Langkau ke kandungan utama

MARKAZ SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ROHANI


Melalui markaz masyarakat menerima didikan dan dipupuk kefahaman untuk mengisi kesedaran Islam yang baru berputik di hati mereka. Hati-hati mereka ditautkan, kasih sayang disuburkan, cita-cita dan matlamat hidup disatukan dan jalan taubat ditempuh bersama-sama. Di peringkat awal Abuya Attamimi iaitu sebelum perkampungan atau bandar Islam dibina, markazlah satu-satunya medan bagi mereka yang telah mendapat kesedaran Islam melalui dakwah untuk sepenuhnya mengamalkan Islam secara berjemaah.

     Umat Islam perlu menukar sikap mereka dan mencontohi para Sahabat, para Tabiin iaitu di sekitar 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka sangat sensitif dengan kehidupan selepas mati. Sangat sensitif dengan persoalan kehidupan Akhirat mereka. Mereka sangat bimbang kalau hati mereka longgar dengan Tuhan, sudah tidak ghairah dengan kebaikan dan nikmat Syurga dan sudah tidak bimbang dengan dosa dan seksaan Neraka. Mereka juga berlumba-lumba untuk menimba ilmu yang bermanfaat yang boleh membawa mereka hampir kepada Tuhan.

     Selepas zaman tabiut-tabiin, kebanyakkan ibu bapa tidak sealim dahulu lagi. Mereka tidak mampu mendidik anak-anak dirumah lagi. Justru itu tugas mendidik diserahkan kepada orang yang lebih alim. Kebanyakkan pengajian dan pendidikan ini berpusat di masjid-masjid dan di rumah guru-guru yang mengajar. Pelajaran yang diajar diasaskan kepada ilmu agama.

     Guru-guru yang mengajar di masjid, di rumah-rumah dan di madrasah, di samping mengajar ilmu, sedikit sebanyak turut juga memberi tarbiah atau didikan. Namun begitu, didikan di rumah oleh ibu bapa masih di teruskan. Anak anak belajar dan diberi ilmu agama di madrasah tetapi mereka ditarbiah dan dididik di rumah.

     Firman Tuhan: 

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah,2:151).

     Tarbiah atau didikan dan bimbingan dari Abuya Attamimi selama ini kita jadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran akhir zaman yang dijanjikan buat kali kedua. Ia merupakan satu kebangkitan kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama lebih 700 tahun. Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ia dijanjikan Allah melalui sabda Rasulullah SAW.

     Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah atau ilmu mendidik hati.

    Maka bagi orang yang ada cita-cita untuk membaiki diri atau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata-kata lain, mereka menjadi model hamba Allah yang baik yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N