Langkau ke kandungan utama

ABUYA MEMULAKAN JEMAAHNYA DI KUALA LUMPUR.



Sedikit latar belakang Kuala Lumpur. Ia dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. 

Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Kelang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[6], dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[7]

Bahawa kebangkitan gerakan dakwah yang di terajui oleh Abuya Attamimi bermula dari Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia. Badan dakwah yang dibina oleh Abuya bernama Darul Arqam. Ianya diasaskan pada tahun 1968. Namun ramai yang tidak perasan ini sebenarnya satu isyarat dari Tuhan bahawa kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman ini bermula dari Timur, dan Timur yang dimaksudkan disini ialah Malaysia. Ia akan diterajui oleh orang Melayu dan bukannya di kalangan bangsa Arab dan bukan dari tanah Arab. Ini bererti sekarang adalah giliran bangsa Timur untuk menjadi empayar.

Selaku rakyat Malaysia berketurunan Melayu beragama Islam, ini merupakan  satu khabar gembira buat kita. Tuhan memilih kebangkitan ini ditangan kita. Sama ada kita perasan atau tidak, bersiap atau tidak, setuju atau tidak, namun janji Tuhan pasti akan berlaku. Tuhan telah pergilir-gilirkan di kalangan bangsa-bangsa di dunia samaada dunia barat maupun timur untuk menguasai dunia. Ini adalah satu sunnatullah dan fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan. 

Ulasan

  1. Penulis ini masih lagi sesatkah?? Al Arqam difatwakan sesat .. penulis ini masih memuja si buaya al kazzab??

    Kebangkitan Islam diterajui Malaysia?? oleh orang Melayu .. mana nas dan dalil.. takkan main "minda" abuaya al kazzab .. puak puak ini boleh kena tipu tegak tegak oleh si penyesat laknatullah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalammualaikum, you sound so stupid. go learn hadis more. and stop saying bad name to other people. buaya, buaya. what if people badmouth alike that to your dad or grandad or your male family members???

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N