Langkau ke kandungan utama

BENGKEL ROHANI.



Selama sebelas bulan manusia menjadi hamba hawa nafsu dan syaitan. Raya ini untuk mereka yang kembali kepada fitrah mereka. Yang kita takutkan, 
sikap kita di Aidilfitri ini kita lupa
yang kita baru keluar daripada
 bengkel rohani. Selama sebulan 
kita masuk bengkel rohani untuk
di overhall hati,akal dan fizikal.


Selama sebulan Ramadhan kita membengkelkan, akal jiwa dan fizikal. Memfokuskan amal ibadah dan menambahkan amal di bulan Ramadhan dengan sembahyang tarawih, bertadarus, bersahur dan berbuka puasa.Dalam setahun selama sebulan
umat Islam dibengkelkan oleh Tuhan. Selama kita dalam bengkel rohani iaitu bulan Ramadhan hati kita terutamanya
dididik untuk mendapatkan jiwa atau roh yang tenang. 


Sebulan Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita hamba yang kembali kepada fitrah sebenar. Berkat Ramadhan juga moga kita dapat kekalkan rasa kehambaan.
Maksud firman Allah:
"Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
(Al Baqarah 2:185)


Allah bekalkan kepada manusia fitrah yang murni. Namun fitrah yang  murni itu kita sendiri  yang telah rosakkan selama ini. Moga sepanjang Ramadhan ini kita dapat jadikannya bengkel rohani. Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa! Bulan Ramadhan adalah bengkel roh manusia. Moga kita pandai manfaatkan bengkel rohani tersebut.
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa
(di Palestin), yang Kami
berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Al Israk 17:1).


Melalui bengkel roh (Ramadhan)
kita tingkatkan iman dan taqwa
asas bantuan Allah SWT. Kalau kita menolak kerana akal tidak
boleh menerimanya, maka rosaklah iman kita. Bila rosak iman maka seseorang itu bukan seorang mukmin bahkan telah keluar dari Islam. Di antara contoh-contohnya  seperti peristiwa alam kubur, Mahsyar, Syurga,Neraka, peristiwa Israk Mikraj, malaikat, sembahyang
(ada rokok, sujud, berdiri menghadap kiblat), jin,Arasy,Kursi, Qadha dan Qadar
mengerjakan haji (diperintahkan
tawaf mengelilingi Kaabah), perkara mukjizat, karamah, membaca ayat Al Quran atau selawat murah rezeki atau menyembuhkan penyakit,terang hati,jauh daripada bala bencana
dan lain-lain perkara lagi.


Perkara yang taa'quli ialah arahan buat atau meninggalkan yang boleh diterima oleh akal atau logik. Bila diperintahkan
suruh dan larangan Allah itu memang munasabah  dan patutnya. Akal kita boleh setuju dan boleh menerima dan meyakininya.Oleh itu mudah kita beriman dengannya. Antara contohnya ialah seperti dilarang minum arak, berzina, berjudi,membunuh, berbohong, menghina, menipu,rasuah, dedah aurat, disuruh menuntut ilmu, berjuang, berniaga, bersatub bantu, pemurah, bekerjasama, bernegara 
dan lain-lain lagi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N