Langkau ke kandungan utama

"KERETA TANPA INJIN".

Ketika manusia sangat memburu 
keduniaan, sangat sedikit yang 
membawa Tuhan dalam hidup 
atau mungkin tiada langsung. 
Apabila manusia melupai dan 
menyisihkan Tuhan,manusia 
sudah menjadi ibarat kereta tanpa 
enjin.Biarpun kelihatan cantik dan 
hebat namun kereta tersebut 
sudah ketiadaan fungsinya yang 
sebenar sebagai makhluk 
ciptaan Tuhan.

Atau tidak lebih dari satu objek 
yang saban hari hanyalah 
fungsinya memproses najis. Atau
bahasa mudahnya manusia 
sudah menjadi kilang najis.
Tidak hairan lah dunia hari ini 
dilanda krisis, porak-peranda,
permusuhan, perpecahan, 
tindas menindas, menzalimi, 
hilang kasih sayang, mementing
kan diri sendiri, berbunuhan dan 
berperang. 

Segala macam gejala sosial sudahtidak dapat diatasi, diselesaikan 
dan dibendung. Berbagai saranan, pendapat, idea, buah fikiran, aktiviti,agenda dan program sudah 
dibawa kepada masyarakat. 
Berbagai akta undang- undang, 
peraturan dan penguatkuasaan 
sudah dilakukan.

Sudah ramai pula yg sudah terhukum namun semuanya 
gagal mengatasi berbagai
masalah yang sudah sangat 
meresahkan perasaan manusia.
Ini tidak lain kerana aspek 
yang paling utama kepada 
manusia sudah dipinggirkan
iaitu Tuhan. 

Manusia sudah tidak takut dan 
cintakan Tuhan. Maka suburlah 
mazmumah dalam hati manusia. 
Sedangkan mazmumah itu adalah
racun dalam kehidupan manusia.
Racun itu adalah rosak dan 
merosakkan.Kalau pun racun itu
tidak tumpah kepada pihak lain, 
sifat diri racun itu sendiri adalah
rosak. 

Betapalah apabila racun itu 
merebak maka ia akan 
mengakibatkan kerosakan 
yang mengerikan. Di sinilah
betapa pentingnya seketul
hati yang kecil itu diberi
perhatian kerana fungsinya
amat besar. Hati yang kecil itu
menjadi penentu kepada 
kehidupan manusia seluruh
nya. 

Ingatan Tuhan firman-Nya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhantidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”
 (Ar Ra’d: 11) 

Maksudnya: “Hari (Akhirat) 
yang tidak bermanfaat 
harta dan anak-anak 
kecuali kembali dengan hati 
yang sejah-tera.” 
(As Syu’ara: 88-89)

Hati yang penuh subur dengan 
sifat-sifat mazmumah menjadikan
kehidupan manusia rosak
binasa dan begitulah sebaliknya hati manusia yang subur 
sifat sifat mahmudah akan 
menjadikan manusia bahagia
,aman damai,harmoni,
kasih sayang dan penuh 
kesejahteraan. Lebih lebih
lagi hati juga sebagai penentu samaada selamat
 di Akhirat kelak atau akan
di humban ke Neraka yang 
amat azab.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N