Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

ASAS GEJALA MAKSIAT DI BENDUNG OLEH HATI.

Hadist Nabi SAW:
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ   مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ  أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ [رواه البخاري ومسلم]  Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Maksiat lahir dan gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat berpunca daripada maksiat dan gejala hati yang jahat. Oleh itu musnahkan lebih dahulu maksiat hati, dengan sendiri maksiat lahir dan gejala-gejala masyarakat akan ter musnah dengan sendiri. Sampan kehidupan macamlah sampan di laut, sentiasa sahaja berkehendak dengan ombak yang sentiasa bergelora tidak henti-henti. Kalau tidak pandai mengendalikan sampan kehidupan ini dia akan karam dan lemas tenggelam. 

Kalaulah maksiat lahir dan gejala masyarakat hendak dibendung dengan peraturan, undang-undang, akta-akta, tidak akan mampu dibendung. …

KETAHANAN LAHIR BERPUNCA DARI KETAHANAN ROHANI.

Setiap orang bertanggungjawab untuk kebangkitan Islam kali kedua. Kita mesti kena faham segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan masalah lahir dan batin. Ini termasuklah tentang keadaan dan permasaalahan masyarakat. Tentang persoalan jati diri, penyakit jiwa dan tentang gejala, asas-asas dan puncanya. Juga tentang perkara hati, jiwa dan roh dan kaedah untuk membina semula kekuatan jiwa dan menyembuhkan, maka penyakit masyarakat mudah diselesaikan.

Kita mesti cari jalan bagaimanakah melahirkan masyarakat yang jiwanya tidak kosong, tidak gelisah, tidak dilanda risau dan runsing dan mempunyai fikiran yang stabil. Apabila jati diri dapat dibina dan penyakit jiwa dapat disembuhkan maka masalah lain mudah diselesaikan. Masalah gejala sosial yang tidak sihat bukan berpunca dari masalah lahir. Masalah masyarakat ia berpunca dari masalah batin.

Iman dan ilmu mesti ditanam dihati masyarakat melalui tarbiah dan pendidikan. Hanya melalui pendidikan sahaja baru datang penghayatan dan penjiwaan…

BAITUL MAQDIS MENJADI REBUTAN TIGA AGAMA.

Banyak perkara yang kita perlukan dalam hidup ini, dari perkara yang kecil-kecil hingga yang besar-besar.  Kita perlukan oksigen untuk bernafas,  air, makanan, rumah, kereta dan lain-lain.  Kita juga perlukan perkara yang bersifat individu, keluarga, masyarakat,  negara dan antarabangsa. Kita perlukan isteri atau suami, perlukan anak, perlukan kawan, pekerja, guru,  pemimpin dan lain-lain.  Kita perlukan duit,  harta, hiburan, kuasa, kemerdekaan, kebebasan beragama dan lain-lain.  

Ada juga perkara-perkara yang nampak seperti tidak ada kena mengena dengan keperluan individu atau keluarga kita  tapi sebenarnya secara tak langsung sangat kita perlukan, diantaranya ialah kuasa negara dan kuasa dunia.  Tak ada maknanya harta yang kita ada kalau kita hidup dalam negara yang sedang dijajah.   Lihatlah penderitaan bangsa Palestin yang menjadi pelarian di negara sendiri kerana negara Palestin sedang dijajah oleh Israel.  Apalah maknanya kesihatan dan duit yang banyak kalau kita berada dalam du…

ORANG MUKMIN TERHIBUR MELIHAT KEBESARAN TUHAN.

Firman Allah:
وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ  ﴿١١٥﴾
"Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui." (Al Baqarah 2:115).
Ini membawa maksud ke mana sahaja kita pergi di mana sahaja kita berada dan pada setiap masa dan ketika, kita perlu rasa bertuhan. Kita mengajak kawan berjalan sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan sesuatu yang menggembirakan. Kita terhibur dan orang yang kita bawa juga terhibur kerana dapat melihat-lihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Surat Al Mulk menunjukkan bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang terdapat di alam semesta dan menganjurkannya agar manusia memperhatikannya dengan seksama sehingga mereka beriman kepada-Nya. Bilamana manusia itu tetap mengingkari, Allah…

ORANG MUKMIN MEMILIKI DISIPLIN ROHANIAH.

Orang mukmin sangat mendisiplinkan rohnya. Ia memiliki jiwa besar namun bercakap merendah diri, kerana berjaya mendisiplinkan hati/rohnya. Istiqamah mendisiplinkan hatinya mudah merasakan kuasa Allah. Kuasa Allah itu amat hebat, Dia boleh mengambil nikmat kita sekelip mata. Walaupun kita telah mengumpul, mencari dan mengusahakan berpuluh-puluh tahun. Di antara beberapa contoh: Ada orang berpuluh-puluh tahun  mengaji hingga PHD. Terbayang di depan mata akan dapat jawatan tinggi dengan kajiannya yang lumayan, tidak sempat pun memegang jawatan dia mati di langgar kereta. Seorang pegawai tinggi pencen, kemudian dapat bonus beratus-ratus ribu ringgit sudah berangan beli itu dan ini atau ingin di perniagakan, selepas mengambil satu sen pun tidak sempat dimakan wangnya dirompak orang. 

Seorang petani yang berjaya membuat ladang dengan luasnya, buah-buahan telah masak, hanya beberapa hari saja lagi hendak di ketam, datang banjir kilat habis dimusnahkan tanaman itu, dia tidak dapat apa-apa. Ban…

PEJUANG SEBENAR ADA CITA-CITA DAN BERJIWA BESAR.

Pejuang rohani adalah penyelamat manusia. Dia sangat mengambil berat keselamatan manusia di dunia lebih-lebih lagi keselamatan di Akhirat. Dia adalah doktor rohani manusia. Pada hari ini manusia lebih ramai yang terkena sakit rohani. Manusia umumnya ambil berat sakit fizikal atau jasmani. Penyakit jasmani seluruh dunia manusia ambil berat, mereka sangat takut ditimpa penyakit fizikal. Dengan seriusnya melahirkan doktor-doktor untuk mengkaji, menyelidik, mengubat, mengawal, mempromosi penyakit-penyakit terutama yang merbahaya, mengesan sumber-sumber penyakit, meneliti ubat-ubatnya, menjaga makanan, membendung jangan menular. Doktor-doktor penyakit lahir ini bukan sekadar mengingatkan, bukan sekadar buat penerangan tapi turun tangan secara praktikal. Doktor-doktor memberi makan ubat memperogramkan si sakit. 

Kalau pesakit patut dibedah, doktor akan buat pembedahan. Kalau pesakit patut rehat, maka dia direhatkan. Kalau pesakit patut tidur dia ditidurkan. Patut dibuat gerakan fizikal dia d…

SAKIT ADALAH KASIH SAYANG TUHAN.

Dosa boleh menutup mata hati melihat kebesaran dan kebenaran Allah. "Banyak ahli-ahli sains mengkaji kejadian alam kajian demi kajian, selidik demi selidik yang dibuat, akhirnya terdinding Pencipta. Yang mereka nampak adalah keajaiban alam, bukan kehebatan Penciptanya." Begitu juga apa yang berlaku didalam kehidupan harian kita, hari-hari menyaksikan kebesaran Tuhan tetapi hati yang lalai tidak terpindah perasaan tersebut kedalam hati kita. Dosalah yang menghalang daripada merasai sifat Tuhan yang Maha Pencipta. "Jangan selalu termenung jiwa akan kosong. Janganlah berangan-angan hendak mendapatkan itu dan ini. Ia sepertilah kita mendapat sesuatu di dalam mimpi."

Surat Al Mulk menunjukkan bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang terdapat di alam semesta dan menganjurkannya agar manusia memperhatikannya dengan seksama sehingga mereka beriman kepada-Nya. Bilamana manusia itu tetap mengingkari, Allah akan menjatuhkan azab kepada mereka. Inilah beberapa peristiwa y…

SOLAT BOLEH MEMBINA KEKUATAN.

Berjiwa Besar  Hasil dari solat ialah rasa beriman dan bertaqwa. Kalau itulah yang kita rasa maka akan timbullah rasa berjiwa besar. Sebab orang yang beriman dan bertaqwa itu Tuhan kata, "Dia orang Aku." Kalau seseorang itu sudah menjadi orang Tuhan, Tuhan janjikan untuknya berbagai-bagai perkara dan Tuhan tidak, mungkir janji. Janji Tuhan pasti Tuhan tepati. 

Apakah janji Tuhan kepada orang mukmin, orang bertaqwa dan orang yang sudah menjadi orang Tuhan? Tuhan janjikan kepadanya: a.Keselamatannya  b.Kewangannya  c.Kehidupannya  d.Kepandaian  e.Kemenangan  f.Tuhan bertanggungjawab dan akan mengalahkan musuh-musuhnya 

Tuhan mempunyai ramai rijal yang ghaib. Angin, air dan bermacam-macam lagi adalah tentera-tentera Tuhan. Tuhan boleh arah mereka bertindak. Kalau begitulah keyakinan kita hasil dari solat, maka dari solat itulah kita akan beroleh jiwa yang besar. 

Orang yang sudah jadi orang Tuhan, ada sesuatu yang paling besar pada dirinya yang tidak ada pada ciptaan lain. Orang tengok …

TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN..

"Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia." Dalam Islam, wanita dibenarkan malah diperlukan oleh masyarakat Islam membuat kerja-kerja seperti kaum lelaki biasa. Mereka boleh jadi pekerja mahir atau orang-orang profesional seperti doktor, jurutera, akauntan, arkitek dan juga sebagai pendidik, jururawat dan sebagainya. Hanya mereka perlu berada di bawah naungan dan kepimpinan orang lelaki. Itulah kehendak Allah yang sangat-sangat mengetahui akan hikmahnya.
Firman Allah:
نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا۟ حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّكُم مُّلَٰقُوهُ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُؤْمِنِينَ  ﴿٢٢٣﴾ Maksudnya:
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wa…

KEKUATAN DALAMAN 90 PERATUS LUARAN 10 PERATUS.

(Said Nursi, pejuang. Omar Mukhtar: Singa padang pasir, Sy. Taha Suhaimi cucu Sy. Suhaimi dan Abuya Imam Ashaari At Tamimi pencerus kebangkitan dakwah di Timur).
Kita difahamkan oleh murshid Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi taqwa itu 90 peratus dan 10 peratus faktor luaran. Ertinya Tuhan mesti dihayati. Dan ibadah mesti dihayati. Tidak cukup ibadah sekadar syarat, rukun, sah, dan batal sahaja. Tidak ada makna kalau ibadah itu cukup syarat, rukun dan sah pula pada hukum syarak tetapi tidak dihayati atau dijiwai. Tuhan mesti dihayati supaya lahir kehambaan. Ini yang Tuhan mahu. Inilah jalan mendapat taqwa. 

Oleh itu hendak menjadi orang bertaqwa, faktor dalaman inilah yang paling penting sebab ia merangkumi 90 peratus dari taqwa. Kalau setakat buat yang lahir sahaja walau sebanyak mana sekalipun, ia baru 10 peratus dari taqwa. Contohnya, katalah seorang ahli ibadah yang ibadahnya cukup banyak, segala sembahyang fardhu dan sunat dia buat. Sembahyang sunat sahaja ada sunat israk, dhuha…

IKHWAN DAN ASOIB MENYALIN KEGEMILANGAN PARA SAHABAT.

Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya ingin membuktikan kebenaran itu. Kini setelah 45 tahun berjuang, usaha tersebut diteruskan oleh keluarga Abuya bersama murid-muridnya yang yakin dengan jadual kebangkitan semula Islam bermula dari sebelah Timur. Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi telah berjaya melahirkan generasi penerus perjuangannya. Keluarganya menjadi tunggak perjuangan tersebut. Kesibukan Abuya berjuang berkesempatan mengadakan aktiviti santai seperti menjala ikan dan sebagainya. 

Tempoh 45 tahun sudah cukup untuk menilai dan mengkaji keberhasilan perjuangan sesebuah jemaah. Tidaklah semestinya tercapai tahap yang sama seperti apa yang dicapai oleh Rasulullah SAW, tetapi sekurang-kurangnya langkah perjuangan itu sudah semakin mantap ke arah yang sama. Kalau ibarat pokok, pokok yang ditanam mestilah sudah menunjukan tanda-tanda untuk berbuah. Mesti sudah berbunga atau berputik. Kalau ibaratkan manusia pada usia 45 tahun adala…

MEMBANGUN DAN BERKEMAJUANLAH UNTUK TUHAN.

Tuhan sendiri ajarkan permintaan didalam Al Quran, Wahai Tuhan-ku "Sesungguhnya sembahyangku (solatku), hidupku, dan matiku hanyalah untukmu". Setiap kali kita sembahyang lima waktu kita mengulangi janji kita kepada Tuhan. Bagaimana kita membangunkan akal, fizikal dan roh atau hati di dalam sembahyang begitu juga di luar sembahyang. Iaitu akal, roh dan fizikal dihidupkan atau digerakkan tetapi tetap terhubung dengan Tuhan. Akal faham apa yang dibaca dan dilakukan ketika sembahyang. Fizikal bergerak menurut rukun dan syarat yang telah ditetapkan. Roh atau hati terpindah rasa-rasa terhadap Tuhan seperti terasa kebesaran Tuhan dan suburnya rasa kehambaan.

Kita boleh belajar daripada isteri Abuya iaitu Walidah bagaimana dia berjaya mendisiplinkan hatinya dengan pergerakan fizikal. Contoh mulutnya membaca zikir dan hatinya merasakan apa yang dibacanya.  Perkara tersebut dikongsikan didalam XPDC pada pagi ini. Majlis XPDC dipengerusikan oleh Miqdad At Tamimi, para peserta yang lain …

PENGHIBUR HARI INI HATINYA SENDIRI TIDAK TERHIBUR.

Hari ini penghibur sendiri tidak terhibur. Kerana roh yang diberikan makan dengan makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih tadi. Makanan roh yang tidak baik atau tidak bersih itu seperti berhibur dengan nyanyian yang melalaikan, muzik-muzik, menonton filem-filem lucah, suka melihat aurat perempuan, suka bergaul bebas dengan lelaki atau perempuan yang bukan muhramnya, behibur dengan judi, tari menari, arak, zina, suka ke kelab mala, pub, disko, rumah sundal, dan sebagainya.

Semua makanan dan hiburan roh bentuk ini akan membina mazmumah serta menyuburkan dan membangkitkan nafsu. Membina dan membangunkan pejuang yang matang rohnya bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Kita perlu guru murshid yang bertaqwa membantu kita. Ia satu usaha yang serius dan memerlukan satu komitmen yang tinggi.

Ia bukan setakat berkumpul dalam satu kem untuk beberapa hari. Membangunkan insan bukan boleh dibuat secara berkala. Ia sebahagian dari hidup. Solat atau sembahyang …

CARA HIDUP YANG SELAMAT DAN MENYELAMATKAN.

Firman Allah SWT:                                      إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُ ۗ  "Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam."(Ali Imran 3:19).
Mengikut pada maksud lahir, ayat ini bermakna agama yang Tuhan terima atau redha itu adalah agama Islam. Justeru itu orang yang berfahaman sedemikian merasa cukup dengan mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi orang Islam dan membuat dan melaksanakan rukun Islam yang lima. 

Di sini kita tidak boleh silap faham. Agama dalam ayat ini bukan setakat pegangan dan kepercayaan. Agama dalam ayat ini ialah cara hidup (way of live). Sama ada cara hidup itu di peringkat individu atau pun di peringkat masyarakat. 

Cara hidup di peringkat individu ialah ain dan di peringkat masyarakat ialah yang kifayah. Cara hidup di peringkat individu ialah yang bersangkut paut dengan iman, ketaqwaan, ketuhanan, dan ibadah khususiah yang bertujuan untuk membina iman, jiwa dan akhlak. Cara hidup di peringkat masyarakat …

APAKAH MAKSUD HATI YANG MAKMUR ITU?.

Iaitu apabila hati tenang, terutama tenang dengan dunia, walaupun hati bergelora dengan Tuhan. Hati yang lapang, indah dan tidak takut pada dunia dan hal-hal kedunian. Hati yang cinta dan takut Tuhan hinggakan hal dunia tidak menggugat perasaan. Lapang dada dengan kesusahan dunia tetapi bimbang dengan kesusahan Akhirat. Sibuk dengan rasa bertuhan. Rasa berdosa dan takut dengan dosa. Hati beginilah hasil berzikrullah.
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ  ﴿٨﴾
"Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Memiliki hati yang aman dan makmur. Hati yang aman ada hasilnya pada seseorang itu. Hasil dari memiliki hati yang aman itu adanya ukhuwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang…

MEMBANGUN DAN BERKEMAJUAN ATAS NAMA TUHAN.

Firman Allah SWT:
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ  ﴿١﴾ 1. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..."(Al Alaq 96:1).
Ramai yang memahami ayat ini hanya mengikut maksud yang tersurat sahaja iaitu bacalah Al Quran dengan niat kerana Allah. Tetapi kalau dikupaskan dengan lebih luas, istilah bacalah disini bermaksud carilah ilmu. Mencari ilmu itu pula mestilah dengan nama Tuhan iaitu kerana Tuhan, ikut cara Tuhan yang Tuhan mahu dan dipergunakan ilmu itu ke jalan Tuhan. 

Mencari ilmu itu pula bukan semata-mata untuk mengumpulkan ilmu. Ilmu itu untuk membangun, untuk berjuang dan membina tamadun. Semua ini mesti dibuat atas nama Tuhan, iaitu atas nama iman, ketaqwaan, kerana Allah, dengan cara yang Allah mahu dan untuk mendapat keredhaan Allah.

Kita dilarang mencari ilmu untuk tujuan-tujuan yang lain seperti hendak jawatan, nama, glammour, kekayaan dan sebagainya. Lanjutan kepada itu, kita juga dilarang menggunakan ilmu untuk membangun dan berkemajuan bagi…