas Asaari dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Untuk rekod, beliau ditahan sekali lagi selepas itu sehingga tahun 2004.(Sedutan  dari tulisan Utusan Melayu (M) Bhd:Oleh ZULKIFLEE BAKAR ).


Teks diatas boleh jadi positif dan boleh jadi negatif bergantung suasana dan bagaimana penerimaan seseorang kepada setiap kejadian dan perkara yang berlaku. Bagi masyarakat salafussoleh apa pun yang berlaku keatas diri mereka, penerimaannya tetap positif. Orang soleh itu akan melahirkan sikap syukur atau pun sikap sabar. Ertinya tetap menerima secara positip apa pun yang berlaku ke atas diri mereka. Orang Soleh menerima taqdir yang telah Tuhan tentukan.
Namun is idak menafikan perjuangan yang di wajibkan ke atas mereka
hasil dan natijahnya di serahkan kepada Tuhan.


Masa jatuh bangunnya Islam sepanjang zaman sudah diatur Allah.Semuanya bergerak mengikut program.Inilah yang dikatakan JADUAL ALLAH. Iaitu rentetan peristiwa yang telah disusun oleh Allah dengan begitu sistematik untuk agama-Nya. Bila dijadualkan Islam jatuh, berlakulah peristiwa-peristewa yang membawa kepada kejatuhannya. Bila dijadualkan Islam naik, akan berlakulah pula peristiwa-peristiwa yang akan memenangkannya.Jadual Allah ini dapat dilihat melalui Hadis Rasulullah SAW. Isyarat-isyarat itu tidaklah terlalu tersirat sifatnya.Walaupun begitu, ia hanya akan dapat dilihat dan dikesan oleh pejuang yang punya pandangan mata hati ( basyirah ) dan ilmu ilham ( anugerah Allah kepada seseorang kerana kebersihan hatinya).


Bagi mereka yang dipimpin Allah hatinya, dengan jadual itu mereka bergerak. Mereka bergerak menelusuri hadis yang telah dikongsikan oleh guru mursyidnya berpandukan jadual Allah. Akhirnya mencurah-curahlah berbagai-bagai 'hadiah' yang Allah janjikan untuk orang yang mengikuti jalannya. Mengimbau kembali ketika bersama Abuya, iaitu bertemu dengan ulama-ulama di timur tengah terutamanya ulama dari negara Maghribi dan ulama Hadis Sy. Abdullah Al Ghumari as Siddiq.Bahawa timur yang di maksudkan itu ialah Malaysia. Pejuang-pejuang Islam yang ingin membenarkan hadis akhir zaman ini menjadi peneroka dalam ilmu kebangkitan Islam  dari timur dan pencetus model kebangkitan tersebut.


Minda berhubung dengan kebangkitan ini sentiasa berkembang laju.Tidak terkejar oleh musuh-musuh yang hendak menggagalkan jadual Allah ini. Kekuatannya luar biasa kerana ia mendapat bantuan Allah. Apa yang dibuat diberkati. Serba berhasil dan tepat. Stratiginya mengena. Dengannya juga dapat diketahui segala peristewa dunia sebelum berlaku. Bukan berdasarkan ramalan, analisis politik, analisa otak yang bersifat andaian tetapi perkara-perkara yang benar-benar akan berlaku Allah singkap pengetahuan mengenainya melalui ilham secara tepat. Maka dengan kelebihan-kelebihan itulah kemenangan Islam direncanakan.


Kini hidayah berkaitan dengan ini telah berkembang. Kata Abuya kalau kerajaan yang berkuasa dapat hidayah untuk membenarkan hadis ini ianya lebih cepat terjadi. Apa yang kita laluinya sekarang
Sedang menyaksikan apa yang telah Abuya  kongsikan. Kebangkitan Islam ini berlaku bergandingan rakyat dengan kerajaan. Contoh program cintai rasul dengan acara selawat perdana, rancaknya syiar Islam dan meriahnya produk sunnah di pasaran dan mendapat tempat. Para selebreti terlibat sama memeriahkan pakaian muslimah dan produk sunnah. Bahkan ada yang direzekikan menjadi jurawaan atas nama produk Islam.


Berdasarkan Hadith, Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan  5 bahagian mengikut kerangka masa:pertama "Masa kenabian",dua:"masa Khilafah", ketiga:kerajaan menggigit (Mulkan ‘Adhan),
keempat:"masa kerajaan yang menyombong" (MulkanJabariyyan), kelima:masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).” Mengikut pembahagian masa ini, kita kini berada di masa ke empat dan hendak masuk ke masa kelima. Daripada era"masa kerajaan yang menyombong" (MulkanJabariyyan) sudah penghujung dan kini mula masuk gerbang masa kelima. Menurut Abuya sistem demokrasi berpilihanraya ini sudah penghujung. Semua yang atas dasar tersebut akan jatuh setandan.


Pejuang Islam yang sejati ialah mereka yang  sentiasa menagih janji Allah. Mereka itu benar-benar berjuang untmem buktikan kebenaran Hadis. Ingin mengulangi sejarah Sultan Muhammad Al Fateh berjuang dengan kekuatan taqwa dan quwwah. Apa janji Allah di akhir zaman ini untuk kita membuktikannya? "Islam pasti kembali gemilang "Kerana sudah dijanjikan begitu, sewajarnyalah kita berjuang untuk membuktikan Islam benar-benar gemilang. Lebih-lebih lagi pejuang Islam di Timur, kerana telah di isyaratkan oleh Hadis bahawa di akhir zaman Islam akan bangkit di Timur.


Realiti ini telah pun berlaku. Kebangkitan Islam disebelah Timur lebih menonjol daripada Kebangkitan Islam di sebelah belahan atau di tempat-tempat lain. Kebangkitan Islam di sebelah Timur kini menjadi peneraju kepada kebangkitan Islam yang sedang berlaku diseluruh dunia. Khurasan menjadi regunya. Dan Kebangkitan Islam ini sedang menuju kemuncaknya. Contoh kita sedar atau tidak Syeikh Bukhari tokoh ulama yang dikenali di Mekah telah dibawa oleh Sultan Alauddin   Ke Malaysia. Kita telah tulis tajuk kusus tentang peranan Sultan dan Syekh Bukhari dalam artikal sebelum ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N