Langkau ke kandungan utama

BIDADARI DAN SERIKANDI SEJTI.

BIDADARI DAN SERIKANDI SEJATI ORANG YANG SAMA.
 

Dalam Islam, wanita muslimah serikandi sejati. Wanita dibenarkan malah diperlukan oleh masyarakat Islam membuat kerja-kerja sepertimana kaum lelaki biasa. Mereka boleh menjadi orang-orang propesonal atau pekerja mahir seperti doktor, jurutera, akauntan, pakar perunding, arkitek, pemandu kenderaan, jururawat dan juga sebagai pendidik dan sebagainya. Hanya mereka perlu berada di bawah naungan dan kepimpinan lelaki. Tentulah Allah sangat mengetahui akan hikmahnya.


Maha Suci Tuhan daripada  menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhluk-Nya. Bahkan Tuhan itu Maha adil lagi Maha bijaksana. Adil itu ertinya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetapi mereka ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah wanita. Wanita lebih berperanan sebagai sayap kiri kepada lelaki. 


Sayap kiri juga sangat penting kerana tanpanya mana mungkin seekor burung boleh terbang tinggi di udara. Sebab itu ada pepatah berkata:"Di belakang seorang lelaki itu (sama ada kejayaannya atau kejatuhannya ) ada seorang wanita." Pepatah lain pula ada menyebutkan: "Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia". Wanita yang cerdik (clever girl) iaitu muslimah yang pandai meletakkan dirinya pada landasan syariat. Seorang muslimah yang cerdik dia pandai membahagikan peranannya sebagai isteri di samping suami, sebagai ibu pada anak-anaknya dan sebagai orang yang ada peranan dalam masyarakat. 


Ertinya; peranan isteri sebagai  bidadari yang taat, khidmat dan menghiburkan suami itu sangat penting. Kalau tidak masakan Baginda Rasul sendiri yang menggambarkan sedemikian rupa. Namun ianya tidaklah sampai membuatkan wanita itu jadi jumud dan tidak ada peranan dalam perjuangan. Kerana ketaatan kepada suami itu tidak hanya setakat pada peribadi suami. Suami yang berjuang akan salurkan ketaatan isteri itu untuk Islam. Bukan untuk peribadinya semata-mata. 


Dulu kita tidak faham begitu, bila Rasulullah bagi panduan begini barulah kita faham bahawa  di rumah tidak boleh ada bidadari sahaja. Rupanya peranan bidadari kena selari dengan peranan serikandi yang berjuang. Pakejnya kena lengkap, yakni adanya peranan serikandi yang dilengkapkan dengan peranan bidadari pada dirinya. Bukan terasing, bukan pada dua orang, tapi pada seorang isteri. Setiap isteri itu kena jadi bidadari dan serikandi dalam dirinya sekaligus. Berkhidmat untuk suami di rumah, berjuang untuk Islam ketika tidak bersama suaminya.


Selama ini apa yang para suami dan para isteri faham, peranan serikandi dan bidadari itu untuk orang berlainan.Maka  isteri yang aktif berjuang di luar rumah lebih  berwatak sebagai serikandi dan senantiasa sebagai serikandi hatta di bilik tidur suami sekalipun. Perbualan, tingkah laku semuanya hanyalah kerja, kerja, dan kerja. Bagaimana menyelesaikan masalah ini dan itu, dan lain-lain. Hinggalah perkara-perkara seni ketika bersama suami, sebagai pemimpin rumah tangga dan isteri sebagai bidadari hampir dilupakan.cKesibukan perjuangan telah membuat suami isteri itu tidak pandai mengimbangkan. 


Adakalanya setelah lama berpisah dan sebelum bertemu, masing-masing ada keinginan untuk bermanja-manja satu sama lain. Namun harapan-harapan indah itu kadang-kadang habis musnah, kerana sampai-sampai saja, berbual dengan suami yang bertindak sebagai bos atau majikan yang menunggu laporan kerja dari buruhnya. Muncul-muncul saja di depan suami, akan dihujani pertanyaan: Apa perkembangan kerja? Bagaimana assignment ini dan itu. Projek A, B  itu macamana?  Atau suami akan berceloteh sepanjang malam bercerita tentang perkembangan perjuangan dia. Si isteri pula sibuk buat laporan tentang kerja perjuangannya di luar rumah. Sedikit sekali waktu dan perhatian untuk perasaan dan  peribadi suami dan isteri yang sama-sama berwatak pejuang.

❝Bila peranan serikandi saja yang menonjol, maka di luar, di dalam rumah, hatta di bilik tidur pun, perbualan, pemikiran hanya berkisar soal aktiviti perjuangan. Corak hidup sentiasa dalam suasana perang, hingga seni-seni berkhidmat dan menghiburkan suami agak diabaikan.❞

Kerana tradisi ini saja yang disuburkan, maka wanita yang berjuang itu berfikir; memang beginilah kehidupan suami-isteri pejuang. Pada mulanya, wanita itu mungkin juga sangat menderita dengan cara hidup begini, namun lama-lama dia akan terbiasa begini. Perkahwinan yang begitu keras, hambar, tidak ada seni-seni keindahan antara suami-isteri. Tidak seimbang antara watak serikandi dan bidadari itu akhirnya menjadi kebiasaan. 


Keadaan  perkahwinan yang lebih bercorak serikandi pejuang itu terus berpanjangan, hingga akhirnya tertanam dalam fikiran dan perasaan, mungkin memang beginilah nasib suami-isteri pejuang. Si isteri serikandi akhirnya melupakan saja seni-seni taat dan khidmat pada diri suami itu kerana meletakkan diri sebagai isteri yang berperanan sebagai serikandi, sebagai kawan seperjuangan suami. Dia akan lebih serius berfikir bagaimana membantu perjuangan suami di luar rumah. 


Inilah yang dirasai oleh para pemimpin dunia hari ini. Suami sibuk berpolitik, isteri pula sibuk berpersatuan. Awalnya suami yang suruh isteri bergelanggang dalam masyarakat, untuk membina pengaruh suami. Jadikan isteri sebagai senjata perjuangan. Tapi akhirnya senjata makan tuan. Isteri yang dibina sebagai serikandi, sayap kiri perjuangan lama-lama  menjadi asyik berpersatuan, tidak ada masa pula untuk taat, khidmat dan hiburkan suami. Suami balik rumah penat, kadang-kadang isteri pun belum balik dari berpersatuan. Kalau balik pun dah sama-sama penat. Tak peliklah ramai pemimpin dunia yang sanggup cari pelacur untuk mendapat hiburan, kerana isteri sudah tidak mahu melayan dan menghiburnya setiap kali diperlukan.


Apa yang berlaku akhirnya suami makan hati dan berulam jantung dengan isterinya ini. Bagi suami yang berpoligami, maka akan buat pengkhususan, ada isteri yang dibina menjadi serikandi, ada pula isteri yang dibina menjadi bidadari. Isteri yang serikandi dibina untuk membantu perjuangan di luar, urusan bisnis, urusan dakwah dan kepimpinannya. Yang bidadari pula mengurus hal-hal peribadinya, makan-minumnya, pakaiannya, sakit-sakit badannya dan lain-lain hal peribadi suami.


Biasa kita dengar ungkapan suami yang berpoligami: "Biarlah ada yang pergi perang, ada yang jadi jururawat, ada yang bantu kerja perjuangan suami, ada yang urus hal peribadi suami, tak payahlah berebut-rebut". Ungkapan ini sepertinya logik, namun boleh membuat isteri-isteri itu menjadi rosak. Ada yang terlebih serikandi, ada yang terlebih bidadari. Akhirnya tidak menjadi bidadari dan serikandi pada waktu yang sama dan pada diri orang yang sama.


Isteri yang serikandi, dia juga wanita yang punya perasaan, walaupun mungkin lebih menonjol dalam hal pemikiran dan perjuangan. Apabila pemikiran dan kerja perjuangannya saja yang dibina, akibatnya dia menjadi pejuang yang kasar, keras dan garang. Menjadi masalah kepada suami dan kepada masyarakat umum. Menjadi isteri yang pandai berdikari tapi kasar dengan suami, garang kepada anak buah dan masyarakat umum. Tidak pula menjadi serikandi seperti yang dikehendaki Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N