Langkau ke kandungan utama

RUNTUHNYA SEKULARISME

Kemahuan Islam sudah semakin kuat dihati rakyat Malaysia.Inilah suara hati rakyat Malaysia sekarang sama ada diluahkan
atau hanya disimpan dilubuk
hati. Cuma kehendak itu
belum sistemitek  lagi.Fikiran
dan hati mereka masih bersimpang siur dengan
pelbagai masalah.
Di negara Perancis telah menguatkuasakan undang-
undang untuk menghapus
kan sebarang simbol agama terhadap rakyatnya di tempat awam seperti di institusi pengajian mereka. Para pelajar sekolah tidak di benarkan memakai tudung, atau salib, atau kopiah Yahudi dan sebagainya yang melambangkan anutan agama yang tertentu.
Perkara ini dikuatkuasakan kerana negara tersebut mempunyai perlembagaan berdasarkan fahaman sekularisme, dan perlembagaan dalam bentuk ini tidak memberi sebarang hak, apalagi melindungi sebarang simbol agama rakyatnya, kerana dasar sekularisme adalah bertentangan dengan agama, dan dasar itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama secara rasminya.
Negara kita tidak mengambil falsafah sekularisme itu sebagai dasar pemerintahan nya. Dasar negara kita berlandaskan agama yang mempercayai kewujudan Tuhan, hari akhirat, kebebasan beragama dan sebagainya. Ciri-ciri sekularisme yang berbentuk keduniaan, seperti mempelajari ilmu dunia, mencari harta dan memiliki kebendaan dunia, kerjasama antara semua rakyat pelbagai etnik dan keturunan, dan perwatakan negara yang lain tidaklah sebenarnya menjejaskan kedudukan pemerintahan negara kita sebagai negara yang melindungi agama, yang mengakui kewujudan Tuhan dan mengamalkan nilai-nilai agama, kerana ciri-ciri ini adalah sejajar dengan ajaran agama kita sendiri seperti menuntut ilmu, mencari harta yang dibenarkan oleh agama dan sebagainya.
Kita sebenarnya bukanlah mengambil falsafah sekularisme yang bertentangan dengan agama itu untuk dijadikan dasar pemerintahan negara kita sehingga negara kita menjadi negara sekular.
Oleh itu kehadiran ciri-ciri kehidupan dunia di dalam masyarakat negara Islam tidaklah seharusnya dilabelkan sebagai satu simbol transformasi sesebuah negara itu menjadi negara sekular. Malah berlakunya maksiat dan dosa yang dilakukan oleh rakyat di dalam sesebuah negara itu tidaklah seharusnya dianggap bahawa masyarakat atau negara itu telah menjadi negara sekular, kerana sekularisme adalah satu falsafah atau dasar yang menjadi anutan negara yang menolak agama, atau yang memisahkan sama sekali urusan agama dengan urusan kehidupan dan pemerintahan negara, malah perlembagaannya tidak akan melindungi sebarang agama.
Rasulullah semasa menubuhkan kerajaan Madinah, telah menggubal piagam Madinah yang memberi tempat kepada pelbagai kaum, Islam dan bukan Islam, kewajipan berzakat untuk orang Islam dan cukai bagi orang bukan Islam, pertahanan negara yang menjadi tanggungjawab semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan urusan keduniaan lain yang mempunyai kaitan dengan kehidupan pada zaman itu.
Baginda sebagai ketua negara telah bertugas menggubal undang-undang, melaksanakannya dan menjadi hakim di dalam negara yang baginda asaskan itu. Inilah sebenarnya model negara Islam yang pertama di dalam sejarah, malah model sebuah negara yang mempunyai struktur pemerintahan yang bertamadun, dalam sejarah kemanusiaan sebelumnya.
Oleh itu sekiranya pada zaman baginda lagi perlembagaan telah memasukkan urusan keduniaan dari segi undang-undang, harta benda, pertahanan negara dan sebagainya, maka dalam zaman moden yang telah berkembang dengan pesat ini, tentulah hal itu menjadi lebih penting lagi. Dunia yang telah meningkat maju dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, aktiviti ekonomi dan kewangan yang semakin kompleks dan sebagainya tentulah menuntut semua negara untuk turut terlibat di dalam urusan keduniaan moden itu.
Malah perkembangan dunia dengan dasar langit terbuka, pembangunan ICT yang pesat, gerakan globalisasi yang begitu hebat tentulah menuntut semua negara dunia bergerak dengan pantas, dan melakukan perhubungan antarabangsa dengan semua dunia luar, Barat atau Timur, Islam atau negara bukan Islam.
Cuma dalam hal ini, sebagai negara yang berpegang kepada agama dan percayakan Tuhan, tentulah negara Islam seharusnya lebih berhati-hati, iaitu tanpa mengambil segala kemajuan ciptaan dunia luar, terutamanya dasar sekularisme Barat, secara menyeluruh. Kita seharusnya menapis segala kebanjiran budaya dan ideologi luar agar sesuai dengan budaya, tradisi dan nilai keagamaan yang menjadi teras pemerintahan kita. Gerakan globalisasi yang membawa banyak racun yang mampu membunuh nilai moral dan agama serta etika kita tentulah seharusnya ditolak.
Hal inilah yang seharusnya kita fahami dengan sebaik-baiknya sebelum kita menjatuhkan hukuman sama ada negara kita negara sekular atau tidak, dan rakyat kita menganuti fahaman yang menolak agama atau tidak. Kita tidak seharusnya menjatuhkan sebarang hukuman sebelum kita memahami kes yang sedang kita perdebatkan, sebaliknya kita haruslah memahami sesuatu isu itu dengan sebaik-baiknya sesuai dengan perintah Allah di atas yang mengingatkan kita supaya berdebat dan berhujah tentang sesuatu yang kita mempunyai ilmu pengetahuan terhadapnya.
Diatas keruntuhan sistem sosialis dan kapitalis akan terbina sistem politik Islam yang aman dan harmoni.Ia akan berlaku dengan kehendak Allah mengikut kaedahNya sendiri. God always move is the mysterious way.Kita yakin masa depan Islam akan lebih cerah. Diatas keruntuhan sistem ciptaan manusia yang ada akan Tuhan datangkan penyelamat itulah  yang dikenali sebagai Imam Mahdi 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N