Langkau ke kandungan utama

SAKIT PALING BAHAYA.

PENYAKIT ROHANI AKIBATNYA NERAKA


Adakah kesakitan yang Allah titipkan buat kita tanda MurkaNya atau bertujuan untuk menghapus dosa kita atau mungkin juga cara untuk sampai ke maqam yang tertinggi di sisiNya? Setiap kesakitan yang Allah berikan kepada kita semua dengan kehendak dan izinNya. Kadang-kadang dengan kesakitanlah dapat menjadikan kita sedar akan nikmatnya sihat. Dengan kesakitan yang diberikan, Allah akan menggugurkan dosa-dosa kecil kita.


Abuya mengingatkan kepada doktor-doktor atau tabib-tabib di dalam jemaah pengajiannya bila merawat pesakit pastikan ianya terkait dengan Tuhan. Ubat-ubatan yang diberikan disertakan dengan doa kerana ia lebih berkesan khususnya untuk hati manusia. Tujuan Tuhan datangkan penyakit-penyakit lahir samada puncanya berbentuk fizikal atau gangguan dan sihir adalah untuk proses hati-hati manusia agar mendapat Tuhan. 


Bila hati kita tiada Tuhan di dalamnya, itu adalah penyakit yang sebenar. Bahkan ia lebih memudharatkan dan akibatnya adalah neraka! Ini lebih parah dari kanser peringkat empat. Orang mati sakit boleh jadi mati syahid dan masuk syurga, tetapi orang yang mati dengan hati yang berpenyakit tempatnya adalah neraka! Dosa adalah sesuatu yang menjauhkan kita dari Allah. Jadi,kesakitaan adalah salah satu cara Allah nak menghapuskan dosa kita.


Ertinya siapa sahaja tidak mengira apa pun kedudukannya, samaada pemimpin, rakyat, orang kampung, pendidik, ulama, orang kaya, orang miskin kalau dalam hati mereka tiada Tuhan mereka menghidapi penyakit sebenar. Apabila manusia dalam kesakitan, apa pun serba tak kena. Manusia yang sedang sakit makan pun tidak selera. Berehat pun tidak kena, berkerja lebih-lebih lagi tidak boleh.
Hendak tidur pun tidak boleh.


Apabila manusia mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya.
Sebab itu kalau tidak makan pun selesa kalau ada makanan lagi selesa. Kalau tidak dapat rehat tidak mengapa kalau boleh rehat lagilah selesa. Mereka yang memiliki Tuhan tidak ada istilah menganggor, kerana mereka sentiasa kreatif apa lagi yang hendak dibuat. Bagi mereka kerja rasmi dan tidak rasmi sama sahaja. Prinsip hidup mereka apa lagi yang boleh mereka sumbangkan.

▪️Membangun dan berkemajuanlah, asalkan dilandasi dengan iman.
Insya Allah akan selamat dan menyelamatkan dunia dan Akhirat▪️

Slogan di atas pada manusia yang tidak yakin adanya kehidupan Akhirat adalah satu khayalan sahaja. Kebanyakan manusia menganggap bahawa dunia ialah tempat menimba sebanyak-banyak harta kekayaan tanpa menghiraukan halal dan haram. Kerana manusia yang tidak yakin dengan Kehidupan Akhirat merasakan duit adalah segala-galanya. Manusia mengejar ilmu dunia hingga ke peringkat yang setinggi mungkin supaya masa depan anak-anak mereka terjamin. 


Apabila mendapat sijil dan ijazah sama ada ijazah pertama, masters atau PhD, akan mudahlah bagi anak-anak mereka itu mendapat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan. Mungkin di celah-celah itu terselit juga maksud supaya ibu, ayah, anak dan keluarga seluruhnya dipandang mulia di sisi masyarakat sebagai keluarga pintar dan berpelajaran. Itulah juga asas yang digunakan dalam masyarakat kita bagi mengurniakan anugerah, pujian dan sebagainya. 


Mithali atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa ramaikah anak-anak yang berjaya dididik hingga menjadi doktor, jurutera, arkitek, akauntan, pensyarah universiti, peguam, ahli perniagaan dan sebagainya.Dalam erti kata yang lain, anak-anak dihantar ke sekolah khusus untuk tujuan ekonomi (untuk mendapat kerja) dan bagi tujuan mendapat kemuliaan dan kehormatan di sisi masyarakat. Tidak dapat kita lihat adanya matlamat selain dari dua matlamat yang disebutkan itu. 


Namun di era kebangkitan Islam ini masyarakat Islam sudah mula sedar dan insaf tujuan hidup sebenar. Di era kebangkitan ibu bapa lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang boleh mendidik anak mereka dengan agama. Ibu bapa lebih suka anak-anak yang boleh mendoakannya ketika hidup dan ketika mereka sudah tiada. Itulah doa anak yang soleh.


Masyarakat yang sudah ada kesedaran lebih suka apa pun tindakannya terkait dengan Tuhan. Makan minum yang diberikan kepada keluarganya bukan sahaja halal tetapi disertakan dengan doa kerana ia lebih berkesan khususnya untuk hati manusia. Tujuan Tuhan datangkan ujian nikmat apakah manusia itu boleh bersyukur. Kalau Tuhan datangkan ujian kesulitan apakah manusia itu boleh redha dengan apa yang di tadirkan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N