Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

HAJI MENUJU ALLAH YANG ESA.

HAJI MENUJU ALLAH. Menuju Allah Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka Pergi haji Artinya menuju Allah yang esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa

PEJUANG YANG PRAKTIKAL.

TOKOH PEJUANG MENGISI KEMERDEKAAN YANG PRAKTIKAL. Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya sebagai pejuang yang praktikal. Abuya memiliki keberanian untuk melakukan satu perubahan yang drastik, menyeluruh, berfikir dengan gaya baharu, melihat masa depan yang baharu, berfikir secara merdeka dan sebagai bangsa berdaulat, serta merangkul semula perjuangan generasi terdahulu. Besarnya cita-cita Abuya hendak mengulangi sejarah kebangkitan Islam pertama di era kebangkitan Islam sekarang. Masyarakat perlu disedarkan melalui pendidikan yang ada roh Islam. Jika Tuhan dan kebenaran dijiwai sungguh-sungguh serta dijadikan pegangan dan aqidah, ia akan menjadi satu sumber kekuatan. Pendidikan Islam yang ada roh melahirkan manusia yang merdeka lahir dan batin. Manusia yang tinggi rasa kehambaannya. Perasaan ini digambar bukan melalui kata-katanya tetapi pada natijah perjuangan dan pada peribadi individu itu sendiri.  Abuya memulakan perjuangan Islam yang praktikal dengan meneroka bidang pendidikan

HATI IKHWAN.

AKHIR ZAMAN DIJANJIKAN ADA HATI YANG MERDEKA. ( Bendera meraikan hari merdeka dipusat beli belah 2017 ) ( Dataran merdeka 2017 ). Rasulullah dan Para Sahabat telah berjuang sehingga berjaya melahirkan hati umat Islam yang benar-benar merdeka. Generasi yang dapat mempertahankan hati yang merdeka berlaku selama tiga ratus tahun. Hati-hati tersebut dapat di temui zaman salafussoleh yang dinamakan sebaik-baik kurun. Ertinya Rasulullah menyiapkan hati para sahabat yang merdeka, hati para Tabien dimerdekan oleh para Sahabat dan hati-hati para Tabeuttabiin di merdekakn oleh Tabien. Hati-hati tersebut memenuhi ruang zaman selama tiga kurun. Inilah hati-hati yang menerajui kebangkitan Islam  pertama. Peneraju  di terajui oleh kepimpinan yang memiliki hati-hati yang merdeka.  Mereka adalah team yang menggabungkan kekuatan maddiah dan rohiah. Bilangan team tersebut seramai 313.(Mereka dikenali dengan team Badar). Untuk melahirkan generasi yang memiliki hati-hati yang merdeka tersebut perlukan did

SOLAT MERDEKAKAN HATI.

MENYAMBUT KEMERDEKAAN LAHIR DAN BATIN. Mereka yang benar-benar merdeka, memiliki Jiwa yang merdeka, akal yang merdeka dan jiwa yang merdeka. Syaitan dan nafsu sentiasa mencari jalan untuk menjajah hati manusia. Hati menjadi rebutan antara  syaitan dan malaikat. Ertinya hati manusia sentiasa terdedah dengan serangan. Apabila manusia berjaya menangkis serangan syaitan ertinya dia telah memiliki hati yang merdeka. Setiap kali kita mendirikan solat ertinya ketika itu hati sedang di merdekakan dari gangguan syaitan dan hawa nafsu. Memerdekan hati tiada rehat dan usaha memerdekan perkara lahir ada masa rehat. Mengenangi detik kemerdekaan negara tercinta, kita wajar merenung semula tokoh-tokoh penggerak kebangkitan rakyat di Tanah Melayu di peringkat awalnya. Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah insan luar biasa yang disepakati sebagai seorang pencetus kesedaran rakyat yang praktis. Jiwa manusia sering menerima serangan dari berbagai penyakit jiwa. Hati atau jiwa yang diserang penyakit yang mengaki

BUMI PARA RASUL.

SUKAN PARA RASUL. Islam agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal. Sukan juga boleh dijadikan wadah untuk menyuburkan fitrah manusia. Bila kita gunakan sukan atau riadah sebagai alat untuk suburkan fitrah yang baik dia dianggap satu amalan baik.  Bagi umat Islam jika menepati dengan syariat ia juga dikira bekalan kita untuk Akhirat. Allah bekalkan fitrah sebelum manusia di lahirkan didunia lagi.Sebab itu menghidupkan fitrah adalah menjadi keperluan kepada manusia ketika berada di dunia ini.Sebagaimana kita telah perkatakan sebelum ini bahawa Tuhan ciptakan manusia ini ada tiga unsur iaitu fizikal, fitrah, akal dan roh. Setiap unsur yang ada pada diri manusia mempunyai keperluan tersendiri.  Disini kita fokaskan salah satu unsur iaitu fizikal. Namun dalam perlaksanaannya

SUKAN CETUSKAN AURA POSITIVE.

SUKAN WADAH PERPADUAN. Fitrah semua manusia sangat suka dia disayangi dan di hargai, tidak mengira apakah etnik, warna kulit dan agama. Manusia bersetuju jika dia diberikan penghargaan. Sama seperti perasaan manusia bila dia dikatakan sebagai "hamba kepada Allah " walaupun hakikatnya dia bukanlah seorang yang sangat mentaati Allah. Sebaliknya fitrah semua manusia menolak jika dikatakan hamba kepada selain daripada Allah. Kita akan marah jika dikatakan hamba nafsu,hamba dunia, hamba wang, hamba rumah, hamba kereta,dan lain-lain. Sukan boleh di jadikan wadah untuk menyuburkan fitrah manusia. Fitrah yang hidup mudah untuk mencetuskan kebaikan untuk diri dan juga orang lain. Contoh perasaan semua manusia sangat bersetuju jika dia di berikan perhatian dan penghargaan. Fitrah semua manusia sangat bersetuju jika dia dikatakan sebagai "pemurah" suka menolong orang walaupun hakikatnya dia bukanlah seorang yang sangat pemurah dan suka menolong orang lain. Sebaliknya fitrah se

60 TAHUN KEMERDEKAAN BERSAMA 6 PERDANA MENTERI.

USTAZ ASHAARI BERSAMA PEJUANG KEMERDEKAAN. Negara kita telah 60 tahun mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Dalam tempoh tersebut, kita telah menyaksikan enam orang Perdana Menteri berbangsa Melayu bersilih ganti menduduki tampuk pemerintahan negara. Sempena menyambut 60 tahun kemerdekaan ini, orang Melayu pribumi harus memiliki keberanian untuk melakukan satu perubahan yang drastik, menyeluruh, berfikir dengan gaya baharu, melihat masa depan yang baharu, berfikir secara merdeka dan sebagai bangsa berdaulat, serta merangkul semula perjuangan generasi terdahulu. Islam dan peranan bangsa Melayu dalam konteks negara ini tidak boleh dipisahkan, dan oleh itu, jika kita cuba membangunkan tamadun dan bangsa Melayu berdasarkan falsafah luar seperti Liberal Barat yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan, kita bimbang, bangsa Melayu yang ingin dibangunkan nanti akan menghasilkan bangsa Melayu yang tiada identiti Melayu dan ketimurannya serta hilang jatidirinya seba

PEJUANG KEMERDEKAAN

ULAMA PEJUANG KEMERDEKAAN DAN ULAMA ISI KEMERDEKAAN. (  Dr Burhanuddin Al-Helmy pejuang kemerdekaan ). ( ulama isi kemerdekaan sebagai pencetus model Islam is the of live ). Mengenangi detik kemerdekaan negara tercinta, kita wajar merenung semula tokoh-tokoh penggerak kebangkitan rakyat di Tanah Melayu di peringkat awalnya. Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah insan luar biasa yang disepakati sebagai seorang pencetus kesedaran rakyat yang praktis. Latar belakang pendidikan dan pengalaman merantau ke luar negara - di saat orang lain masih berselimut sudah meletakkan beliau jauh di hadapan orang lain. Ditambah pula kehidupan beragama yang dipesakai dari keluarganya menjadikan beliau seorang tokoh yang unggul di saat rakyat sedang dihembus kesedaran hebat menuntut kemerdekaan.  Beliau adalah seorang pemimpin ulung yang telah berjasa membangun dan memperkasai perjuangan kemerdekaan sejak mula. Dr Burhanuddin Al-Helmy memimpin Parti Islam SeMalaya (SeMalaysia) - PAS daripada tahun 1956-1969. Beli

UJIAN MEMATANGKAN ROH.

UJIAN ADALAH KEPERLUAN  Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.”(Ibnu Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi) Ujian atau dugaan datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ (balasan) dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat di sisi-Nya. Hadith ini menceritakan pada dasarnya berhubung dengan ujian, iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt. Uj

TIMUR MENJADI PAYUNG.

PERTEMBUNGAN ANTARA BARAT DENGAN TIMUR. ( Pelarian Syria ). (Akhlak mulia ibarat bunga contohnya menjadi payung melindungi bagi yang memerlukan). Apakah kita melihat dua pihak sedang berperang, masing-masing menggunakan pelbagai senjata untuk memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang melihat mazmumah yang bersarang dihati kedua-dua pihak itu, yang dizahirkan melalui senjata. Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan , kita sebenarnya sedang menyaksikan berita mengenai manusia yang hatinya yang sudah di kusainya oleh nafsu dan syaitan. Masyarakat Islam Malaysia khususnya yang sudah mendapat hidayah, mula belajar daripada apa yang berlaku. Dunia sedang memerhatikan Malaysia bagaikan anak dara sunti datang untuk melamar. Negara-negara Barat sedang meninjau-ninjau Malaysia, begitu juga dengan negara -negara Timur Tengah lain suka meneroka ke Malaysia. Umat Islam yang negara mereka terlibat perang, rakyatnya banyak jadi pelarian kerana kampung halaman mer

TEKNOLOGI ROH.

ADA SATU KELOMPOK MEMILIKI TEKNOLOGI ROHANI. ( DOA SENJATA ORANG MUKMIN ). Perkataan Ikhwan adalah dari bahasa Arab: أخ - اخوان yang bermakna saudara. Makna 'saudara' itu luas,  bukan hanya kerana ikatan adik-beradik atau anak-anak dari satu ibubapa. Ikhwan juga boleh bermakna saudara kerana ikatan agama. Dalam Al-Quran disebutkan:  " Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara"  ( Al-Hujuraat: 10). Namun ada satu istilah Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah SAW khusus sebagai gelaran kepada pejuang-pejuang Islam akhir zaman yang menjadi pendokong utama perjuangan Imam Mahdi. Mereka bukan sekadar orang-orang beriman (mukmin) biasa, tetapi pilihan dari kalangan mukmin. Mereka bersaudara kerana keimanannya. Persaudaraan Ikhwan itu ibarat seibu dan sebapa. Cita-cita mereka adalah satu. Cara hidup dan pakaian mereka adalah satu. Kehendak mereka sangat kuat. Kalaulah gunung yang nak dipindahkan, nescaya mereka mampu memindahkan dari tempatnya. Begitulah Ikhwan yang digam

HARI PERHITUNGAN DI AKHIRAT.

HISAB PADA HARI PEMBALASAN. Beriman kepada hari Akhir dan kejadian yang ada padanya merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap muslim. Untuk mencapai kesempurnaan iman terhadap hari Akhir, maka semestinya setiap muslim mengetahui peristiwa dan peringkat-peringkat yang akan dilalui manusia pada hari tersebut. Di antaranya yaitu masalah hisab (perhitungan) yang merupakan maksud dari iman kepada hari Akhir. Karena, pengertian dari beriman kepada hari kebangkitan adalah, beriman dengan hari kembalinya manusia kepada Allah lalu dihisab. Sehingga hakikat iman kepada hari kebangkitan adalah iman kepada hisab ini. PENGERTIAN HISAB
Pengertian hisab disini adalah, peristiwa Allah menampakkan kepada manusia amalan mereka di dunia dan menetapkannya. Atau Allah mengingatkan dan memberitahukan kepada manusia tentang amalan kebaikan dan keburukan yang telah mereka lakukan. Seluruh makhluk Allah SWT terutamanya manusia, yang dimulai dari Nabi Adam a.s hingga akhir manusia yang bel

MALAYSIA SYURGA WARGA ASING.

MALAYSIA DI MATA DUNIA. Kita bersyukur nikmat keamanan yang Tuhan anugerahkan kepada negara kita.  Malaysia kaya dengan budaya, masyarakatnya pelbagai etnik, pelbagai agama dan makanannya sangat unik. Menurut pandangan para pelancung yang pernah berkunjung ke Malaysia, mereka tertarik kepada Malaysia, kerana kaya dengan budaya. Ada juga yang tertarik dengan makanannya yang unik dan Malaysia ada banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Contoh budaya di Malaysia orang-orangnya sangat suka menolong orang, penyayang, lemah lembut, peramah dan mudah mesra . Perbezaan etnik dan agama tetapi hidup harmoni sesama di bawah satu bumbung negara. Ini adala nikmat yang perlu kita syukuri. Menurut pandangan pelancung yang pernah berkunjung ke Malaysia, mereka merasakan cepat sungguh masa berlalu kerana setiap saat, setiap jam dan hari yang dilalui sangat menggembirkn hati mereka. Ini mengibaukan kembali pengalaman kita bersama Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Kerana Abuya berjaya membawa mod