Langkau ke kandungan utama

IDEOLOGI BARAT TENGGELAM BERSAMANYA.

PEJUANG POLITIK TERHINA.

Disini saya akan dedahkan pandangan orang-orang kerohanian dalam menghadapi dunia Barat sekarang. Pada saya, pandangan orang-orang kerohanian mesti diambil kira justeru pengamatan mereka lebih bersifat tersirat. Mereka ini melihat sesuatu dari mata hati, bukan sekadar mata kepala. Pandangan-pandangan mereka lebih tajam dan tepat walaupun ada masanya pandangan mereka melawan arus pandangan popular dalam masyarakat.

Hati orang-orang kerohanian lebih bersih hasil dekat perdampingan dengan Tuhan. Antara mereka ada yang dianugerahkan Allah dengan mukasyafah, ada yang mendapat firasat. Tidak kurang juga mendapat ilham, hatif atau mimpi-mimpi yang benar mubasyarah. Hal ini, Rasulullah SAW sendiri bersabda:"Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya Allah."

Menyedari hakikat ini saya dedahkan pandangan orang-orang kerohanian mengenai politik Barat. Brother Anwar Ibrahim tak akan dapat jadi perdana menteri. Ilham yang sebegini bukanlah satu yang aneh dalam meramalkan pimpinan sebuah negara. Buktinya dalam sejarah, kepimpinan Umar ibn Abdul Aziz, mujaddid kurun pertama diramalkan lebih awal oleh Saidina Umar ibn Khattab. Begitu juga kepimpinan Imam Syafie. Ibnu Arabi, seorang kerohanian bertaraf wali Allah misalnya, pernah meramalkan, "Islam di Turki akan bangkit semula selepas pemerintahan 7 Firaun". Tepat seperti yang diramalkannya, Islam kini telah bangun semula di Turki
setelah berlalunya pemerintahan tujuh orang pemimpin yang anti Islam sejak Mustafa Kamal Atartuk. Turgut Ozal, pemimpin Turki yang meninggal dunia 1993
lalu adalah Presiden kelapan.
Dibawahnya Islam mula bangkit semula di Turki.

Ramalan paling terkenal dalam sejarah ialah kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh di Kota Konstantinopel. Kemudian bertukar nama kepada Istanbul, telah diisyaratkan
oleh ilham yg dianugerahkan
kepada Syeikh Syamsuddin.
Tokoh kerohanian Tariqat Naqsyabandiah. Oleh itu pandangan orang-orang rohani tidak boleh dipandang sebelah mata walaupun pandangan tersebut lawan arus perdana.

Begitu juga apa yang sedang berlaku di Barat. Contoh politik barat akan terhina. Presiden Amerika Syarikat Donald John Trump  mengiktiraf Baitul Maqdis, hanya melihat masyarakat Rohingya yang dihalau dari negara mereka sendiri. berlakunya peristiwa MH370 hilang, terhempasnya pesawat MH17 di Ukraine Rusia. Kesemuanya ada hikmah disebaliknya. Allah yg lebih mengetahui. Apabila kita melihat disebalik semua ini ada kuasa besar. Tapi kita beruntung kerana berada di era kebangkitan Islam apa
pun helah yang diberikan oleh kuasa besar semuanya menguntungkan Islam.

Lebih-lebih lagi mengenai Malaysia, sebuah negara di
sebelah Timur yang bakal menjadi negara penting dalam kebangkutan aemula Islam bertaraf ummah.
Kalau selama ini Barat cuba tutup-tutup tentang negara Islam Malaysia tetapi Tuhan ada cara untuk perkenalkan  Malaysia keseluruh dunia. Apa saja kejadian yg berlaku
kepada Malaysia Barat meniti untuk negatif kan. Diibaratkan dunia ini dibawah sangkar mereka, kalau
bukan faktor janji Tuhan kebangkitan Islam bermula tapaknya di Timur sudah lama bumi Timur hancur khususnya Malaysia. Ketika benih baru nak tumbuh sudah dimusnahkan tetapi sekarang sudah terlambat. Ibarat pokok sudah besar dan ramai manusia berteduh
dibawah pokok tersebut.

Tindakan Amerika tersebut adalah satu perubahan besar akan berlaku kepada dunia sejagat. Kalau sebelum ini Barat masih terus ditimpa dengan bermacam-macam bencana dan masalah seperti krisis politik, kejatuhan ekono­mi, pelbagai
penyakit masyarakat
dan bencana alam, yang semuanya itu menambah dan memburukkan keadaan, serta menjadikan super power itu bertambah tenat. Mereka ibarat singa tua yang sedang nazak. Mereka sudah hilang kuasa mereka, bukan kerana perang dengan orang Islam tetapi kerana 'perang' sesama mereka sendiri
dan tentera Tuhan!

Contohnya Britain sudah tak
mampu menjadi hamba Eropah, hakikatnya selama ini bersatu untuk menghancurkan Islam daripada dalam. Israel berperang dengan tentera Tuhan dengan kebakaran yang berlaku kepadanya diluar jangkaan tahun 2017. Begitu juga Amerika pernah dilanda Tsunami pada tahun 2001 menurut  laporan Geofizik Amerika Syarikat. Bermusuh dengan Allah dan orang-orangNya ibarat memakan racun, dirosakkan dari dalam dan mati perlahan
-lahan. Kini racun itu telah memberikan kesan.

Barat akan hancur disebabkan ideologi ciptaan mereka sendiri. Tidak mustahil sedikit masa lagi pemimpin-pemimpin mereka akan isytihar sendiri bahawa, sistem demokrasi sudah berkubur di Barat. Ideologi ciptaan otak itu sedang mengheret mereka ke lembah kebinasaan. Para pemimpin mereka ibarat pemandu kereta yang memandu dalam keadaan mabuk, dia akan menjerit-jerit, terpekik dan terlolong sepanjang-panjang jalan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N