Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

DISIPLIN ROHANI.

DISIPLIN IBADAH BATIN. Mengatur dan mendisiplinkan hati jauh lebih sukar daripada mendisiplinkan fizikal.Ibadah batin atau hati iaitu kita mesti memelihara rasa-rasa kehambaan dan mengekalkan rasa rasa mahmudah didalam hati.  Setakat melaksanakan ibadah lahir mudah contohnya solat. Bagi mendisiplinkan fizikal kita lakukan solat mudah, dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Bagi ibadah batin untuk mendisiplinkannya lebih susah. Selain kita mendampingi Tuhan dengan solat dan berzikir, ada cara lain dengan kita bertafakur melihat kebesaran Tuhan melalui ciptaannya. Mendisiplin hati supaya dapat kekalkan rasa-rasa kehambaan adalah susah. Ibadah lahir ada masa yang telah dijadualkan. Ibadah batin atau ibadah hati ianya perlu kekalkan dengan sifat-sifat mahmudah.Mungkin ibadah lahir ada masa rehatnya.Tetapi ibadah batin atau hati terus menerus. Hati kita Sepanjang kita merasa kebesaran Tuhan selama itu kita sedang beribadah. Hidup kita adalah untuk m

PENAWAR HATI.

MEN JINAKKAN HATI. Takutkan Tuhan atau cinta pada-Nya boleh melembutkan hati. Lembutnya hati, mazmumah boleh mati. Tidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepada-Nya, hati buta atau mati. Bila hati buta atau mati, nafsu lah yang akan menjadi raja di dalam diri.Contoh dari sudut perubahan sikap daripada negatif kepada sikap positif. Dari pemalas kepada rajin daripada pengotor kepada pembersih dan sebagainya.  Dalam Islam ia bersifat global. K ebersihan yang dituntut oleh Islam adalah secara global sangat luas. Hati yang berjaya dibersihkan dari sifat keji atau mazmumah. Hati dibersihkan daripada mensyirikkan Tuhan.Diri manusia itu ada lahir dan ada batinnya.Oleh itu kebersihan menyentuh soal lahir dan soal batin manusia. Kebersihan Islam ia menyentuh soal fizikal, soal akal, soal hati, soal nafsu, soal masyarakat, soal nilai, soal cara hidup soal lahir dan batin manusia dan lain-lain lagi.Kebersihan mesti di- usahakan dalam kesemua aspek-aspek tersebut tanpa kecuali.Ba

RIADAH LAHIR BATIN.

RIADAH DALAM ISLAM. Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:- 1) Islam menggalakkan umatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (Al-Anfal  60) 2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt: “Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (Al-Baqarah 2:247) 3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda: المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih). 4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut: مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأ

BAGAIMANA KITA KELUAR DARIPADA KEHINAAN.

KELUAR DARI KEHINAAN. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. (Ali Imran 3:103). ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوٓا۟ إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ ٱلنَّاسِ. Maksudnya:"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab hubungan dengan Allah dan adanya sebab sesama manusia."(Ali Imran 3:102). Ketika diberi ilmu dalam kuliah yang pernah disampaikan oleh guru mursyid kita Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi tentang ayat tersebut. Selepas itu beliau menganjur, membimbing dan mencetuskan perjuangan melaksanakan tuntutan Tuhan dalam Al-Quran khususnya

UMAT MENJADI OBOR.

UMAT ISLAM MENJADI OBOR. Penanaman iman dan ilmu ke dalam hati umat Islam. Iaitu melalui proses pendidikan. Hanya melalui pendidikan baru datang penghayatan dan penjiwaan.Dari penghayatan dan penjiwaan iman dan ilmu, baru timbul rasa cinta pada Allah, Rasulullah dan pada Islam. Selepas cinta, akan datang rasa takut pada Allah. Dari rasa takut pada Allah inilah akan timbul ketaatan. Umat Islam akan melaksanakan hukum hakam dan syariat Tuhan. Mereka akan buat apa yang Allah suruh dan akan tinggalkan apa yang Allah larang. Bila umat Islam mematuhi syariat Islam dan menjadikan seluruh syariat Islam itu sebagai sistem dan cara hidup maka lahirlah satu bangsa bertaqwa.Bila suatu bangsa itu sudah sampai ke tahap taqwa, maka barulah akan datang bantuan dan pembelaan dari Allah SWT. Dengan pembelaan Allah, akan datang kekuatan dan kedaulatan dan umat Islam akan berjaya. Umat Islam akan menjadi obor kepada semua bangsa dan agama lain di dunia. Inilah proses dan metodologinya.

KETAATAN DALAM ISLAM.

SETIA ADALAH SOAL HATI. Apakah pandangan Sahabat Nabi SAW terhadap Muawiyah? Menurut Saad bin Abu Waqqas berkata: "Aku tidak melihat seorang pun setelah kematian Uthman Affan yang lebih benar dalam melakukan keputusannya melainkan pemilik pintu ini – iaitu Muawiyah.” Menurut tuduhan golongan Syiah tentang Muawiyah, adalah seorang yang kejam dan zalim. Menurut pandangan Ahli Sunnah wal jama'ah, Muawiyah adalah orang yang sukakan kebersihan. Keluarga  Muawiyah, dari sebelah Ayahnya adalah Abu Sufyan bin Harb, salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Sedangkan dari sebelah ibunya adalah Hindun binti Utbah, seorang sahabiyah (sahabat wanita) nabi Muhammad SAW. Seperkara lagi yang sangat dipersoalkan oleh umat Islam di akhir zaman ini ialah tentang perlantikan ahli-ahli keluarga oleh Muawiyah untuk mengisi jawatan-jawatan kerajaan. Mereka menganggap ia satu tindakan nepotisme atau kronisme yang sepatutnya tidak berlaku didalam sebuah negara Islam. Memang fakta i

BERDAKWAH DI ALAM SIBER.

DAKWAH DI ALAM SIBER. Sidratul Muntaha adalah tempat Nabi Muhammad SAW dianugerahkan sembahyang. Ia jauh lebih hebat daripada alam siber. Allah yang mengajarkan sembahyang yang agung itu kepada baginda Nabi SAW. Manusia dapat berhubung satu sama lain tidak kira dimana pun melaui dunia siber. Tuhan jadikan hati adalah wadah untuk manusia boleh berhubung dengan Tuhan dan sesama manusia dimana saja. Keupayaan teknologi komunikasi pada ketika ini, membawa fenomena apabila memunkinkan penggunaan aplikasi media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah aktiviti dakwah. Aplikasi media social seperti facebook, whatsapps, instagram dan twitter, dilihat berpotensi memberi peluang yang meluas terhadap penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas, langsung ke sasaran, meluas penggunaannya dan lebih global. Dakwah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan, penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan ya

ROH BERDOA

DOA YANG ADA ROH. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Begitu juga kita lakukan doa, ia perlu kita tahu kepada siapa kita meminta. Di bawah ini adalah sedikit panduan sebagai kaedah dalam berdoa, moga-moga kita mendapat ilmu tentangnya: Contoh roh dalam berdoa bagaimana? Doa itu dalam bahasa Melayunya 'meminta'. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan ilmu itu, kena difahami. Dengan faham, baru boleh melaksanakan. Mana mungkin mudah-mudah kita nak berdoa, berdakwah dan berjuang, tanpa ilmu dan faham agama. Maka antara roh berdoa, mesti faham apa yang kita minta kepada Allah SWT. Kalau kita minta (sesuatu) tetapi tidak faham apa yang kita minta, maka aneh juga. Umpama kita minta sesuatu daripada kerajaan, apabila ditanya balik, "Apa yang kita minta?" kita jawab, tidak tahu." Aneh juga. Itu sebab banyak orang kita yang ingin berbuat baik tetapi banyak yang tersasar kerana apa yang hendak di

KEMAJUAN BERSAMA ROHANI.

KEMAJUAN LAHIR DAN BATIN. Kemajuan dalam Islam ada yang lahir dan ada yang batin. KEMAJUAN sesebuah negara bukan hanya berdasarkan kepada kepesatan pembangunan dan kemajuan fizikal semata-mata sebaliknya tidak mengabaikan pembangunan insan.  Melalui pembangunan yang seimbang akan melahirkan masyarakat yang tahu bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat yang Allah SWT berikan. Kita kena mengambil iktibar dan  pengajaran di atas kemajuan dan pembangunan yang berlaku di barat. Pembangunannya mencakar langit tetapi insaniahnya separas bumi yang dipijak-pijak. Bahkan lebih keji dari haiwan. Dengan pembangunan yang tidak seimbang kemajuan lahirnya dengan pembangunan insaniahnya masyarakat hidup bagaikan haiwan. Manusia bukan hanya memerlukan keperluan lahir tetapi manusia juga perlukan Tuhan. Iaitu keperluan rohani yang diperlukan oleh manusia. Dalam membangun, Iman tidak boleh diketepikan.Jika membangun tanpa Iman, bila berlaku ujian dan musibah mudah untuk men

PERSELISIHAN YANG BAWA RAHMAT.

PERSELISIHAN MUAWIYAH DENGAN SAIDINA ALI BAWA RAHMAT. Sayidina Muawiyah dan pentadbirannya banyak menimbulkan kontroversi dan tanda tanya terutama umat Islam yang hidup di akhir zaman ini. Umat Islam kini tidak melalui pergolakan yang berlaku di zaman Muawiyah dan kerana itu tidak dapat memahami sebab-sebab atau rasional dalam tindak tanduk sahabat yang mulia dan berjasa ini. Ada juga umat Islam sekarang yang mempersoalkan tentang pergaduhan dan peperangan di antara pihak Muawiyah dan Saidina Ali. Dengan tidak memahami perkara yang sebenar, mereka lantas memihak kepada Saidina Ali dan menuduh Sahabat Muawiyah dengan berbagai-bagai tuduhan yang tidak adil dan tidak patut. Apa yang harus kita faham, Muawiyah dan Saidina Ali adalah dua sahabat besar yang sama-sama takut dan cinta pada Allah dan sangat berjasa dalam memperjuangkan Islam.Mereka sama-sama memperjuangkan kebenaran. Tambahan lagi mereka berdua dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW. Kalaupun ada perselisihan di antara kedua

ILMU KEBENARAN.

KEPENTINGAN ILMU HAK. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan ilmu itu, kena difahami. Dengan faham, baru boleh melaksanakan. Mana mungkin mudah-mudah kita nak berdakwah dan berjuang, tanpa ilmu dan faham agama. (Membina institusi keluarga Islam perlukan ilmu). Begitu juga melaksanakan syariat Islam dari kelompok paling kecil ialah sebuah keluarga. Kemudian kelompok masyarakat dalam sebuah kampung. Selepas itu sebuah daerah negeri dan negara. Bagaimana kehidupan Islam yang diatur dalam keluarga, kampung daerah negeri dan negara semuanya kena diatur mengikut yang Tuhan kehendaki. Itu sebab banyak orang kita termasuk ulama ada yang tersasar dalam berjuang. Sebab ilmu tak tepat, jauh sekali dari faham. Di bawah ini adalah sedikit panduan sebagai kaedah dalam berjuang, moga-moga kita mendapat ilmu tentangnya: 1) Kalau kita kaji Al-Quran, ada firman Tuhan yang bermaksud, “bila hak itu

KAEDAH MEMILIKI JIWA SUFI.

CARA MEMILIKI RASA HAMBA. Apabila agama tidak menjadi pegangan dan panduan maka ideologi menjadi pengganti. Ideologi itu pula ada yang sudah tersedia tersusun dan terhimpun sebagai satu fahaman politik. Namun yang sebenarnya apabila bukan Al Quran dan Sunnah menjadi pegangan maka hidup seseorang itu dengan apa yang difikirkannya maka itulah ideologi tanpa nama. Untuk mengekang nafsu ganas dan rakus dan menolak segala isme dan ideologi sendiri, sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas sempadan golongan, puak,kedudukan, bangsa, kumpulan, negara asal usul keturunan. Umat Islam perlu memiliki jiwa sufi yang diantara ciri-cirinya seperti berikut: 1. Rasa kehambaan Bersungguh sungguh memperolehi rasa kehambaan yang mendalam. Benar-benar mengenal diri itu adalah hamba yang dicipta oleh Allah SWT. Sewajarnya sampai ke tahap rasa takut, cinta, bimbang, cemas, gementar, malu, mengharap, rindu, rasa dilihat, didengar, diketahui sehingga tidak le

TENTERA TUHAN.

(Gambar ini diambil 8 Januari  2005  di Banda Aceh, dua minggu setelah amukan tsunami). BERBAGAI BENTUK TENTERA TUHAN. Sekali sekala Allah tunjukkan kuasa-Nya. Didatangkan tentera-Nya junudullah dalam berbagai bentuk dan rupa. Tentera Tuhan berbentuk air. "Dan tinggalkan lah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)". (Ad dhukhan  44:24). “...Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri... (Al-Mudatsir 74: 31). Dalam Al Quran ada Allah menjelaskan kisah Israk Mikraj, ketika Nabi Muhammad sedang melihat-lihat suasana alam Langit Pertama (ar-Rafii'ah), dikatakan bahawa baginda telah melihat susuk tubuh Malaikat yang sangat besar dan tegap sekali ukurannya, Malaikat itu sedang menunggangi kuda yang berasal dari cahaya dan berunifom cahaya. Malaikat yang besar itu dikelilingi oleh 70 ribu Malaikat yang berunifom kan berbagai  dan

JONGKANG JONGKIT ROHANI.

JONGKANG JONGKIT JIWA. Bilangan manusia yang lemah menderita sakit jiwa di ketika ini lebih ramai daripada bilangan pesakit yang sakit fizikal di hospital-hospital di seluruh dunia. Apakah kita sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah, dan lain-lain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain? Tetapi pesakit batin, pesakit jiwa, putus asa, dendam, pemarah dan lain-lain akan bunuh diri dan membunuh orang lain. KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 peratus populasi rakyat di negara ini mengalami masalah penyakit mental dengan majoriti wanita berisiko tinggi mendapat simptom berkenaan.Gangguan mental akan menyebabkan wanita mudah berhadapan dengan kemurungan sehingga mendorong mereka untuk membunuh diri. Profesor Bersekutu Psikiatri, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Dr Ng Chong Guan, berkata peningkatan pesakit mental dalam kalangan penduduk negara ini akan bertambah sekali ganda dalam tempoh 10 tahun. Katanya, berdasarkan nisbah, mendap
UMAT ISLAM TERHINA? Terima kasih Tuhan yang mana Engkau masih memberikan kami dan masih membenarkan kami berbincang tentang ilmu serta membaiki diri. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad sebagai contoh terbaik bagi kita untuk membaiki diri. Kalau bukan dari Rasulullah kita tidak ada panduan dalam sebarang hal berkaitan bekalan hidup di dunia lebih-lebih lagi bekalan untuk kehidupan di Akhirat. Alhamdulillah walaupun Rasulullah wafat, kita terasa Rasulullah masih hidup kerana panduannya masih boleh kita tiru dan ikut, cuma mahu atau tidak. Bukan sahaja umat Islam bahkan seluruh dunia mengakui bahawa umat Islam mundur di mana-mana, kalah di mana-mana dan terhina di mana-mana. Masalah inilah yang memeningkan ulama dan pemimpin. Masing-masing tidak tahu macam mana hendak menjadi kuat dan tidak tahu punca kelemahan. Oleh kerana tidak tahu bagaimana untuk jadi kuat dan mengapa dihina, maka mereka hanya mencuba dan mengagak-agak. Masalah tidak selesai bahkan yang berlaku be

EMPAYAR TIMUR.

EMPAYAR TIMUR. PUTRAJAYA: Malaysia dan China mempunyai ruang dan peluang untuk memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan terutama berkaitan sektor pengajian Islam.“Dalam perbincangan dengan Pengerusi Dewan Perniagaan Halal Shan Xi, Tie Qunping, timbul cadangan supaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menubuhkan cawangan di wilayah Xian, termasuk membuka sekolah Islam antarabangsa untuk pengajian awal. “Di Xian saja ada lebih 300,000 penduduk beragama Islam dan berjuta lagi di wilayah Shan Xi dan di lima wilayah yang lain sekitar Shan Xi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Penubuhan empayar Timur yang merangkumi Cina- Melayu atas nama Islam bukan perkara mustahil. Berdasarkan beberapa hadis, jelas bahawa Islam akan bangkit semula. Kebangkitan itu berlaku disebelah timur. Timur itu Abuya tafsirkan sebagai Asia Tenggara dan negara China. Kita perlu ingat bahawa disisi Allah SWT tiada satu pun yang sia-sia, main-main dan gurau senda. Walau bagaimanapun

TIGA ASAS AJARAN ISLAM.

TIGA ASAS AJARAN ISLAM. Gua Hira adalah tempat Nabi Muhamad SAW menerima wahyu dari Allah yang pertama kalinya melalui malaikat Jibril. Gua tersebut sebagai tempat Nabi Muhammad SAW menyendiri dari masyarakat yang pada ketika itu masih belum beriman kepada Allah. Gua Hira terletak di negara Arab saudi. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walau tidak terlalu tinggi, oleh kerana itu untuk menuju gua tersebut setiap orang ada persiapan fizikal yang kuat. Ajaran Islam sangat luas. Dari tiga asas utama ajaran Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu iman, Islam dan ihsan atau istilah barunya aqidah, syariah dan tasawuf. Islam telah berkembang dengan begitu luas sekali. Memang begitulah sifat ilmu. Bila manusia mengkaji dan mencungkil sumber-sumber ilmu maka ilmu itu bertambah. Maka lahirlah banyak ilmu-ilmu baru dan semakin bertambah. Sudah banyak ilmu Islam yang wujud di zaman ini yang tidak ada di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat. Dari iman lahir ilmu kalam. D

SAKIT JIWA.

SAKIT MENTAL ATAU JIWA. Banyak orang yang mengatakan bahawa orang yang sakit mental disebut dengan sakit jiwa dan begitu pula sebaliknya. Sakit jiwa dan sakit mental memang hampir sama, kerana sama-sama menyerang psikologi manusia. Penyakitnya tidak terlihat real atau nyata, tapi hanya boleh dilihat dari kelakuan orang yang mengalami sakit psikososial tersebut. Kedua penyakit ini disebabkan kerana pengaruh persekitaran tempat ia tinggal atau lingkungan yang penderita alami semasa hidupnya. Namun kedua penyakit ini berbeza baik secara gejala, penyebab dan juga efek yang timbul di dalam diri orang yang mengalami penyakit ini. Sakit mental adalah yang kedua selepas sakit jantung. Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Ma
INDAHNYA KALAU TUHAN DIKENALI. Umat Islam rata-rata tidak kenal Tuhan. Kalau kenal pun setakat boleh mengesahkan akidah sahaja. Iaitu Akidah setakat cukup makan. Supaya tidak jatuh kafir. Sebab itu hubungan kebanyakkan umat Islam dengan Tuhan tidak baik, tidak indah dan tidak murni. Sentiasa ada buruk sangka dengan Tuhan. Sentiasa merasakan Tuhan itu tidak patut,tidak adil, Tuhan zalim terutama kalau kita miskin, kita sakit atau hina dan sebagainya. Perasaan seperti ini sentiasa di hati. Mungkin tidak terkeluar di mulut tetapi sentiasa bermain di hati.Kalau tidak kenal Tuhan, hubungan dengan Tuhan boleh jadi cacat. Kalau kita betul-betul kenal Tuhan, ianya cukup indah. Kalau kita faham kerja Tuhan dan tahu pula peranan Tuhan dalam hidup kita, ia cukup menenangkan dan membahagiakan kita. Kita tidak akan dapat lari daripada mencintai Tuhan kerana akan terbukti bahawa Tuhan itu amat baik, Maha Adil dan Maha Pemurah dan Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya. Tuhan men

AKTIVITI PARA IKHWAN.

Para Sahabat mereka yang hidup bersama Rasulullah SAW. Para Ikhwan adalah mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah SAW. Para Tabein mereka yang sempat bertemu para Sahabat. Tabiut tabein mereka yang sempat bertemu dengan orang yang bertemu dengan Sahabat Nabi SAW. As-Salafus Soleh dari sudut bahasa bermakna para pendahulu yang soleh.  Yang dimaksudkan dengan istilah as-Salafus Soleh adalah para pendahulu kaum muslimin dari kalangan sahabat nabi,tabi'in (para murid sahabat) dan tabi'ut tabi'in (para murid tabi'in). Dengan demikian as-Salafus Soleh adalah tiga generasi awal dari kaum muslimin.  Orang soleh yang bertaqwa ialah mereka yang syumul hidup mereka. Tidak terpisah Islam dalam semua aspek hidup mereka.Orang lelaki berjuang di jalan Allah, mencari rezeki dan mengusahakan nafkah untuk keluarganya. Setiap langkah ada nilai di sisi Allah. Kaum wanita juga diberikan ruang dan peluang sesama mereka. Pendidikan anak-anak sangat ada k