Langkau ke kandungan utama

MODEL KEBENARAN

"kebenaran sejati cita cita Islam yang mempunyai roh yang ingin dicapai melalui pimpinan mursyid".
Abuya mendidik dan mengajar 
kita berfikir bagaimana untuk membangkitkan jiwa yang tak bermaya kepada jiwa yang hidup. Supaya layak dan mampu berdepan dan mengisi kebangkitan Islam.

Selain itu, memberi kefahaman yang jelas kepada kita untuk memberi ruang kita berperanan dalam arus kebangkitan Islam ini. Sehingga kita dapat berpegang dan menjadi pembela kepada Allah dan rasul. Disamping itu juga, Abuya memberikan kesedaran kepada kita tentang makna kebangkitan sebenar yang dikehendaki oleh Islam.

      
Abuya sering mengingatkan 
kita dalam bukunya berkaitan harapannya agar kita umat
Islam dapat muhasabah diri.
Beliau menegur umat islam kini yang lebih banyak berkata-kata, berbanding bertindak membuat perubahan. Apa yang lebih penting
kita cetuskan model kebenaran. Bukan hanya berselogan dan bercakap tentang kebenaran.

Setiap yang Allah swt berikan kepada kita, samada bentuk positif atau negatif perlulah kita syukuri. Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya.

Dalam perjuangan yang penuh liku, sifat taqwa adalah kunci kejayaan. Tanpa taqwa, tiada bantuan daripada Allah swt. Allah hanya membantu orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, seorang hamba pandai berperasaan dan berfikir mengikut kehendak Tuhan.

Abuya dalam berjuang, sentiasa bersyukur dengan apa yang dia lalui. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik.Kita diminta untuk persiapkan diri dan keluarga dalam menantikan kehadiran pemimpin penyelamat yang ditunggu. Bila kita sibuk membaiki diri, persiapkan diri ke arah kebaikan dan kemajuan akhlak, secara automatik akan melahirkan suasana dan persekitaran yang baik. Ertinya, bila kita sibuk membaiki diri, membaiki keluarga, yang lain akan mengikuti sahaja.

Dunia memang sudah rosak, kerana dirosakkan oleh manusia bernafsu rakus, dirosakkan oleh kejahatan manusia itu sendiri. Sebagai umat Islam yang beriman, kita mesti meyakini kebenaran kata-kata SodiqulMasduq, 
Rasulullah saw bahawa akhir zaman ini Allah taala akan menghantar seorang penyelamat kepada manusia. 

Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW sabdanya - “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.

Kita lahirkan rasa bersyukur, model nya telah Abuya tunjukkan kepada kita. Sedang menantikan seorang penyelamat yang akan memerintah dengan adil, yang akan membawa dunia kepada kemakmuran dan keamanan. Dengan rasa bersyukur rak henti-henti kita lakukan kerana ia adalah nikmat iman. Sudah seringkali kita diperingatkan akan hal ini. Apakah persediaan kita? Membina gedung-gedung perniagaan yang besar, mengumpul sebanyak mungkin aset atau harta, atau persiapkan diri kita agar layak bersamanya?

Kita semua tahu, bahawa yang akan diserahkan kepada Imam Mahdi nanti bukanlah wang atau harta, yang sedang dipersiapkan untuk penyelamat itu ialah MANUSIA, insaniah manusia itu yang sedang dipersiapkan. Semua kita sangat maklum bahawa Allah taala telah persiapkan harta perbendaharaan yang sangat cukup untuknya. Bila tiba masanya bumi akan keluarkan seluruh khazanahnya untuk beliau, ini tak perlu kita risau. Yang amat dirisaukan sekarang apakah kita benar-benar bersedia? Adakah kita telah persiapkan diri kita? Dan adakah kita benar-benar orangnya yang akan berjuang bersamanya? Kita bukan mahu kembali ke belakang. Di depan kita seorang pemimpin ummah sedang menantikan persiapan diri kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...