Langkau ke kandungan utama

NAFSU MENJAJAH MANUSIA.

MERDEKA DARI PENJAJAHAN NAFSU.


Orang yang gagal merdekakan dirinya dari nafsu ertinya ia masih dijajah oleh nafsu. Orang-orang yang tahu selok-beloknya sahaja yang boleh merdeka dari penjajahan nafsu.Bagi melakukannya perlu dengan pertolongan Allah. Mujahadah memang menjemukan, nafsu benci dan meletihkan. Siapa sanggup tersiksa atas cita-citanya? Hanyalah orang yang berjiwa besar. Sebab letih fizikal boleh rehat, tapi perang dengan nafsu tak boleh rehat-rehat. Kalau rehat nafsu lagi manja dan mengada-ngada. 


Dalam proses memerdekakan nafsu ini untuk menjadi Rijalullah, perlulah mujahadah atau ertikata lain bersungguh-sungguh. Mujahadah ialah sanggup menyiksa diri sendiri dalam usaha untuk menunaikan perintah-perintah Allah, kerana kebaikan yang diperintahkan bertentangan dengan kehendak nafsu liar dalam diri.
Contoh, untuk berkasih sayang seperti yang Allah Taala perintahkan, seseorang sanggup menelan marahnya pada seseorang dengan penuh sabar. Tahan marah dan sabar itu sungguh menyiksakan. 


Medan fizikal adalah gelanggang untuk kita melihat hasil dari berperang dengan hawa nafsu yang ia bersifat maknawiah. Bila kita tidak lakukan mujahadah, maka kita akan lepaskan segala yang kita pendamkan, dan ketika itu baru kita lihat harimau yang tidak nampak selama ini terkeluar dari diri kita. Maka orang lain menjadi mangsa dari harimau yang terlepas, dan itulah gambaran nafsu yang tidak dimujahadahkan. 


Selagi kita mampu menahan diri dari marah, selagi itulah harimau yang ada dalam diri dapat dikawal. Bahkan orang roh itu mereka mampu menjinakkan harimau-harimau yang ada didalam diri mereka. Mujahadah nafsu digelangang yang tidak dapat dilihat. Perang yang tak rehat-rehat, inilah dikatakan perang paling berat dan dahsyat. Pengalaman para sahabat yang pulang dari bertempur dalam perang Badar sangat merasakan betapa hebat dan dahsyatnya medan Badar.


Nabi SAW bersabda:
رَجَعْنَا مِنَ الْجـِهَادِ اْلأَصْغَرِ إِلَى الْجـِهَادِ اْلأَكْبَرِ
“Kita kembali dari jihad kecil menuju jihad yang lebih besar”
(HR. Khathib al-Baghdadi)

"Kita kembali dari jihad kecil menuju jihad yang lebih besar” “ yaitu jihad nafsu. Dan maknanya shahih”.(Hadis 40 Imam Nawawi).

وَقَدِمْتــُمْ مِنَ الْجـِهَادِ اْلأَصْغَرِ إِلَى الْجـِهَادِ اْلأَكْبَرِ، قَالُوْا وَمَا الْجـِهَادُ اْلأَكْبَرِ يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ
“Kita kembali dari jihad kecil menuju jihad yang lebih besar
Para Sahabat bertanya: “Apakah jihad besar itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallampun menjawab: “Hamba itu berperang melawan hawa nafsunya”

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi. Hadits yang masyhur dan popular tersebut, menurut al-Hafizh Ibnu Hajar oleh an-Nasai.

Sebenarnya jika kita tilik lebih jauh, ada penguat hadits jihad nafsu di atas. Yaitu hadits shahih:
 
أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ
“Apakah aku tidak menunjukkan amal yang Allah dapat menghapus kesalahan-kesalahan dan dapat menaikkan derajat-derajat? Shahabat berkata: “Iya wahai Rasulullah”. Rasulullah bersabda: “Menyempurnakan wudhu’ saat hati merasa tak suka (musim penghujan yang dingin), banyak langkahnya menuju masjid, menunggu shalat setelah shalat yang lain. Itulah ribath (siap dan persiapan menghadapi musuh)”. (HR. Muslim)

Al-Muhaddits Ibnu Alan as-Shiddiqi dalam Dalil al-Falihin syarah Riyadh as-Shalihin (II/57), setelah mensyarahi hadits Muslim diatas, berkata:
 
وَفِي هَذَا أَعْظَمُ تَأْيِيْدٍ لِخَبَرِ رَجَعْنَا مِنَ الجِهَادِ الأصْغَرِ إِلَى الجِهَادِ الأَكْبَرِ
 “Dan dalam ini adalah penguat besar hadits ““Kita kembali dari jihad kecil menuju jihad yang lebih besar”.

Tetapi bila para sahabat mendengar Rasul mengatakan: "Kita pulang dari medan jihad yang kecil menuju medan jihad yang lebih dahsyat,semua para sahabat terkejut dan bertanya apakah medan yang lebih dahsyat wahai Rasul.Jawab nabi iaitu medan perang melawan hawa nafsu."


Merdeka dari nafsu memerlukan sebuah perjuangan yang hebat dan besar. Hawa nafsu yang tak dilawan, tak dididik, tak terpimpin, ia akan menjauhkan manusia daripada Tuhan. Hawa nafsu yang tak terdidik akan menjadi ganas dan buas, malah keganasannya lebih dahsyat dan memusnahkan. Kemusnahan yang disebabkan oleh hawa nafsu bukan sahaja boleh mengorbankan harta dan nyawa, malah menyebabkan manusia terhumban kedalam api neraka, Nauzubillah min zalik! Kerana itulah hawa nafsu ini perlu dididik dan dipimpin.


Untuk mendidik nafsu, memerlukan kekuatan maknawi yang luarbiasa. Kerana nafsu itu tidak berjasad, tidak dapat dipegang, tak dapat dilihat, tahu sahaja kita dah dalam lembah kehinaan bila dikuasainya. Ibarat haiwan liar, sebelum dijinakkan, perlu bersabung nyawa dengannya, nasiblah kalau ditendang olehnya atau ditanduk olehnya. Dan sebab itulah untuk melawan hawa nafsu ini perlukan ilmu. Tak boleh semberono. Tak boleh sebarangan dalam menghadapinya, perlukan persiapan dan persediaan. Dan terpenting sekali ia perlukan MUJAHADAH!


Mujahadah berasal dari kalimah Arab, iaitu kata asalnya ialah Jihad. Mujahadah pula bermaksud bersungguh-sungguh yang kuat. Kesungguhan yang memerlukan kekuatan itulah maknanya. Mujahadah dalam menuntut ilmu, ertinya bersungguh-sungguh yang luarbiasa dalam menuntut ilmu. Jihad paling besar ialah Jihad melawan hawa nafsu, dan jihad ini memerlukan mujahadah yang luarbiasa. Tiada apa yang biasa bila berdepan soal nafsu ini. Kerana nafsu itu kehendaknya luarbiasa. Dahsyat dan tak pernah penat kemahuannya. Jadi melawannya juga bukan biasa-biasa.


Dalam kita memburu janji Allah di akhir zaman ini, selain keyakinan tambahan itu dijadikan pemangkin dalam kita berjuang, dalam keyakinan yang asas juga sangat memerlukan mujahadah untuk pertahankannya. Keyakinan tambahan ini nafsu lebih suka dan seronok perjuangkannya, kerana ada ganjaran lahiriah yang menanti. Namun untuk pokok Iman itu sendiri atau Iman dan keyakinan yang asas ini, nafsu sangat tak suka! Contohnya sembahyang, sangatlah nafsu tak suka. Kalau kita dah bangun awal, nak kejut ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan lain, memang berat dan payah. 


Nanti nafsu tu mulalah mengganggu. Ada sahaja alasan nafsu dalam nak mengajak orang lain berbuat kebaikan. Kita nak buat baik pun dia halang, apalagi bila nak ajak orang lain buat baik. Sangat nafsu tak suka. Sebab itulah perlukan mujahadah. Mana boleh diri sendiri bangun awal untuk sembahyang tapi biarkan orang lain sedang tidur. Para sahabat tak tenang bila masa solat, ada sahabat lain yang masih terlena. Mesti dia akan pastikan orang lain juga dapat menjaga solat awal waktu sepertinya. Dia tak bolot kebaikan untuk dirinya, dia tak fikirkan dirinya sahaja. 


 Pernah Saidina Ali KarramAllahu wajhah ditanya, sampai bila perlu mujahadah? Jawabnya sampai mati! Ya, sampai nyawa terpisah daripada jasad. Kerana iblis dan syaitan juga nafsu tak pernah rehat merosakkan manusia sekalipun ketika Sakarat. Untuk mujahadah pula, perlukan Ilmu sebagaimana diperkatakan diawal tadi. Yang dikatakan mujahadah bila kita sudah kenal hati kita, kenal diri kita, kenal nafsu kita (dengan ilmu), pastilah berat dirasa. Kenapa rasa berat? Sebab dah tahu. Kenapa kita tahu? Sebab kita ada ilmu. Ya. Bila dah tahu, dah kenal itulah ada datangnya rasa berat, rasa malas, rasa boring, dan lain-lain. Untuk berdepan dengan rasa-rasa ini perlukan mujahadah. 


Tanpa ilmu kita takkan tahu sifat nafsu, selok belok nafsu, tipu daya dan helah nafsu, bagaimana nak melawan kehendaknya? Bagaimana nak mujahadah kalau nafsu pun kita tak kenal? Nanti bisikan nafsu itu dikatanya bisikan malaikat, beramal pula dengan dengan bisikan yang dapat akhirnya jadi sesat. Sebab itulah pentingnya Ilmu. Dah ada ilmu kena mujahadah! Ada ilmu tak mujahadah pun tak guna. Ada ilmu tapi menurut dan ikut sahaja kehendak nafsu pun rosak dan merosakkan juga. Boleh jadi dengan ilmunya nanti diajaknya manusia rosak beramai-ramai, buat jahat berjemaah. Sebab itulah muhajadah dan Ilmu tak boleh berpisah.


Nak melawan hawa nafsu memang perit dan sakit, namun jika berjaya mujahadah keperitan dan kepahitan itu Allah gantikan dengan kekuatan dan kemanisan Iman. Bila dah mujahadah akan terasa manisnya beribadah. Barulah terasa bernilai sesuatu amalan dan kebaikan jika disertakan dengan mujahadah. Sesuatu perkara akan terasa berharga dengan mujahadah tadi. Begitu besar nilai mujahadah. Memang Allah akan uji dalam perjuangkan kebaikan dan kebenaran, sangat perlukan mujahadah. 


Nilai sebuah perjuangan itu terletak pada mujahadahnya. Pada mujahadah itulah terletak nilai pandangan Allah taala. Kerana pada mujahadah itu para pejuang akan menilai semula dirinya, koreksi dirinya, nilai semula ilmu yang ada padanya, dan dengan mujahadah para pejuang tak sempat merasakan diri mereka baik dan menghina keburukan dan kejahatan orang lain. Kerana dengan mujahadah, pejuang akan nampak dosa-dosa mereka dan melakukan muhasabah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N