Langkau ke kandungan utama

PENGENALAN PERANG TELOK

Pengenalan Perang Teluk, adalah sebuah perang oleh Pasukan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu menentang Iraq sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke atas Kuwait. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas pencerobohan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990.
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya “Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah).
Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu” Di dalam riwayat lain disebutkan “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut” (HR Bukhari Muslim)
[Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas di dalam Hadis ini sebenar nya petroleum ].
Abuya meniti hadis-hadis Akhir zaman dengan menulusuri ke tempat-tempat tersebut. Ertinya Abuya bukan hanya ada ilmu yakin tetapi ada ilmu Ainul yakin. Selepas itu Abuya terus menerus
mengirim rombongan dikalangan anak-anak muridnya. Selain itu Abuya bertemu dengan ulama-ulama yang berada di negara berkenaan. Hubungan silaturahim
diteruskan oleh anak-anak muridnya.
Diantara ulama-ulama tersebut ialah menteri agama Jordan Syeikh Abu Anas, mufti Jordan Syeikh Noah Qudha, Syeikh Mustafa Abu Rumman  salah seorang imam masjid di Jordan,
Syeikh Abu Musa'b tokoh intelektual lepasan Jerman kawan baik kepada ketua Baduei Jordan, Syeikh Syammar iaitu ketua kabilah Syammar bernama Abu Khalid dan ramai lagi yang tidak disebut disini.
Sinarai kawan-kawan Abuya di Morocco di antaranya ialah, Syeikh
Profesor Dr. Abdul Salam Harras tokoh ulama dan tenaga Universiti Fez, Sidi Syeikh Abdul Siddiq al Ghumari ulama hadis terkenal diperingkat timur tengah umumnya dunia Islam, Syeikh Abdullah Ghannun tokoh ulama Morocco dan ramai lagi.
Semua mereka senang bermuzakarah dengan Abuya terutamanya berkaitan hadis-hadis
Akhir zaman. Hampir semua kawan-kawan Abuya tersebut di teruskan perhubungan silaturrahim
dengan anak-anak murid Abuya.
Salah satu cara Abuya meneruskan perjuangannya  dengan perhubungan yang berterusan dan disambungkan kepada generasi anak-anak muridnya.
Mengenai "Perang Teluk" Abuya ada memberikan panduan melalui bukunya Perang Teluk Islam kembali gemilang. Semua huraian tentang perjalanan yang Akhir zaman dapat kita ikuti dengan satu istilah yang pendek tetapi aangat luas dan padat maksudnya. Iaitu
" JADUAL ALLAH ". Siapa yang Allah rezekikan panjang umur, bakal melihat sendiri peristiwa besar yang penuh bererti berlaku kepada agama Allah SWT dan umat Islam yang beriman.
Bagi umat Islam yang ada cita-cita
perjuangan, yang sangat inginkan Islam kembali berdaulat. Sangat berusaha mempertajamkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Kebenaran yang dijanjikan itu telah
diberitahu lebih awal.Bahkan dipandu secara rohani. Sebagaimana Muhammad Al Fateh mendapat panduan dari isyarat-isyarat kerohanian daripada
guru mursyidnya   Syeikh Syamsuddin alwali. Sehingga benar-benar berlaku terbukanya Kota Konstantinopel di rangannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N