Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

MASJID MARBELLA DI EROPAH.

UMAT ISLAM DI BUNUH BERAMAI-RAMAI DI EROPAH. (Masjid Marbella di Eropah). Kita kena ambil iktibar sebagai sejarah hitam apa yang berlaku ke atas umat Islam pada April Fool. Ia adalah sejarah hitam kepada umat Islam. Ia telah dicatit dalam sejarah Islam sepatutnya  ia dapat membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda hari memperingati yang dilakukan oleh tentera Salib (Kristian) terhadap umat Islam di Sepanyol. The April’s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 ,bersamaan dengan 892 H. Sejak Spain dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu wilayah yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan. Kota-kota seperti Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagai

PEJUANG ISLAM SEJATI.

PEJUANG YANG ADA CITA-CITA. (Bapa mertua Inaamullah, beraya 2019). Pejuang Islam ada pimpinan, cita-cita dan ada ilmu. Mereka kini ramai bertapak di timur. Merekalah rumpun Melayu baru yang bertaburan di seluruh Asia Tenggara. Iaitu di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Thailand dan Moro Pilipina. Bangsa Melayu umum nya beragama Islam. Rumpun Melayu ini ialah mereka yang mendapat tarbiyah, pimpinan guru mursyid, ada minda dan ada cita-cita lslam. Bangsa yang terbangun insaniah Bangsa yang mendapat didikan dan bimbingan guru mursyid.Satu bangsa yang lemah lembut, mesra dan mudah bersimpati dengan bangsa atau etnik lain. Sekalipun tidak kaya mudah membantu dan menolong orang lain. Mudah bersimpati dan memberikan kasih sayang. Budaya kasih sayang susah didapati sekarang. Kasih sayang semua manusia menginginkan.Manusia ingin dikasihi. Kita rasa senang kalau ada orang menyayangi kita dan kita rasa sedih kalau ada orang benci pada kita.Begitulah sif

TUHAN BERPERANAN.

TUHAN BERPERANAN DALAM KEHIDUPAN. (Bandar Basrah Iraq musnah). Jangan malu untuk sebut “..kerana Tuhan-lah saya dapat semua ini..” “Allah swt-lah yang izinkan, usaha kami hanya sebab sahaja..” Umat sekarang malu nak sebut ‘Tuhan’ dalam kehidupan seharian. Seolah-olah Allah tiada dalam peranan kehidupan seharian. Hakikatnya jika sesaat Allah lupakan hamba-Nya, matilah ia, malanglah dan celakalah dia!Dunia hari ini semakin kacau bilau. Di Malaysia, kita semua sedang menjadi saksi. Kita sedang melihat gambar mangsa ledakan, gambar mangsa keganasan, mangsa pelarian perang, mangsa pembunuhan, gambar kemusnahan. Imej dan gambar muncul dari TV, dari YouTube, dari Facebook.Gambar dan imej ini sedang memaksa kita menjadi saksi.  Penulis juga berkesempatan menjadi saksi perang Teluk Iran dengan Iraq. Ia sedang melanda dunia pada hari ini hanya berpunca dari hilangnya Kasih sayang. Manusia tidak akan bahagia dengan perpecahan dan permusuhan.Tanpa kasih sayang  , suami ister

MASJID GUANGZHOU.

MASJID PERTAMA DI CHINA. Masjid Agung Guangzhou, juga dikenal sebagai Masjid Huaisheng, masjid tertua di Cina. Dibangun pada masa kekaisaran Dinasti Tang pada tahun 635 M (islaminchina.info) Agama Islam mempunyai sejarah  yang lama di China. Agama ini telah  wujud sejak Dinasti Tang setelah  seorang sahabat Nabi Muhammad,  Sa`ad ibn Abi Waqqas, diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada  Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China.  Sebuah ciri terkenal masyarakat Islam Muslim di China ialah kemunculan imam wanita bagi makmum wanita. Suatu bentuk kaligrafi Islam, Seni, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini.Masjid Huaisheng di Guangzhou, Cina, merupakan bangunan yang bernilai sejarah.  Rumah ibadah itu didirikan zaman Rasulullah SAW, Sa'ad bin Abi Waqqas. Kisah kedatangan Sa'ad ke

HIBURAN ROHANI.

MAKANAN DAN HIBURAN ROH. (Pulau Tioman Pahang) Rasulullah SAW bersabda: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, seluruh tubuh baik. Jika ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah (segumpal daging) itu ialah hati..” (HR. Muslim). Hadis ini bermaksud, hati kitalah   yang menentukan tindak tanduk kita seharian. Tangan, kaki, mulut, perut dan lain-lain anggota, cuma menunaikan kehendak-kehendak hati. Oleh kerana itu (hati) itu sihat dan kuat. Roh  yang sihat dan kuat ialah roh yang mempunyai sifat-sifat hati yang bersih (baik) yakni sifat-sifat hati yang mahmudah.Sebaliknya kalau roh (hati) diberikan makanan atau hiburan yang tidak baik atau kotor roh tadi jadi tidak sihat atau lemah. (Jiwa). Roh yang sakit ialah kerana dia berpenyakit. Yakni roh itu mempunyai sifat-

DAJJAL TELAH MUNCUL.

LGBT BUDAYA DAJJAL. Semakin hari semakin jelas dan ketara antara dua jalan. Kebaikan dan kekufuran. Jalan Allah dan jalan Dajjal. Tiada jalan tengah-tengah. Tiada atas pagar.Kita semakin hari semakin hampir menyaksikan pemimpin bawa  yang hak dan pemimpin bawa yang batil. Banyaknya kaum yang engkar dan berani lawan Tuhan.Orang yang berada di landasan dajjal mata hatinya terhijab. Terhijab dengan penyakit syirik jali iaitu kufur dan munafik. Jadi hijabnya sangat tebal. Mata hati jadi buta, gelap tidak nampak apa-apa.  Sebab itu dia tidak nampak tentang alam ghaib, langsung tidak kenal tentang adanya Tuhan. Allah SWT yang wujud itu. Ada yang memberi laluan kepada ajaran Dajjal, sedangkan dikalangan mereka ada yang mengaku Islam. Budaya dan trend tersebut bukti kedatangan dua pemimpin semakin hampir. Pemimpin yang bawa kebenaran dan pemimpin yang membawa kebatilan. Budaya dajjal kini telah berleluasa. Contoh dorongan gejala seks bebas telah menjadi suatu kebiasaan. Buk

GENERASI KEBANGKITAN ISLAM

GENERASI MERUBAH DUNIA. Rombongan ( JPYA) jema ah pelaj ar Yay asan Arqam, berhari raya ke 6 di Bangi Avenue Selangor 2019 . Rombongan di ketuai oleh ustaz Umar bin Darus. Mereka mendapat pendidikan ikdadi, sanawi dan jamiah di sekolah Abuya Sungai Penchala Kuala Lumpur. Dikalangan mereka ada yang menyambung belajar dalam dan keluar negara. Kini dikalangan mereka ada yang jadi korporat, ada yang membuka sekolah agama, ada yang jadi pensyarah dan ada yang menjadi petani yang berjaya membuka ladang sayur dan membekalkan kepada pasar borong Selayang. Generasi pejuang yang ada cita-cita membela Allah dan Rasul. Jiwa mereka dilembutkan oleh irama-irama nasyid lunak penyubur jiwa. Mereka tidak kenal muzik pop, rock atau rap. Jiwa mereka lembut, sejak dari buaian lagi telah didodoikan dengan senikata yang lembut dan mendidik. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran juga menjadi halwa telinga. Sangat memberi kesan kepada jiwa mereka. Mereka tidak mudah di corak dan terpengaruh

JEJAK NABI NUH

NABI NUH UMUR 950 TAHUN. Nabi Nuh merupakan keturunan ke-9 dari Nabi Adam Alaihissalam. Ia diangkat menjadi nabi dan rasul pada usia 480 tahun. Ia menjalankan misinya selama lima abad dan meninggal dalam usia 950 tahunNabi Nuh terkenal  sebagai nabi yang fasih berbicara, bijaksana, dan sabar dalam menjalankan tugas risalahnya. Namun demikian, ia hanya mendapatkan pengikut antara 70 sampai 80 orang, itu pun hanya dari kalangan orang-orang lemah. Kaumnya yang keras kepala, Nabi Nuh as berdoa kepada Allah supaya Allah SWT turunkan azab. Allah mengabulkan doa Nabi Nuh as dan memerintahkan ia dan pengikutnya untuk membuat perahu. Segeralah Nabi Nuh as dan pengikutnya membuat perahu di atas bukit. Kaumnya yang keras kepala, termasuk seorang anaknya yang bernama Kana’an, terus mengolok-olok perbuatan Nabi Nuh Alaihissalam dan kaumnya ini. Di antara mereka bahkan ada yang berani buang kotoran di dalam kapal yang belum selesai dibuat itu ketika  Nabi Nuh dan pe

IDRIS KUASAI 72 BAHASA.

Setiap umat Islam wajib yakin dan percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali umat Islam sebagai Rukun Iman, perkara ini didasarkan kepada Hadis Jibril . Percaya kepada Allah.Percaya kepada Malaikat-Malaikat.Percaya kepada Kitab-Kitab.Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.Percaya kepada Hari Akhirat.Percaya kepada Qada' dan Qadar Nabi Idris a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang  diturunkan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Nabi Idris merupakan rasul kedua daripada 25 rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam. Nama "Idris" (Bahasa Arab: إدريس‎) telah dihuraikan mungkin sebagai perkataan asal untuk maksud "penghurai." Sungai Dajlah atau Tigris ialah salah satu daripada sungai besar yang mentakrifkan Mesopotamia, bersama dengan Sungai Furat. Sungai Tigris mengalir dari pergunungan Taurus di Turki. Dari situ, ia mengalir ke banyak negara terutamanya Turki, Syria dan Iraq. Mesopotamia merupa

KAUM-KAUM YANG PUPUS.

KAUM-KAUM YANG PUPUS. (Kaum Nabi Nuh as) Kisah-kisah kaum yang terdahulu dimuatkan begitu banyak dalam Al Quran, oleh harus kita jadikan renungan.Kebanyakan dari kaum itu telah menolak para rasul yang diutuskan kepada mereka. Mereka juga telah menunjukkan kebencian terhadap para rasul tersebut.Penentangan yang mereka lemparkan hanya membawa kemarahan Allah terhadap diri mereka sendiri.  Mereka dilenyapkan dari muka bumi ini. Kaum Nabi Nuh as yang  tenggelam di bawa air banjir yang mengerikan......Peta Letak kaum Nuh as disebelah selatan Iraq. Letak Kufah dan letak gunung Judi.Didalam Al Quran, nama Nuh as disebutkan di 43 tempat. Kaum 'Ad yang telah ditimbu soleh ribut pasir yang tiada hentinya .. Kaum nabi Lut as yang mengamalkan liwat dan telah dihapuskan dari muka bumi Mereka kaum Lut musnah oleh aliran larva serta gempa bumi... Firaun mengejar Bani Israel ini dengan kereta kuda hingga ke Laut Merah. Pengikut Nabi Musa berasa sangsi kerana Firaun mengej

JIWA TAUHID

MEMILIKI JIWA TAUHID. Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa. Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba… Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal

PERANAN ABU SUFYAN.

ABU SUFYAN ZAMAN MODEN. Kegemilangan Islam pasti berlaku kerana ia adalah janji Allah SWT melalui lidah Rasulullah SAW. Di era kebangkitan Islam yang pertama adanya peranan Abu Sufyan. Untuk kebangkitan Islam sekali lagi Tuhan datangkan tokoh yang mengulangi peranan Abu Sufyan. Abuya ada berdoa moga Tuhan datangkan peranan tokoh tersebut. Sakhr ibn Harb (Bahasa Arab: صخر بن حرب), lebih dikenali sebagai Abu Sufyan (560-650 ), ialah pemimpin suku Quraisy Mekah. Dia adalah lawan yang kuat daripada Nabi Muhammad Islam sebelum menerima Islam dan menjadi seorang pahlawan Islam kemudian dalam hidupnya. Ibunya, Safia, adalah ibu bapa dari Maymuna binti al-Harith. Keturunan Abu Sufyan kemudian mendirikan dinasti Umayyah yang memerintah dunia Islam antara tahun 661–750 . Mengenal Nabi Muhammad dan belajar Sejarah Islam tidak akan lepas dari mengenal Sahabat Nabi. Sahabat dalam Islam di ertikan sebagai orang-orang yang beriman pada masa Nabi Muhammad  SAW yang pernah bertemu

BERSAMA ROH AIDILFITRI.

ROH HARI RAYA AIDILFITRI. Doa minta perlindungan moga Tuhan menjaga keselamatan terutama semasa memandu kenderaan sepanjang perjalanan berziarah Hari Raya serta memperbanyak doa musafir dan doa menaiki kenderaan. Antara Sunat terbesar yang Baginda Rasulullah SAW lakukan ialah berkasih sayang dan mengagihkan nikmat  sesama umat Islam. Baginda akan menghiburkan hati para sahabat yang susah terdiri dikalangan anak yatim dan janda-janda. Baginda Rasulullah SAW membangunkan EMPAYAR ISLAM yang didalamnya ada tamadun rohani dan dan tamadun lahiriah. Perkara ini telah lama ditinggalkan dan dilupakan oleh umat Islam. Ia tersembunyi dan terkubur didalam Al Quran dan As Sunnah. Ilmu itu kini digali dan dicungkil semula oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi  dan ulama kerohanian.Kini ia dipersembahkan untuk tontonan semua.Modelnya telah dibangunkan oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi. Besarnya pengaruh model perjuangan Abuya tersebut hingga menggugat kerajaan Ba

HEBAT CIPTAAN TUHAN

REZEKI TIDAK DI DUGA. Allah SWT memberi rezeki  dengan berbagai-bagai cara. Ada yang bersumberkan dari langit.  Ada yang bersumberkan dari bumi. Tentunya ini projek Allah yang maha berkuasa.Contoh mata air yang mengalir keluar dari semak masuk kedalam parit besar hingga masuk kerumah bandar Country Homes Rawang.Setelah disiasat didapati ia adalah sumber Air mata air.  Sumbermata air tersebut telah diuji kaji dimakmal dan didapati bersih dan  bebas dari klorin. Ujikaji makmal mengesahkan ia dari sumber mata air. Keajaiban dari rezeki yang tidak disangka-sangka ini adalah dari Allah SWT. Dengan keyakinan tinggi bahawa Allah maha kaya akan menyalurkan bantuan atau rezekinya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Sebagai hamba yang mengharapkan pertolongan dariNya hanya menjalankan projek bersama denganNya. Mari kita tarik ramai-ramai supaya rezeki lebih banyak dan melimpah ruah untuk Islam. Islam itu ada sistem pentadbiran dan sistem pemerintahannya sendiri.