Langkau ke kandungan utama

TAMADUN YANG SELAMAT.



TAMADUN YANG SELAMAT.

Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu, kemajuan, pembangunan dan tamadun material dan fizikal itu boleh memberi kehidupan dan kemudahan hidup kepada manusia. Ia boleh memenuhi tuntutan dan keperluan hidup manusia. Tetapi itu bukan segala-galanya.

Bagi merialisasikan model yang selamat dan menyelamatkan. Abuya berikan assignment kepada keluarga dan pengikut nya bermula dari menyusun selipar hinggalah cetuskan projek di premis-premis. membangunkan 
Kaum wanita juga diberikan ruang dan peluang sesama mereka. 



Pendidikan anak-anak sangat ada kaitan dengan mereka. Seperti ummahatul mukminin, para sohabiah di kalangan wanita di zaman Nabi yang berperanan di kalangan mereka.Teknologi di zamannya dimanfaatkan sehabis mungkin untuk manfaat dan kepentingan Islam. Islam tidak mundur malah sama maju dan seiring dengan perkembangan semasa.


Membangunkan satu model projek bandar atau kampung yang ada rohnya. Roh model bandar atau kampung tersebut ialah model gabungan pembangunan  material dan pembangunan rohani atau pembinaan insan yang istiqamah dan berjadual.
Sekadar pembangunan lahiriah dan fizikal sahaja tidak cukup. Pembangunan material belum boleh menjamin keselamatan, kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat di dunia ini. Apatah lagi untuk memperoleh keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat kelak.

Kalau kemajuan, pembangunan dan tamadun yang di bangunkan itu tidak bertunjangkan iman dan taqwa, ertinya kita telah memutuskan diri kita dari Tuhan. Maka Tuhan pula akan berlepas diri dari kita. Tuhan itu penyelamat, pelindung dan pembela. Tuhan mengajar, memandu dan memimpin kita ke jalan yang selamat dan sejahtera. Tetapi dengan syarat kita menyerah diri pada-Nya dan mengikut jalan-Nya. 

Kalau kita berpaling, maka Tuhan akan tinggalkan kita. Kita akan terdedah kepada jalan nafsu dan syaitan.
Justeru itu, risiko yang kita akan tanggung sangat berat. Bermacam-macam masalah akan timbul daripada usaha kita sekalipun usaha kita itu berjaya.

Nampak lahirnya hebat, gah, cantik, indah, mempesona tetapi kemajuan itu akan memakan diri dan menyusahkan kita. Akan hilang kasih sayang, harmoni, perpaduan dan kedamaian. Hidup akan penuh dengan jenayah, krisis dan perbalahan. Manusia hidup dalam ketakutan."Selagi tamadun rohani itu tidak dibangunkan terutama dalam pentadbiran negara, maka selagi itulah kita belum mencapai apa yang dinamakan TAMADUN ISLAM. Kerana Islam yang maju itu menuntut kedua-dua tamadun itu ditegakkan. Iaitu pembangunan material dan pembangunan rohani. Setakat menerapkan nilai-nilai Islam sahaja tidak memadai."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…