Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

KURSUS SAINS SOSIAL DI SUNGAI KOROK, ALOR SETAR KEDAH

Setelah Abuya memulakan  perjuangan dakwahnya pada awal tujuh puluhan, penerimaan masyarakat semakin meluas. Dakwah Abuya terus mantap dan berkembang begitu laju. Hampir semua ceruk pekan dan bandar Abuya berceramah.  Kursus-kursus kefahaman Islam yang dianjurkan semakin mendapat sambutan.  Lalu Abuya mengorak langkah setapak lagi ke hadapan, iaitu memulakan khidmat kepada masyarakat dalam bidang pendidikan.  Selain menyediakan institusi pendidikan untuk anak-anak sendiri dan anak-anak ahli jemaahnya, Abuya juga mengambil tanggungjawab untuk memberi alternatif kepada masyarakat yang sudah sedar untuk memilih kehidupan Islam.   Umumnya orang-orang yang mendengar ceramah Abuya dan mendapat kesedaran Islam bertanya kemanakah mereka nak hantar anak supaya mendapat didikan Islam.  Waktu itu sekolah agama tidak banyak pilihan seperti sekarang.  Kalau adapun sekolah agama, biasanya berupa pondok-pondok di kampung yang kelihatan mundur dan jumud.  Sedangkan waktu itu angin kesedaran Islam seda

ABUYA SUNTIK ROH KEPIMPINAN ISLAM SEJAK DARI KECIL

Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya menyuntik atau menanamkan roh kepimpinan, saya pasti teringat Baling, kira-kira 421 km ke utara Kuala Lumpur.  Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah kampung Pisang, mukim Kupang.  Abuya menghantar anak-anaknya bersama anak-anak ahli jemaah seramai 12 orang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan.  Pelajar lelaki tersebut ialah, Fakhrur Razi bin Ashaari, Mohd Nizamuddin bin Ashaari, Muhammad Khomsin, Azman bin Atan, Ahmad Yasin dan Wan Mohammad Sufi. Pelajar perempuan pula ialah Nasibah binti Ashaari, Hafsamiati, Kamaliah binti Saad, Normala,  Norsiah dan Latifah (anak saudara Hasan Mokhtar).      Ada beberapa sebab dan hikmah  Abuya

MARKAZ JEMAAH ABUYA DI KAMPUNG DATO KERAMAT.

     Kampung Datuk Keramat , atau lebih dikenali sebagai  Keramat  di kalangan orang tempatan, ialah sebuah perkampungan yang besar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.  Nama Kampung Datuk Keramat adalah sempena kehadiran sebuah kubur keramat bersebelahan  Pasar Keramat. Kini kubur ini tidak dapat dikesan lagi, walau bagaimanapun dipercayai itulah asal usul bagaimana nama kampung ini dipilih. Kawasan ini terletak di timur laut pusat bandar Kuala Lumpur dan bersempadan dengan daerah Ampang  di negeri Selangor . Sungai Kelang  menganjur lebih kurang dari timur laut ke barat dan bertindak sebagai pemisah semula jadi antara Keramat dengan Ampang. Keramat dilayani oleh tiga stesen Transit Aliran Ringan , iaitu Jelatek, Dato Keramat and Damai, dalam sistem Aliran Kelana Jaya .      Keramat terletak hanya 10 minit dari Kampung Baru melalui kereta, dan pada asalnya merupakan kawasan orang Melayu walaupun sekarang ini, terdapat banyak orang asing, terutamanya orang-orang Arab yang tin

MARKAZ SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ROHANI

Melalui markaz masyarakat menerima didikan dan dipupuk kefahaman untuk mengisi kesedaran Islam yang baru berputik di hati mereka. Hati-hati mereka ditautkan, kasih sayang disuburkan, cita-cita dan matlamat hidup disatukan dan jalan taubat ditempuh bersama-sama. Di peringkat awal Abuya Attamimi iaitu sebelum perkampungan atau bandar Islam dibina, markazlah satu-satunya medan bagi mereka yang telah mendapat kesedaran Islam melalui dakwah untuk sepenuhnya mengamalkan Islam secara berjemaah.      Umat Islam perlu menukar sikap mereka dan mencontohi para Sahabat, para Tabiin iaitu di sekitar 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka sangat sensitif dengan kehidupan selepas mati. Sangat sensitif dengan persoalan kehidupan Akhirat mereka. Mereka sangat bimbang kalau hati mereka longgar dengan Tuhan, sudah tidak ghairah dengan kebaikan dan nikmat Syurga dan sudah tidak bimbang dengan dosa dan seksaan Neraka. Mereka juga berlumba-lumba untuk menimba ilmu yang bermanfaat yang boleh memb

PERANAN MARKAZ JEMAAH ABUYA.

Abuya menubuhkan markaz-markaz perhubungan di hampir setiap tempat yang diterokainya. Penubuhan markaz ini sebagai langkah awal untuk meratakan kefahaman dan penghayatan Islam di tengah masarakat di samping melebarkan sayap perjuangannya. Markaz diwujudkan untuk mengatur dakwah dan perhubungan dengan masyarakat setempat.      Selain itu, markaz juga menjadi tempat bertemu dan berkumpul oleh mereka yang telah disapa angin dakwah. Ia juga tempat sebarkan ilmu dan memupuk kefahaman dan tempat masyarakat menerima didikan. Kita tahu bahawa Islam itu bertolak daripada iman . Namun iman sahaja tidak mencukupi. Ia perlu juga kepada ilmu dan amal . Islam itu ialah iman, ilmu dan amal . Tanpa ketiga-tiga elemen ini, maka Islam tidak akan terlaksana pada peribadi seorang Muslim. Untuk mencapai matlamat ini, roh dan akal mesti berperanan. Disamping itu seseorang muslim perlu mendapat pimpinan . Ketiga-tiga faktor ini wajib ada. Kalau tidak peribadi Muslim itu akan jadi cacat dan tidak sempurna. Pe

SEJARAH ABUYA DI MASJID JAMEK KUALA LUMPUR.

Masjid Jamek Kuala Lumpur menjadi mercu sejarah pertemuan dua sungai yang menyumbang kepada sejarah pembukaan Kuala Lumpur. Kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang yang pada awalnya hanya digunakan untuk pertanian sara diri dan laluan pengangkutan, akhirnya berubah wajah apabila aktiviti perlombongan bijih timah mula dijalankan sekitar tahun 1850-an. Setiap hujung minggu Abuya Ashaari Attamimi, mengadakan program tazkirah. Masjid Jamek yang terletak dipinggiran muara Sungai Gombak dan Sungai Klang telah menjadi tempat lawatan para pelancung. Pengunjung-pengunjung yang datang kesitu ditaklimatkan tentang sejarah masjid tersebut. Dan secara tidak langsung ramai yang berkongsi maklumat tentang kaitannya dengan sejarah bandar Kuala Lumpur. Pada zaman penjajahan British, Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor.  Orang Melayu yang merupakan penduduk asal di sekitar muara Sungai Gombak dan Sungai Klang hampir pupus, kerana British membawa pendatang dari China  untuk bekerja di lombong-lombong b

ABUYA MEMULAKAN JEMAAHNYA DI KUALA LUMPUR.

Sedikit latar belakang Kuala Lumpur. Ia dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara.  Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Kelang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang [6] , dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi. [7] Bahawa kebangkitan gerakan dakwah yang di terajui oleh Abuya Attamimi bermula dari Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia. Badan dakwah yang dibina oleh Abuya bernama Darul Arqam. Ianya diasaskan pada tahun 1968. Namun ramai yang tidak perasa