Langkau ke kandungan utama

ABUYA ADALAH TOKOH PEJUANG AGAMA ISLAM.

( Abuya di padang pasir Timur Tengah ).
( Anak Abuya bersama keluarga  ).
( Sekolah agama yang pernah di kendalikan oleh anak Abuya di Batu Hampar Perak ).


Abuya  selaku seorang tokoh pendakwah Islam. Dalam kehidupannya, penekanan awal Abuya membuka kelas pengajian yang mempelajari ilmu, memahami dan meyakini ilmu fardhu ain yang meliputi bidang tauhid, feqah dan tasawuf. Pada Abuya imam Ashaari At Tamimi, ilmu bukan untuk menjadi pengetahuan yang dibanggakan, diperdebatkan, dan dijadikan alat untuk mencari keuntungan duniawi. Tuhan minta ilmu Islam mesti diamal dan diperjuangkan demi keselamatan dunia dan akhirat. " Ilmu yang bermafaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta membawa kita mengenal Allah." Dengan ilmu tersebut kita dapat menjalankan tugas yang telah Tuhan amanahkan kepada manusia. Pertama sebagai hamba Allah  dan kedua sebagai khalifah-Nya.


Bagi menguasai ilmu fardhu ain, keluarga Abuya dan anak-anak muridnya menguasai kitab Risalah tauhid ( رساله توحيد ) keluaran johor, feqah kitab matlailbadrin ( مطلع البدرين ) keluaran Pinang dan juga kitab tasawuf iaitu  hidayatussalikin Imam Ghazali ( هداية السالكين ) keluaran Pinang. Tiga kitab tersebut diguna pakai di sekolah-sekolah agama Islam di Johor. Ia adalah asas untuk digunakan dalam kelas bagi silibus fardhu ain yang dianjurkan oleh Abuya kepada keluarga dan anak-anak muridnya. Bagi silibus fardhu kifayah selepas kelas pelajar-pelajar dihantar praktikal di premis-premis yang telah dibuka. Bagi anak-anak perempuan didedahkan praktikal kepada pengurus perempuan yang mengendalikan klinik, bakery dan sebagainya. Bagi anak-anak lelaki banyak berpeluang dipremis-premis yang telah dibuka bagi membekalkan kemahiran pengusaan projek yang ada seperti bengkel dan lain-lain.


Pengalaman keluarga dan anak murid Abuya, beliau ada masanya tolong membayarkan hutang orang.Tak terfikir oleh majoriti manusia, orang beragama itu seorang yang membayarkan hutang orang. Suka memaafkan, tolong orang. Itulah gambaran 60 tahun dulu dan sebelumnya sebab Islam sudah rosak 700 tahun dulu. Sejak 700 tahun bila dikatakan orang beragama dia itu pejuang Islam tak adalah. Fikir dan tolong jiran tak ada. Sekarang nak bahas bila dikatakan agama itu hanya ibadah sahaja. Kalau yang ibadah sahaja sudah betul-betul diagamakan itu dah cukup baik. Sebab, orang masa itu tak terfikir beragama itu ialah berjuang dan berjuang itu dianggap ibadah. Kalau ibadah itu sahaja agama, maka kita lupakan aspek-aspek lain. Betulkah ibadah itu agama seperti yang dimaksudkan? 


Kita anggap, ibadah yang dibuat orang-orang 60 tahun dulu itulah yang dibuat oleh Rasulullah dan para Sahabat sampai dapat syahid. Apakah hakikat orang yang beragama. Dalam kehidupan kita sebagai seorang yang beragama Islam, apakah yang kita faham dari apa erti agama yang sebenarnya. Apabila kita dengar orang berkata,"Dia itu kuat beragama, dia itu baik orangnya, dia itu bagus orangnya", apakah persepsi atau bayangan tentang orang sedemikian? Majoriti akan terbayang orang yang disebut kuat agama tadi, orang yang bersembahyang, berpuasa, kalau ada duit mungkin pergi haji, hari Jumaat pergi masjid.Sekali-sekala sembahyang jemaah, mungkin sekali sekala kita dengar dia berzikir dan baca Quran. Itulah yang dibayangkan oleh kebanyakan orang. Jarang orang fikirkan kalau orang kata polan itu beragama, tak tergambar dia pejuang, berakhlak baik, selalu memperhatikan jirannya, tanya-tanya adakah makanan pada jirannya, kalau tak ada diberinya. 


Sahabat-sahabat sampai ke negeri Cina, samakah ibadah yang dibuat sekarang dengan mereka buat? Marilah kita kaji. Betulkah ibadah itu agama? Betulkah ibadah itu Islam? Ibadah itu apa? Itu tugas. Bila dikatakan ibadah, ta`abbud. Itu sifat orang. Ada yang lahir dan ada yang batin. Orangnya, hamba. Sebab itu Tuhan katakan "tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku". Rupanya kita beribadah itu sebab kita hamba Tuhan. Hamba Tuhan mesti memperhambakan diri kepada Tuhan. Sebab kita hamba Tuhan.Rasa hamba itu apa? Rupanya agama itu kita kata Ibadah, itu dari Tuhan. Jadi Tuhan ajar manusia nak hambakan diri kepada Tuhan itu macam mana, Tuhan tunjuk jalan supaya nak hambakan diri pada Tuhan.


Buat masing-masing sebab rasa kehambaan itu fitrah (natural instinct). Jadi kalau nak dikembalikan kepada fitrah itu, dia sembah-sembah agak-agak, rasa hamba sudah ada, Tuhan dia sudah yakin. Macam mana nak besarkan Tuhan... oleh kerana dia tak dapat jalan dari Tuhan dia ikut rasa sendiri. Niatnya baik tapi cara tak baik, ibadah direka-reka. Sebab itu Tuhan faham, bila hamba, Tuhan masukkan ke dalam hati mereka rasa kehambaan itu fitrah, supaya jangan direka-reka, kalau nak sembah Aku begini, begini, begini, begini begini. Jadi bagi orang yang dapat petunjuk dari Tuhan, setidak-tidaknya ibadah lahirnya betul. Tetapi Tuhan sebenarnya tak nak yang lahir, yang lahir itu dibuat hanya untuk guide yang dalam. 


Tetapi setidak-tidaknya kalau tak dapat yang batin, yang lahir ikut sama ada bacaan, perbuatan sudah betul. Kalau itu yang dikatakan ibadah belum jadi lagi. Itu sebagai satu simbol atau isyarat bagi yang dalam. Sebab kalau kita buat contoh dengan selain Tuhan, supaya orang itu boleh teringat seseorang atas dasar kehebatannya, peranannya, istimewanya, kena sebut orang itu, bila sebut nampak macam-macam, kalau tak diingatkan tak nampak. Ibadah lahir setakat itu sahaja. Katalah kita ada raja, takkan setiap hari kita ingat raja, mungkin setahun sekali waktu nak sambut harijadi dia, orangpun sebut, kerajaan sebut, kenapa sebut? Bukan atas dasar sebut itu saja! Itu sebenarnya nak mengingati ada benda lain yang patut dia sedar.


Katalah Raja Selangor, menyebut sifat lahirnya supaya dapat teringat padanya, tetapi kalau setakat itu sahaja, tak nampak benda-benda lain, sebab itu perlu ingat dulu, lepas itu baru geledah. Macam kita ingat seorang perempuan, kita hayati, ingat sahaja dia, menggeledah. Matanya nampak, telinganya nampak, senyumnya nampak. Jadi bermula dari teringat itu baru mula menggeledah. Kalau saya tak buat tamsil macam ini mungkin tak senang untuk faham ibadah. Ini contoh.Kalau begitu, rupanya nak abdikan diri pada Tuhan, nak rasakan apa yang ada pada Tuhan, saya buat misal raja, kalau kita kenal raja setakat dia itu kaya, tinggi orangnya, pemarah orangnya. Had itu sahaja. Bila sebut Raja Selangor, nampak tiga sifatnya. Walaupun nampak tiga, sebab tiga benda itu ada padanya. Tapi kalau sebut Raja Selangor tak nampak yang tiga, tak kenal, tak betul. 


Bila sebut saja nampak yang tiga itu, itu betul. Jadi kita disuruh ibadah dengan Tuhan menghadirkan diri kepada Tuhan nak merasa apa yang ada pada Tuhan. Kalau kita beribadah pada Tuhan kita sebut Tuhan ingat Tuhan, sebut Allah teringat ada Allah. Had itu sahaja dia tak terasa apa yang ada pada Tuhan, itu bukan ibadah, itu bukan ta`abud. Jadi ibadah yang dimaksudkan liya`buduun. Seolah-olah Tuhan berkata begini "tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah pada Aku" iaitu engkau merasa apa yang ada pada-Ku. Kalau Aku berkuasa engkau terasa Aku berkuasa, kalau Aku itu hebat, engkau terasa Aku hebat, kalau teringat sahaja Aku, Aku itu agung, maka terasa keagungan-Ku, kalau "Aku menentukan nasib kamu", sebut sahaja Tuhan engkau terasa Aku Tuhan yang menentukan nasib engkau. Sebut sahaja nama Aku rasa akan Aku menghidupkan, mematikan, nasib engkau Aku yang tentukan. 


Sebut sahaja nama Tuhan, terasa kun fayakun, bila sebut mati "Mati", mati. Bila sebut "Hidup", hidup. Bila sebut "Binasa", binasa. Kalau Tuhan kata "Gunung runtuh", runtuh. Bila sebut "Dunia kiamat", kiamat. Aku nak engkau rasa itu. Jadi kalau ibadah, sembahyang, puasa, baca Quran, berwirid, tak terasa apa yang ada pada Tuhan,itu bukan ibadah, rasa kehambaan tak ada, rasa Kuasa Tuhan itu tak ada.Kalau begitu yang dimaksudkan ibadah dengan sembahyang sahaja meniti di atas makna untuk membantu meneroka di dalam, sebab itu bacaan-bacaan dalam ibadah sembahyang itu kena faham, sebab itu membantu meneroka ke dalam. Kalau wirid, zikir, sembahyang, puasa tak faham makna, macam mana nak meniliti lebih dalam lagi.


Kalau begitu apa yang kita nampak selama ini bila dikatakan orang itu baik beragama, sembahyang, baca Quran, baca Yasin, naik haji dah tak sesuai dengan konsep ibadah. Jadi ibadah yang masih ada pada orang Islam itu yang dimaksud agama jadi sudah bukan agama. Kalau itu jadi ibadah boleh tahan, ertinya asas Islam masih ada. Tapi kalau dikatakan agama itu ibadah sudah tidak jadi ibadah ertinya 700 tahun umat Islam mati terjun ke Neraka (3X) yang selamat bilangan jari sahaja. Kenapa? Ibadah yang dikatakan agama itu pun konsepnya sudah berubah, peranannya sudah berubah, ibadah tak jadi ibadah, tak payah dihayati, makna pun tak tahu, ini ajaib.Ibadah yang sebenar itu nak rasa hamba, nak rasa kebesaran yang ada pada Tuhan. Kalau makna pun tak tahu itu bukan ibadah, padahal tahu makna itu belum tahu lagi nak hayati. Tahu makna boleh membantu untuk rasa, kalau makna yang membantu untuk rasa itupun tak tahu ertinya ibadah yang dikatakan agama itu tak jadi agama. 




Betul tak kalau kita nak rasa nak buat ibadah 30 atau 40 tahun dulu, tak tahu makna tak apa yang penting hafal dulu. Kedua lebih-lebih lagi nak rasa kita beribadah apa yang ada pada Tuhan, kalau Tuhan itu hebat itu lagi tak ada. Kalau wirid zikir lagilah, sembahyang yang penting pun tak dicerita konsep sebenar yang lain lagi kecil. Rupanya umat Islam yang masih beribadah kepada Tuhan pun masih tidak jadi ibadah. Apa yang kita dengar bila ibadah kita nak minta sesuatu dari Tuhan. Tak terfikir aku beribadah Tuhan nak minta sesuatu dari aku. Kita faham sembahyang nak pahala, itu bukan ta`abud. Bila kita puasa minta fadhilat dari Tuhan. 


Padahal kita beribadah, Tuhan nak sesuatu dari kita. Konsep ibadah pun dah terseleweng. Seolah Tuhan berkata begini "engkau sembahyang sembah Aku, Aku nak tagih janji engkau takut dengan Aku". Ini tak kita tagih fadhilat dari Tuhan, itu hak Tuhan mengapa nak tagih hak Tuhan padahal Tuhan nak dari kita sudahkah kita tunaikan? 
Saya buat contoh: Katalah di kampung kita ada orang kaya, pemurah ataupun ada raja pemurah, orang besar yang pemurah setiap tahun atau setiap bulan dia beri hadiah. Dia beri itu ada syarat, orang kampung pun pergi nak ambil. Dia punya syarat siapa yang dapat buat begian-begian aku akan beri hadiah. Ada syarat. Orang kampung itu nak hadiah mesti tunaikan syarat. Kita nak hadiah kenapa tak tunaikan syarat? Mengapa? Jangan fikirkan hadiah, tapi fikirkan syaratnya. Begitu juga Tuhan, nak dapat fadhilat bila kita dapat tunaikan syarat-syaratnya. Dengan kata lain Allah berkata, "Aku akan beri hadiah kepada kamu bilamana kamu bertaqwa atau tidak. Dari sembahyang dan ibadah, kamu jadi orang bertaqwa atau tidak?"Ada tuntutan Tuhan dari kita dahulu baru dapat. Kita nak dapat dari Tuhan kena fikir dari kita apa? 


Begitu juga puasa di bulan Ramadhan bila dapat ditunaikan tuntutan kepada Tuhan, baru dapat hadiah. Dengan kata lain segala fadhilat Ramadhan, sembahyang, puasa, baca Quran, wirid zikir kalau bertaqwa atau tidak, kalau bertaqwa jangan susah hati otomatik dapat. Soalnya kamu bertaqwa atau tidak, kalau tak taqwa fadhilat pun tak dapat. Pernahkah kita diajar begitu sebelum ini? Selama ini kita belajar kalau buat ini dapat ini. Pernahkah kita diajar bila buat ibadah ini perasaannya begini, bila buat ibadah ini perasaannya begini. Perasaan itulah taqwa, itulah ibadah, itulah rasa kehambaan, itulah rasa bertuhan.Kalau rasa-rasa itu tak ada, fadhilat-fadhilat itu apa ertinya. Tak ada erti apa-apa. Macam seorang raja, lebih-lebih lagi raja sombong dengan kebesarannya, kalau rakyatnya berhadapan dengan dia, apa yang dia suka? Kalau seorang datang dengan rasa takut raja suka.Kalau seorang datang dengan cekak pinggang kena halau. Buat kurang ajar depan raja. 


Begitu juga depan Tuhan, Raja segala raja lebih-lebih lagi. 
Setelah kita bahas ibadah yang dikatakan agama itu, siapa beribadah dengan baik rupanya tak jadi ibadah. Pergi haji tak jadi ibadah, buat umrah tak jadi ibadah, tertipulah kita selama 700 tahun. Jadi ibadah itu yang Tuhan mahu rasanya sesuai dengan kebesaran Tuhan apa yang ada pada Tuhan. Apa yang ada dia kena rasa, kalau Tuhan besar kena rasa kebesaran Tuhan. Kalau Tuhan beri rezeki terasa Tuhan beri rezeki, bila sihat terasa Tuhan yang beri sihat bukan doktor. Nampaknya ibadah yang bersifat agama pun tak jadi ibadah. Kalau selama ini orang yang beribadah dianggap orang baik rupanya tak baik, orang jahat. Orang macam itu berjuta-juta mati sebenarnya dia orang jahat, beribadah tapi tidak beribadah (sebenar).
Ibadah itu biarlah buatnya sedikit tetapi terasa, biar sedikit tetapi menghayati.
SEKIAN 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N