Langkau ke kandungan utama

MASYARAKAT BUDHA DAN KRISTIAN TERTARIK DENGAN ABUYA.


BELAS KASIHAN ADALAH SIFAT MAHMUDAH (POSITIF).

(Manila)
(Thailand)

Rasa simpati dan belas kasihan pada orang susah adalah sifat positif.
Ianya adalah rasa fitrah (semulajadi) yang sangat mulia. Supaya ia benar-benar berfungsi dalam hidup seseorang, ia hendaklah disuburkan dengan latihan-latihan praktikal melalui iman yang ditanamkan di dada insan. Rasa simpati dan belas kasihan salah satu sifat mahmudah. Ia menjadi peribadi kepada diri Abuya Imam Ashaari At Tamimi. 


Ia menjadi Buah kepada ilmu yang diwarisi oleh para mujaddid, mujtahid dan para pewaris kepada Nabi Muhammad, lahirlah akhlak yang mulia. Akhlak yang agung ini menjadikan peribadi seseorang itu mulia bersamanya. Kerana akhlak inilah ramai para sahabat yang masuk Islam. Islam itu indah, kerana penganutnya mempunyai akhlak yang mulia. Pengalaman kita bersama setiap tetamu yang datang bertemu Abuya akan jatuh hati kepada peribadi Abuya. Orang-orang Kristian di Manila tertarik dengan pendekatan Abuya dan masuk Islam. Begitu juga Abuya di terima baik oleh masyarakat budha di Bangkok dan ada yang masuk Islam.


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (At Taubah 9:128 ).


Sabda Rasulullah SAW : 
من لايرحم الناس لا يرحم الله (رواه الترمذي عن أبى سعيد)
            Ertinya : barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.


Orang yang tidak disayangi oleh Allah ialah orang yang didalam hatinya tidak terdapat rasa belas kasihan terhadap sesamanya. Langkah-langkah yang boleh dibuat ialah: Bila lihat orang  susah seperti orang miskin, orang sakit, orang yang teraniaya,orang cacat,orang dalam kemalangan dan lain-lain lagi, tentu timbul rasa simpati dan belas kasihan secara spontan dalam hati kita.


Tapi kalau setakat rasa kesihan saja tidak cukup untuk membuktikan orang-orang yang beriman itu adalah orang yang baik-baik. Kita mesti membantu, membela dan melepaskan orang-orang susah itu dari cengkaman kesusahan yang dihadapinya. Kalau ini dapat kita lakukan setiap kali melihat orang susah kerana Allah SWT. 


Niatnya semata-mata kerana Allah (bukan dengan niat-niat yang lain),
Insyaallah ia akan menjadi akhlak diri yang sangat disenangi oleh semua orang pada kita. Kita akan untung besar kerana berbuat tersebut : dunia dan Akhirat. Begitulah yang dituntut oleh Allah taala kepada hamba-hamba-Nya. 


Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah hilang. Bila mazmumah terhakis mudahlah untuk suburkan mahmudah. Rasa simpati dan belas kasihan mudah disuburkan. Kerana ia adalah antara sifat terpuji. Antara sifat yang patut dimiliki oleh seseorang hamba.


Tapi perlu diingat bahawa kerja ini susah dan berat pada nafsu. Nafsu kita akan menghalang kita dari menyusah-nyusahkan diri semata-mata kerana menolong orang susah. Tiada apa-apa untung katanya. Begitu juga menolong ibu bapa adalah satu kewajipan anak-anak terhadap ibu bapa. Sekalipun ibu bapa kita jutawan, tetap anak lelaki ada tanggungjawab wajib menolong ibu bapanya. 


Maka untuk melawan bisikan-bisikan jahat yang menghalang kita dari berbuat kebaikan itu, kita fikirlah begini: Kesusahan yang Allah timpakan kepada hamba-hamba-Nya itu, bila-bila masa saja boleh ditimpakan kepada aku. Kesenangan yang ada padaku kini hanya pinjaman sementara oleh Allah. Nanti bila tiba giliran ujian itu padaku, tentu aku inginkan pertolongan dari orang-orang yang senang.


Melalui rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah, maka automatiknya lahirlah pada diri seseorang itu, hamba yang muslim sifat merendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang rasa, mengutamakan orang lain. Bertawakal, sabar, rasa berdosa, rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta maaf dan lain-lain lagi hingga merasa diri hina hingga merasa diri bersalah dan berdosa.


Melalui rasa kehambaan yang mendalam akan terus menyuburkan rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim di bawa ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah taala. 


Rasa-rasa kehambaan yang lain akan terus subur. Seperti rasa malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lagi dari seseorang itu. Dia akan benar-benar merasa yang dirinya di dalam kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah taala. Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia takut membuat dosa. 


Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadi orang yang beradab dan bersopan, berdisplin, menunai janji. Apabila terbuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan terhubung dengan allah taala. 


Maka mereka itu di dalam keadaan macamanapun tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap dapat mengawal dan menjaga diri. Dengan kata-kata lain, rasa bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada melakukan dosa dan derhaka. 


Sekaligus ia juga merupakan anak kunci segala kebaikan.Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkan @ hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana dengan rasa bertuhan itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.Sebagai peringatan bahawa sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati, maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. 


Rasa bertuhan tidak akan tumbuh. Maka ibadah yang semacam itu bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat sombong & riak, sum’ah & ingin dipuji. Rasa diri bersih, takut dengan Tuhan tiada.


Demikian contoh mujahadah untuk menyuburkan sifat kasihan belas dan menolong bantu sesama manusia. Anda boleh fikirkan berbagai cara lain dalam memujuk-mujuk hati dan menolak hasutan nafsu. Begitulah contohnya usaha-usaha yang perlu dibuat untuk menyuburkan rasa fitrah. Hal begini mesti dilakukan secara sistematik dan berterusan oleh sistem pendidikan dirumah atau disekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N