Langkau ke kandungan utama

UMAT ISLAM MENERUSKAN SISTEM PENJAJAH.

UMAT ISLAM MEWARISI PENDIDIKAN BARAT.


Umat Islam pada hari ini meneruskan sistem pelajaran penjajah Inggeris. Dalam TAMADUN dan masyarakat Inggeris, yang ada hanya 'education' atau pelajaran atau istilah Arabnya 'Taalim'. Tidak ada yang kita namakan sebagai pendidikan atau istilah Arabnya 'Tarbiah' di dalam sistem pelajaran mereka. Oleh itu tukarlah nama kementerian 
kepada nama apa sekali pun tapi kalau sistem pelajaran umat Islam tidak diubah supaya lebih mirip kepada sistem Islam dimana ada kedua-dua unsur tabiah dan taalim atau pendidikan dan pembelajaran 
maka buah atau hasilnya tetap akan sama.


Di dalam tamadun Barat, pembentukan akhlak yang berasaskan keimanan sepertimana yang ada dalam Islam sebenarnya tidak wujud. 
Dunia pada hari ini melahirkan ramai yang cerdik pandai tapi rendah nilai akhlak. Di sini kita dapat melihat konsep pendidikan Barat atau sekular melahirkan orang yang celik akal buta hati. Menjadikan manusia tidak takut dan tidak mencintai Tuhan yang Maha pencipta. 
Kalaupun ada sifat yang baik yang diutarakan, ianya hanyalah berasaskan tradisi, 'civility' etika atau takutkan hukuman undang-undang atau takut di saman di mahkamah. 


Nilai akhlak agama Kristian jarang diketengahkan kerana agama Kristian sendiri membawa satu ajaran yang melemahkan usaha mujahadah dan membina akhlak. Menurut agama Kristian, setiap orang Kristian akan akhirnya masuk ke Syurga kerana segala dosa mereka di dunia telah dihapuskan  dan ditanggung oleh 'anak Tuhan' Jesus Christ ketika dia mati disalib. Justeru itu, tidak ada tuntutan ke atas mereka untuk berakhlak atau berlaku baik. Mereka yakin, sejahat manapun dan seburuk manapun akhlak mereka, Syurga itu dijamin bagi mereka.


Dasar pendidikan negara pula tidak banyak tertumpu kepada pembentukan akhlak. Ia hanya menganggap warga pelajar sebagai bahan ekonomi yang perlu diajar dan dilatih untuk mendapat kemahiran supaya boleh mengisi keperluan buruh (labour) dan pengurusan (management) bagi industri, perusahaan, pertanian dan perdagangan negara. Kalau pun ada sedikit penekanan agama atau moral, ia hanya ada sedikit penekanan kepada agama atau moral, ia hanya supaya warga pelajar tidak menjadi terlalu liar dan tidak terkawal sehingga boleh merosakan sistem yang ada. 


Tidak ada satu dasar pendidikan negara yang jelas bertujuan untuk membentuk manusia yang beriman, bertaqwa, yang berakhlak dan yang terbina insan mereka supaya mereka dapat menjadi hamba ALLAH yang tulin. Ibadah-ibadah dalam Islam terutamanya ibadah solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Ibadah-ibadah dalam Islam bukanlah untuk mengumpulkan sebanyak-banyak pahala atau fadhilat. Ia juga bukan juga setakat upacara-upacara untuk menyambut atau meraikan sesuatu peristewa. Ia sebenarnya adalah:

▪️Program hidup yang diatur dan disusun sebegitu rupa untuk meningkatkan rohani manusia, untuk membersihkan hati manusia, untuk membangunkan insan manusia dan untuk membina akhlak manusia, sama ada akhlak mereka dengan Tuhan mahupun akhlak mereka dengan manusia yang lain.

▪️Kaedah dan tatacara mendidik manusia. Ia membentuk peribadi manusia. Buah ibadah ialah akhlak dan akhlak ialah bunga diri. Seperti mana semua manusia suka kepada akhlak yang mulia dan luhur.

▪️Bertujuan untuk mengabdikan diri kita kepada Allah. Semua ibadah dibuat kerana Allah. Namun tidak ada sebesar zarah sekalipun ibadah manusia itu memberi manfaat kepada Allah. Tidak bertambah kemulian dan keagungan Tuhan dengan ibadah manusia. Tidak pula berkurang kemulian dan keagungan Tuhan kalau manusia enggan  
beribadah kepada-Nya. Segala kebaikan yang terhasilnya dari ibadah, Allah kembalikan kepada pengamalnya.


Mendidik sebenarnya adalah di luar kemampuan para guru termasuk para ustaz dan ustazah di sekolah. Untuk mendapatkan modul pendidikan Islam kita merujuk kepada solat atau sembahyang. Solat itu adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai serta dihayati.....


Pada kebangkitan pertama pendidikan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu membina insaniah manusia atau menghidupkan roh atau hati mereka. Dalam pendidikan Islam iaitu awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah. 


Pendidikan menentukan manusia itu jadi baik atau jadi jahat. Pendidikan adalah nyawa kepada semua aspek kehidupan. Kalau pendidikan baik, maka semua aspek kehidupan akan jadi baik. Sebaliknya, kalau pendidikan jahat, semua aspek pendidikan akan jadi jahat. Pendidikan dalam Islam tidak memisahkan ilmu dengan Tuhan. 

Mari kita lihat ayat Quran yang pertama turun.

Firman Allah:

 Ø§Ù‚ْرَØ£ْ بِاسْÙ…ِ رَبِّÙƒَ الَّØ°ِÙŠ Ø®َÙ„َÙ‚َ.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" Al-Alaq: 1


Membaca mesti atas nama Tuhan. Ertinya dari membaca kita dapat ilmu. Bila ilmu dilaksanakan, akan terbina tamadun. Dari membaca, menimba ilmu hingga kepada membina tamadun, semuanya mesti dibuat atas nama Tuhan. Ilmu tidak boleh pisahkan dari Tuhan. Kalau dipisahkan akan jadilah ia ilmu sekular. Kalau ilmu tidak boleh dipisahkan dari Tuhan, betapalah hal-hal yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N