Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

KEAJAIBAN HATI.

Fizikal bersama manusia hati bersama Allah, bila pengaruh kebesaran Allah SWT sudah menguasai dalam diri manusia.Begitulah  kesannya sangat terasa ke dalam jiwa  manusia . Ibaratnya setenang malam yang akan melabuhkan tirai dan akan berlalu. Subuh pula menjelang muncul.Terasa diri ini cukup tenteram diselimuti kesunyian pagi. Diri bersama dengan himpunan halwa telinga yang menyejukkan jiwa. Dalam tak sedar, kita telah melangkah ke tahun baharu  2018. Alhamdulillah, diri ini dan juga kalian diberi kesempatan menikmati indahnya dunia ciptaan Ilahi. Maka kita berbuat apa saja selalu ingat dengan Allah. Misalnya bila kita sedang makan tiba-tiba ada harimau, apakah rasa ingin makan masih ada ? Tentu rasa takut dengan harimau lebih besar mempengaruhi jiwa kita daripada rasa ingin makan. Contoh lain, bila kita sayang dengan anak bungsu tiba-tiba dipisahkan tentu akan terkenang selalu. Begitu juga sebaliknya, ibarat hubungan si anak dengan ibunya. Apabila ibunya di rumah sakit,

CHINA MERIAHKAN ISLAM.

Umat Islam di China khususnya di wilayah Guangzhou dan Shenzhen mudah dikenali dari pakaiannya. Sebagian besar menggunakan identiti Muslimnya dengan kopiah putih (untuk lelaki), sementara perempuan berjilbab atau minimum mengenakan tudung ringkas pada kepala masing-masing. Lelaki dan perempuan Muslim boleh dilihat sepanjang jalan utama di kedua kota ini. Mereka menjual buah-buahan seperti limau dan sejenis manisan asal Xinjiang, serta roti nan yang lazat. Untuk kemudahan mereka mendapatkan makanan halal, kedai-kadai menjual daging lembu, ayam dan kambing juga banyak terdapat di sini. Rombongan cucu-cucu Abuya Ashaari At Tamimi mengesan jejak dakwah datok mereka ke China. Rombongan yang di ketuai oleh Ahmad Fudhail bin Fakhrur Razi anak sulong ustaz Fakhrurrazi dan ahli rombongannya ialah Tholut ar Ramadan Bin Fakhrur Razi dan Mohammad Rafiq bin Fakhrur Razi. Cucu-cucu Abuya berada di sana selama satu minggu. Mereka berkunjung ke Guangzhou dan Shenzhen. Mereka menziarahi mak

MINDA KEHADAPAN.

Buah fikiran Abuya banyak ditolak dan tidak dapat diterima. Mengapa? Kerana Abuya menyampaikan sesuatu yang melangkaui masa dan fikiran manusia. Abuya diibaratkan menanam benih dalam masyarakat yang hasilnya bukan dipetik ketika itu namun dari generasi ke geneasi benih tadi berbuah dan bercambah. Contoh, mengenai Tun Dr. Mahathir Anuar Ibrahim, ketika Abuya menyebut tentang mereka berdua waktu itu sedang berkuasa.Seorang ada peranan seperti Abu Sufian dan seorang lagi tidak jadi Perdana Menteri walaupun ketika itu sudah jadi TPM.  Malaysia tidak dapat lari menjadi daulah Islamiah. Peranan yang dilakukan oleh Malaysia sekarang negara-negara umat Islam atau OIC mengiktiraf banyak perkara yang dilakukan Malaysia membela umat Islam dan negara umat Islam.  Begitu juga Abuya melontarkan pandangannya golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah adalah selebriti, dan sekarang sedang terjadi.  Alhamdulillah, satu fenomena penghijrahan artis-artis di Malaysia dari ter

HAKIKAT PERANG TELUK.

Pengenalan Perang Teluk , adalah sebuah perang oleh Pasukan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu menentang Iraq  sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke atas Kuwait. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas pencerobohan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990 . Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya “Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah). Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga

ABUYA GIGIH BERJUANG.

Pejuang kebenaran gigih berbuat dan kuat merintih dan menyerahkan dirinya kepada Tuhan. Giat merancang tetapi kuat pergantungan dengan Ilahi. Keberaniannya sungguh mengagumkan. Seorang diri dicabarnya kemungkaran. Dituduh sesat, dia tidak peduli. Dituduh syirik, dia makin berani. Dianggap penentang, dia makin lantang. Itulah jiwa yang ditempa oleh derita. O ya kenal ataupun yang Abuya tidak kenal. Sebagai tebusan dosa ana, kata Abuya. Pemurah dan tawadhu’-nya Abuya. Kalau yang ditemui itu terdiri daripada golongan pemimpin, mereka akan menyebarkan berita kepada pengikut-pengikutnya (orang bawahannya). Setelah kenal rapat, sebagiannya mengirim anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Abuya. Bila golongan yang ditemui itu adalah kalangan korperat, maka selepas itu berlangsung hubungan bisnes antara mereka dengan perusahaan Abuya. Berhadapan dengan golongan profesional, selalunya Abuya menyelesaikan beberapa masalah mereka dan menukar cara berfikir sekular mereka sehingga profesi mer

PELAPIS PERJUANGAN.

Gerakan perjuangan dakwah Abuya dengan teratur la ju dan lancar. Asasnya Iman dan Ukhuwah. Platformnya dakwah dan tarbiah. Dakwah bil hal terserlah dengan akhlak dan ulfah. Kekuatannya taqwa. Tetapi tidak lupakan quwwah.Pembangunan teknologi tinggi tetapi batinnya tetap dengan disiplin amalan tareqat.  Semua yang dicapai diatas dapat berterusan, Abuya sangat fokas melahirkan penyambung dan pelapis perjuangan Islam. Melalui program rasmi, dengan mencetuskan sekolah-sekolah yang dapat lahirkan sufi berteknologi. Berjiwa agama yang boleh membangunkan Islam. Ada ilmu dan boleh berkhidmat.  Begitu juga melalui program tidak rasmi. Iaitu mereka didedahkan kepada tokoh-tokoh atau individu yang boleh membantu pelajar-pelajar tersebut. Semuanya dalam pemantauan Abuya. Untuk melahirkan jiwa yang halus dan seni dengan tuhan atau berjiwa sufi perlukan didikan daripada kecil. Rasulullah dari kecil telah dikirim kepada Halimatussa'diah dan menjadi ibu susu Nabi Muhammad SAW. Kemudian

ROH DAKWAH ISLAM.

Aktiviti bersama masyarakat yang dihadiri YB Adun Bangi, Tuan Mohd Syafie bin Ngah. Bersama masyarakat setempat. Pada kebangkitan Islam pertama, mereka para salafussoleh mendirikan solat natijahnya, bertambah cinta dan takutkan Tuhan.Tapi mengapa ini tidak berlaku lagi pada kita? Mengapa umat Islam terhina di mana-mana? Sebabnya, solat atau sembahyang kita tidak betul. Yang tidak sembahyang itu lain kira. Yang sembahyang pun masih tidak betul. Semasa kita menyembah Tuhan, adakah terasa kita sedang menyembah dan membesarkan-Nya? Terasakah bahawa kita ini hina? Jika tidak rasa, itu bukan menyembah namanya. Katalah kita berhadapan dengan Yang Dipertuan Agung. Tentu kita tidak berani hendak bercakap. Mengapa? Sebab kita tahu Yang Dipertuan Agung itu siapa. Itu bila berhadapan dengan manusia yang baru sedikit kita kenal kebesaran nya, maka kita pun tidak berani hendak bercakap. Mengapa tidak terasa begitu dengan Tuhan? Para sahabat berdakwah dan berjaya membina tamadun Isla

PERIBADI ABUYA DI SENANGI.

ABUYA peribadinya sangat disenangi. Ketika di Thailand berdepan dengan masyarakat Budha dia diterima. Ketika berdepan dengan masyarakat Kristian Filipina yang beragama Kristian Abuya juga diterima. Ke mana jua dibawanya perjuangan… ke gubuk buruk petani , ke banglo hartawan, ke istana-istana raja. Peribadi Abuya sangat menyenangkan. Akhlak baiknya ketara. Lemah lembutnya memikat. Sering dia meminta maaf, sering pula memberi maaf. Sebarang keputusannya lebih-lebih yang ada kaitan dengan jemaah pimpinannya dibuat berhati-hati. Setelah menimbang begitu teliti. Sikapnya menjelmakan kata. Katanya membayangkan rasa. Pemurahnya luar biasa. Raut wajahnya tenang dan berseri. Matanya sedikit merah, di situ selalu tergenang air mata. Kerana cinta dan takutnya kepada Allah. Seri dan cahayanya ketara sekali. Sebelum didekati, dia digeruni. Kerana wibawanya. Bila bertemu terasa sayang. Kerana kemesraannya. Bila berjauhan berkocak rindu. Kerana kasih sayangnya. Payah membaca susah di wajah, keran

PERJUANGAN KEYAKINAN.

Abuya akan memendekkan sembahyang sunatnya jika ada program-program resmi atau jika ada tetamu. Abuya terlalu menjaga waktu berbuka, jangan sampai terbatal. Artinya, betul-betul yakin masuk waktu. Setelah selesai azan maghrib baru Abuya berdoa buka puasa dan berbuka. Abuya melebihkan waktu asalkan jangan termakan sebelum waktu berbuka. Begitu juga bersahur, beliau akan memberhentikan makan lebih awal (sebelum waktu imsak). Sewaktu berbuka, Abuya hanya menjamah sedikit makanan dan terus solat. Selepas solat Terawih barulah beliau makan malam. Abuya selalu mengerjakan Sunat Terawih 20 rakaat. Kadang-kadang sebelum menjamah makanan, Abuya akan mengaji Al Quran dan selalunya mengkhatam Al Quran sebanyak 2 kali sepanjang bulan Ramadhan. Abuya berpuasa enam hari setiap bulan Syawal. Kesukaan Abuya Di antara kesukaan Abuya adalah mengadakan kenduri, bersedekah dan beri hadiah. Kalau Abuya tidak dapat bertahajjud malam atau Dhuha di siang hari, beliau akan ganti dengan kenduri. Abuya pernah

"KERETA TANPA INJIN".

Ketika manusia sangat memburu  keduniaan, sangat sedikit yang  membawa Tuhan dalam hidup  atau mungkin tiada langsung.  Apabila manusia melupai dan  menyisihkan Tuhan,manusia  sudah menjadi ibarat kereta tanpa  enjin.Biarpun kelihatan cantik dan  hebat namun kereta tersebut  sudah ketiadaan fungsinya yang  sebenar sebagai makhluk  ciptaan Tuhan. Atau tidak lebih dari satu objek  yang saban hari hanyalah  fungsinya memproses najis. Atau bahasa mudahnya manusia  sudah menjadi kilang najis. Tidak hairan lah dunia hari ini  dilanda krisis, porak-peranda, permusuhan, perpecahan,  tindas menindas, menzalimi,  hilang kasih sayang, mementing kan diri sendiri, berbunuhan dan  berperang.  Segala macam gejala sosial sudahtidak dapat diatasi, diselesaikan  dan dibendung. Berbagai saranan, pendapat, idea, buah fikiran, aktiviti,agenda dan program sudah  dibawa kepada masyarakat.  Berbagai akta undang- undang,  peraturan dan penguatkuasaan  sudah dilakukan. Sudah ramai

SYIRIK MODEN  LEBIH BAHAYA.

"Empayer Rom dan Parsi, melahirkan ahli2 falsafah atau filosof2 kuno seperti  : Aristoteles, Socrates, Plato."  Mereka adalah tokoh-tokoh membawa ajaran syirik kuno yang bersifat teori dan utopia. Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya Rasulullah manusia terlalu memuja nafsu dan akal, dari orang besar, orang biasa sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal.  Sebab itu sebelum lahirnya Rasulullah orang cerdik pandai ini terutama berlaku di Rom dan Parsi, lahir ahli2 falsafah atau filosof2 seperti : Aristoteles, Socrates, Plato.  Mereka ini sangat mengguna kan akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara.  Itu bagi orang yg cerdik2. Tapi bagi orang-orang biasa, orang bawah, mereka banyak menggunakan nafsu.Waktu itu banyak lahir ahli2 falsafah, terutamanya orang2 Eropah, dimana falsafahnya sangat bersifat teori dan

DIDIKAN TUHAN SANGAT UNIK.

Nabi Ayyub ‘ Alaihis Salam Umur : 93 tahun Makam : di desa Syaikh Sa’d (dekat kota Damasykus) Syria. Ujian adalah untuk mendidik dan mendisiplinkan diri agar menjadi manusia yang tenang. Ujian golongan rendah misalnya miskin, orang benci, orang hina dll. Sedangkan ujian golongan atas misalnya : tak dilantik lagi menjadi menteri, rebutan jabatan, rugi dalam perniagaan, begitu juga semua peringkat ada pula yang di uji dengan sakit. Ada yang tak sangka jatuh sakit, sedangkan badan sasa dan semua keperluan kesihatan badan dijaga. Oleh kerana atlet terkenal segala-segalanya sibantu dari sudut keperluan kesihatan. Tak disangka ketika sedang kayuh basikal kenderaan langgar dan cedera parah. Lama pula menanggung kesakitan kerana sudah tak boleh berjalan hanya terbaring di katil hospital. Ada pula orang yang takde masalah dari segi mendapatkan rawatan dalam dan luar negara kerana seorang yang kaya banyak duit tetapi lumpuh. Begitulah contoh yang lain-lain. Tuhan datangkan ujian juga bersa

ROH KEBANGKITAN.

Kebangkitan Islam sekali lagi adalah sesuatu yang besar. Kerana ia mengulangi kebangkitan pertama. Dunia sekali lagi terkejut dan gempar. Bagi orang Islam ini satu berita baik atau bushra dari Tuhan. Begitu juga manusia yang sedang mencari jalan keluar diatas kebuntuan menghadapi fenomena negara masing-masing yang tidak stabil. Dalam ajaran Islam bila ada sahaja sebarang masalah dalam hidup selalunya ada penyelesaian kerana Islam adalah agama dunia akhirat Tahu atau tidak saja kita menyelesaikannya. Dalam Al Quran telah disebutkan bahwa Allah telah menurunkan Al Quran untuk menjadi ubat. Begitu juga dalam Hadits diterangkan bahwa Al Quran adalah ubat bagi segala penyakit rohani. Tetapi hanya orang mukmin saja yang patuh pada ajaran Islam, hanya orang mukmin saja yang mudah terima ajaran Allah, hanya orang mukmin saja yang dapat menjadikan Al Quran sebagai ubat. Ucapan orang mukmin bila diajak kepada Allah, Rasul dan perjuangan Islam adalah sami’na wa ata’na.Jadi hanya h