Langkau ke kandungan utama

UMAT ISLAM TERHINA?

Terima kasih Tuhan yang mana Engkau masih memberikan kami dan masih membenarkan kami berbincang tentang ilmu serta membaiki diri. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad sebagai contoh terbaik bagi kita untuk membaiki diri. Kalau bukan dari Rasulullah kita tidak ada panduan dalam sebarang hal berkaitan bekalan hidup di dunia lebih-lebih lagi bekalan untuk kehidupan di Akhirat.

Alhamdulillah walaupun Rasulullah wafat, kita terasa Rasulullah masih hidup kerana panduannya masih boleh kita tiru dan ikut, cuma mahu atau tidak. Bukan sahaja umat Islam bahkan seluruh dunia mengakui bahawa umat Islam mundur di mana-mana, kalah di mana-mana dan terhina di mana-mana. Masalah inilah yang memeningkan ulama dan pemimpin. Masing-masing tidak tahu macam mana hendak menjadi kuat dan tidak tahu punca kelemahan.
Oleh kerana tidak tahu bagaimana untuk jadi kuat dan mengapa dihina, maka mereka hanya mencuba dan mengagak-agak.

Masalah tidak selesai bahkan yang berlaku bertambah kusut. Kehinaan yang sedia ada ditambah lagi dengan kehinaan yang amat dahsyat. Hasil dari hanya cuba dan agak-agak. Kalau tanam pokok tidak ada ilmu, sekadar diagak-agak, kemudian diharap dapat hasil banyak, kalau tidak menjadi atau tersilap, ianya sekadar tidak boleh dipakai. Kalau tidak ada hasil, bakar, buang atau biarkan sahaja. Tetapi kalau ulama atau pemimpin hendak baiki masyarakat Islam, tidak boleh dengan hanya mencuba-cuba. Kalau tidak menjadi, manusia itu ada nyawa, ada akal maka jika tidak boleh dipakai, tidak boleh pula dibuang. Kalau pokok bolehlah dibuang.

Percubaan-percubaan itu lebih menghancurkan lagi dan yang dibuat oleh musuh. Ada yang berkata, "Kita lemah sebab penjajah. Kalau merdeka boleh berdiri sendiri, bina kekuatan sendiri."Bila Tuhan beri kemerdekaan, maka hal ini semua negara umat Islam sudah merdeka. Ada yang sudah 100 tahun merdeka dan ada 60 tahun, 70 tahun. Paling pendek yakni Brunei yang baru 30 tahun merdeka. Kenyataannya kehinaan yang ditanggung bukan makin sikit tetapi makin menebal.

Sudah 100 tahun merdeka tetapi masih tidak boleh berdiri sendiri. Sudah 60 tahun merdeka.masih tidak ada kekuatan sendiri.Di celah itu kita dengar ada yang salahkan penjajah apabila tidak ada kelulusan tinggi. Ulama dan pemimpin menjadikan ini sebagai alasan mengapa negara tidak maju. Sekarang sudah beratus ribu prof, master dan sudah berapa juta dapat BA tetapi yang peliknya, di Indonesia, 2 juta orang tidak ada kerja. Padahal zaman dulu setakat darjah 6, buat kerja tidak kira kerja apa. la menunjukkan bahawa hujah itu tidak boleh dipakai. Hari ini pemimpin dan ulamak tidak tahu apa hendak dibuat.

Kalau kita jadikan Rasulullah ikutan, umat Islam tidak akan bingung kerana ada jalan keluar dan kita mudah faham apa rahsianya. Bila faham, kita akan tahu mengapa umat Islam tidak maju. Tentang ini cukup jelas. Di sudut ilmunya ada dalam Al Quran dan Hadis. Di segi realitinya ada pada sikap Rasulullah dan Sahabat kerana sejarah mereka dicatat. Tidak susah untuk dijadikan panduan. Kalau ulama dan pemimpin faham dan hayati boleh selesaikan masalah di negara ini.

Sesetengah orang tahu hal ini kerana ulama selalu bacakan hadith berikut: Pada suatu hari ketika Rasulullah bersama Sahabat, Baginda berkata, "Selepas aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah.
Di atas kelemahan itu, orang kafir makan dengan rakus.Orang kafir akan menjadikan umat Islam sasaran tekanan mereka. lni sudah terbukti. Sahabat yang mendengar bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam lemah sehingga musuh begitu kuat." Kata Rasulullah, bahkan masa itu mereka lebih ramai dari para sahabat tetapi ramai itu, tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.

Ibarat buih di laut yang menggunung tetapi bila jatuh lidi ke atasnya pun, buih itu boleh pecah. Tidak payah ditimpa kayu balak. Sahabat bertanya lagi, `Mengapa seramai itu tapi macam buih di laut?" Jawab Rasulullah, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit wahan.- lstilah ini kurang dipakai dalam bahasa harian. Tidak pernah ada masa itu.

Sahabat bertanya. "Apa itu wahan? Penyakit wahan itu ada dua iaitu: 1)Takut mati :Takut mati ialah orang yang takut hendak mati kerana Allah. Mati kerana dunia seperti kerana nama, glamor dan negara tidak apa. Maka Tuhan turunkan bala lalu dicabut rasa takut dengan Tuhan.Bila rasa takut dengan Tuhan dicabut, ia digantikan dengan macam-macam rasa takut yang lain seperti takut tidak makan, miskin, takut isteri, takut masa depan dan sebagainya. Walaupun umat Islam mengerjakan sembahyang, puasa dan haji tetapi mereka tidak sanggup atau tidak tahan dan takut untuk mati kerana Tuhan. Maka Tuhan jadikan umat Islam mati bukan kerana Tuhan.

Sebaliknya, mati yang bergelimpangan dalam berbagai bentuk. Ada yang mati kerana pelanggaran kereta, pangkat, kerana merebut dunia, rebut harta, suami, isteri, kawan dan macam-macam lagi. Semua itu kerana menolak mati kerana Tuhan. Macam-macam bentuk kematian.Apayang kita takutkan menjadi punca kita mati. Contohnya kalau tidak jaga badan, kita takut sakit kemudian mati. Maka Tuhan matikan kerana penyakit barah atau darah tinggi.

Tuhan matikan kerana itu yang kita hendak. Kerana kita tidak takut Tuhan tetapi takut sakit maka dengan sebab sakit itulah kita mati.Kalau orang takut mati kerana memperjuangkan Tuhan, tentulah orang tidak akan kempen Tuhan, tidak akan promosi Tuhan. Yang dikenalkan hanya ilmu bagaimana hendak dapat pangkat dan duit. Tuhan terabai, Tuhan sudah hilang dari manusia sekalipun orang sembahyang dan beribadah. Sedangkan yang berkuasa adalah Tuhan manakala manusia tidak ada kuasa.Tuhan menahan kuasa manusia sehingga mereka dibiarkan menjadi lemah dan hina di mana-mana. Bagaimana hendak berhadapan dengan Amerika atau Yahudi kalau tidak ada campur tangan Tuhan? Tidak ada campur tangan Tuhan kerana kita tidak mengkehendakinya.

2. Cinta Dunia
Oleh kerana ada cinta dunia maka ditarik dari rasa cintakan Tuhan sehingga tidak lagi cintakan Tuhan. Kerana berkat Rasulullah, kerana sayangnya Allah dan Rasulullah terhadap umatnya, maka Tuhan hukum sedikit-sedikit, tidak terus direntap. Bila sudah cintakan dunia, Tuhan tarik balik rasa cinta terhadap Tuhan. Apabila tidak cinta Tuhan akan terhakislah cinta terhadap yang lain. Tetapi tidak serentak. Mula-mula cinta yang jauh dulu ditarik iaitu terhadap orang kafir. Kemudian pada umat Islam umumnya.

Yakni:
1. Cinta kepada umat Islam yang sesama etnik
2.Cinta sesama keluarga
3.Cinta antara suami isteri.
4.Cinta antara ibu dan anak.
Sebab itu berlaku ayah rogol anak. Anak rogol emak. Kerana cinta sesama ditarik balik. Orang yang dekat seperti anak dengan emak, bila besar sudah terenggang. Bagaimana hendak bersatu-padu sedangkan di antara anak dengan ayah, antara datuk dengan cucu pun tidak ada kasih sayang. Apatah lagi hendak disatukan bangsa yang jauh hubungannya? Umat Islam akhirnya terhina di mana-mana kerana tidak cintakan Tuhan. Tuhan tarik cinta sesama makhluk. Antara datuk dengan cucu yang selalunya disayang lebih. Itu pun ditarik balik. Dulu anak dijaga, tidak boleh keluar rumah.Sekarang hendak tinggalkan anak dalam rumah puntakut.

Tidak rasa cinta sesama manusia bukan kerana:
1. Kurang ilmu.
2. Bilangannya sedikit.
Tetapi kerana :
1. Tidak takutkan Tuhan.
2. Cinta dunia.
Peliknya ulama tidak merujuk kepada Hadis itu. Sebenarnya yang diperkatakan itu adalah buah daripada dua perkara tadi. Tidak bersatu itu adalah buah dari wahan. Tidak maju itu buah (hasil) bukan penyebab. Inilah yang hendak dihidupkan semula. Betulkan cara berfikir umat Islam itu. Inilah perjuangan kita yang kita semua perlu faham supaya kita bertindak cepat dengan mengharapkan pimpinan Allah dan berkat Rasulullah SAW. Syarat untuk menjadi pejuang, mestilah berkorban habis-habisan.

Barulah kita tahu bila kita cinta dunia maka Allah tarik rasa cintakan Tuhan. Seolah-olah cinta dunia itu saingan cinta Tuhan. Tidak mahu mendoakan orang lain juga adalah kerana telah ditarik cinta Tuhan. Disebabkan telah cinta dunia. Sampaikan kakak kita pun tidak kita sayang sangat. Atas nama keluarga pun, rasa cinta sudah lemah. Lebih menyayat hati, cucu dirogol datuk. Sepatutnya, datuk sayang cucu lebih dari sayang anak. Tetapi Tuhan sudah tarik rasa sayang itu. Rasa cinta itu tidak boleh dimasukkan dalam diri manusia oleh doktor. Ubatnya ialah dengan kita kempenkan agar manusia cintakan Tuhan.

Hari ini manusia menganggap yang penting adalah ilmu dan ekonomi. Sepatutnya didatangkan semula Tuhan di dalam hati. Jangan saingkan cinta Tuhan dengan yang lain-lain. Bukan setakat laungan berjuang tetapi takut hendak berkorban. Hendak korbankan RM 10, berfikir sampai tiga hari. Sedangkan nafas pun Tuhan yang beri, nyawa pun Tuhan berikan apatah lagi beras dan lain-lain. .Hebatnya Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidatina Khadijah mendahului kita dalam berkorban. Di dalam Al Quran Allah mengingatkan: "Jika kamu lebih cinta emas, ladang, binatang ternakan lebih kamu cintai maka tunggulah saat kehancurannya"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N