Langkau ke kandungan utama

KAUM-KAUM YANG PUPUS.


KAUM-KAUM YANG PUPUS.
(Kaum Nabi Nuh as)

Kisah-kisah kaum yang terdahulu dimuatkan begitu banyak dalam Al Quran, oleh harus kita jadikan renungan.Kebanyakan dari kaum itu telah menolak para rasul yang diutuskan kepada mereka. Mereka juga telah menunjukkan kebencian terhadap para rasul tersebut.Penentangan yang mereka lemparkan hanya membawa kemarahan Allah terhadap diri mereka sendiri. 

Mereka dilenyapkan dari muka bumi ini.
Kaum Nabi Nuh as yang  tenggelam di bawa air banjir yang mengerikan......Peta Letak kaum Nuh as disebelah selatan Iraq. Letak Kufah dan letak gunung Judi.Didalam Al Quran, nama Nuh as disebutkan di 43 tempat. Kaum 'Ad yang telah ditimbu soleh ribut pasir yang tiada hentinya .. Kaum nabi Lut as
yang mengamalkan liwat dan telah dihapuskan dari muka bumi

Mereka kaum Lut musnah oleh aliran larva serta gempa bumi...
Firaun mengejar Bani Israel ini dengan kereta kuda hingga ke Laut Merah. Pengikut Nabi Musa berasa sangsi kerana Firaun mengejar mereka dari belakang dan pastilah mereka akan ditawan. Namun Nabi Musa menyatakan bahawa sesungguhnya Allah bersamaku dan memberi petunjuk kepadaku.
Nabi Musa menunggu arahan Tuhan.

Lalu Nabi Musa mengangkat tongkat seraya berdoa dan memukul air laut. Terjadilah ombak besar seperti gunung. Air Laut Merah melambung tinggi, terbahagi kepada dua dan rombongan Nabi Musa berjaya menyeberangi laut itu dengan selamat. 

Raja Firaun dan bala tenteranya menyusul dari belakang tetapi terperangkap kerana air laut kembali bertaut. Firaun dan tenteranya terbunuh akibat lemas.Namun dalam Al-Quran, Allah menjanjikan mayat Firaun kekal hingga kini untuk djadikan bahan pedoman bagi manusia yang tinggal di muka bumi untuk mengambil iktibar.

 Perkataan dari Al-Quran ternyata benar, suatu aktiviti arkeologi yang dianggotai pakar kaji purba dan penduduk Mesir telah menjumpai mayatnya, dimumiakan, dikebumikan dan kini dipamerkan di Muzium Mesir.
 (Al Quran as Syu'araa 26:60-67).
Namun jika dilihat pada logiknya, mayat Firaun yang tenggelam di dalam laut, tidak akan ditemui. Askar Firaun yang telah hilang didalam laut...

Dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskand muka bumi ini oleh Allah SWT kerana kederhakaan mereka...Demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu. Di antaranya ada yang masih wujud (sisanyay dapat disaksikan), dan
ada pula yang telah hancur
lebur (dan hilang lenyap).
(Surah Hud 11:100).

Allah menciptakan manusia dan menganugerahkan mereka satu kehidupan spiritual dan fizikal, membolehkan mereka memilih
corak kehidupan yang disukai dan akhirnya membawa mereka
ke hadapan Tuhan melalui kematian. Allah SWT menciptakan manusia dan
tahu apa keperluan mereka.

Allah SWT yang maha mengetahui Dialah yang mengajarnya dan memenuhi keperluannya. Oleh itu, tujuan sebenar manusia hidup untuk mengabdikan diri kepadaNya dan menjadi hambaNya. Untuk tujuan tersebut Tuhan turunkan Al Quran sebagai panduan dan menyampaikannya melaui rasul yang diutuskan kepada manusia.

Al Quran bukan sahaja kitab Allah yang terakhir tetapi juga wahyu yang tidak berubah-ubah.Inilah sahaja caranya untuk kita umat Islam berjaya didunia
dan akhirat. "(Al-Quran) ini
disampaikan kepada manusia
supaya mereka diberi ingatan dan
diberi nasihat dengannya; dan
supaya mereka mengetahui
(dengan hujjah-hujjah yang
tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
(Ibrahim  14:52).



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N