Langkau ke kandungan utama

GIBRALTA PENGHUBUNG DUA BENUA.

GIBRALTA KOTA SEMPENA NAMA PANGLIMA ISLAM

(Bandar Marakish Moroko)
(Moroko, Afrika Utara). (Gibralta penghubung Afrika Utara dengan Eropah).

(Masjid Sultan Muhamad Moroko ).


Gibraltar sekarang merupakan wilayah luar negeri Britain yang terletak di selatan Sepanyol. Namanya berasal daripada nama bahasa Arab جبل طارق (Jabal Tāriq) [1] yang merujuk kepada panglima Islam Tariq bin Ziyad semasa pemerintahan Bani Umayyah. Sepanyol mendakwa bahawa Gibraltar merupakan wilayah jajahannya dan status Gibraltar merupakan antara isu utama hubungan antara United Kingdom dan Sepanyol.


Pejuang Islam turun sendiri bergelanggang di tengah masyarakat untuk memberi perlindungan kepada masyarakat yang teraniaya, membela dan membaiki kerosakan masyarakat. Ini yang ditonjolkan oleh sejarah pejuang Islam seperti Panglima Islam Tariq bin Ziyad mengembangkan Islam di Portugal dan Spanyol hingga ke Selatan Peranchis pada 711 M -1249M. Negara Portugal berasal dari Arab bermaksud buah limau. Beliau berasal dari Afrika Utara iaitu Moroco. 

Pidato Tariq bin Ziyad:

                          البحر من وراءكم والعدو أمامكم فاختاروا أيهما شئتم
 "Laut dibelakang kamu musuh dihadapn kamu pilihlah yang mana satu bentuk kematian kamu" . "Jabal" bermaksud bukit yang terdapat di hadapan pantai tempat tentera Islammendarat. Di sekitar bukit ini sekarang ialah Pusat Perdagangan Bandar Gibraltar. "Tar" pula berasal daripada nama Tariq ibn Ziyad iaitu panglima keturunan Bani Umayyah yang memimpin tentera Islam masuk ke Andalusia (kini Sepanyol) pada 711 Masihi.


Pada hari ini, bandar raya moden yang mempunyai saiz yang sederhana ini mengandungi banyak peringatan seni binayang menarik tentang zaman ketika Cordoba merupakan sebuah ibu kota yang berkembang maju di bawah Khilafah Cordoba yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia. Dianggarkan bahawa Cordoba didiami sehingga 500,000 orang ketika itu, merupakan bandar raya yang kedua terbesar di dunia pada abad ke-10, selepas Byzantium.


Afrika Utara menjadi batu loncatan bagi kaum muslimin dalam penaklukan wilayah Spanyol. Afrika Utara terdiri atas negara-negara seperti Aljazair, Mesir, Libya, Mauritania, Maroko, dan Tunisia (menurut Africa Development Bank Group). 



Kedatangan pasukan Islam terdengar oleh Raja Roderick melalui para Bangsawan yang menyaksikannya. Maka Raja itupun mempersiapkan bala tentaranya untuk menghadapi pasukan Tariq. Pada tanggal 19 Juli 711, kedua pasukan bertemu ditepi sungai Rio Guadalete, sehingga terjadilah pertempuran yang sengit.  Pasukan Roderick terdesak dan dapat dikalahkan, bahkan Roderick sendiri tewas tenggelam di Rio Babate ketika hendak melarikan diri.


Kesuksesan di Rio Guadalete mendorong semangat pasukan muslim untuk terus bergerak memasuki wilayah-wilayah kekuasaan Visigoth lainnya. Mula-mula bergerak ke Toledo dengan melewati dan menguasainya terlebih dahulu kota-kota Malaga, Elvira, Murcia dan Cordova. Kemudian Tariq terus bergerak hingga kebagian barat semenanjung Iberia. Thariq mendapat dukungan penduduk taklukannya untuk menaklukkan wilayah-wilayah lainnya.


Mendengar kesuksesan yang dicapai oleh Tariq bin ziyad, maka Amir Musa bin Nushair pada tahun 712 berangkat menuju Spanyol. la bersama pasukannya sebanyak 18.000 personil yang kebenyakan dari suku-suku Arab dengan menempuh jalur yang tidak dilewati oleh pasukan Tariq, la mampu menaklukkan  Sidonia,Carmona, dan berhasil memasuki Sevilla, Huelva dan ahirnya mengikuti arah sungai,sampailah ia bersama pasukannya kekota Merido dan kota-kota kecil lainnya. Kemudian ia dapat bertemu dan bergabung dengan pasukan Tariq di Toledo pada bulan Juli tahun 713.


Gelombang perluasan wilayah berikutnya ditujukan untuk menguasai daerah sekitar pegunungan Pyrenia dan Perancis Selatan. Pimpinan pasukan dipercayakan kepada Al-Samah, tetapi usahanya itu gagal dan dilanjutkan oleh Abdurrahman bin Abdullah al-Ghafiqi. Dengan pasukannya, ia menyerang kota Bordeaux, Poitier, dan dari sini ia mencoba menyerang kota Tours. Akan tetapi, di antara kota Poitier dan Tours itu ia ditahan oleh Charles Martel, sehingga penyerangan ke Perancis gagal dan tentara yang dipimpinnya mundur kembali ke Spanyol.


Pejuang Islam mesti turun sendiri bergelanggang di tengah masyarakat untuk membaiki kerosakan masyarakat. Seperti yang di tonjolkan oleh sejarah tentang Tariq bin Ziyad. Sejarah telah mencatatkan bahawa Islam berkembang dengan dakwah dan akhlak mulia oleh pejuang Islam. Seperti kebangkitan Islam kali pertama.
Kalau sebelum ini kita telah kongsikan bagaimana Khalifah Umar Al Khattab turun sendiri melihat rintihan rakyatnya.


Perkembangan dakwah dengan akhlak dan ilmu tertonjol pada kebangkitan Pertama. Ianya berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W., kurun sahabat dan kurun tabien bersama mereka ilmu dan akhlak. Selain mendapat pertolongan Allah secara lahiriah mahupun ghaibiah, kebangkitan Islam pertama tidak boleh dipisahkan dengan ilmu yang disampaikan dari Allah kepada Rasulullah, itulah wahyu namanya. Wahyu itu yang kini tercatit sebagai Al-Quran, panduan dan rujukan buat umat Nabi Muhammad S.A.W. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N