Langkau ke kandungan utama

JEMAAH HAJI ADALAH DUTA NEGARA MASING-MASING.

JEMAAH HAJI DUTA NEGARA DI HARAMAIN.

(Rumah kelahiran Nabi SAW).

( keluarga Abuya mengendalikan ladang kurma Madinah ).

Pergi haji menuju Allah dengan hati yang hina. Sesiapa yang membawa hati hamba, Allah pancarkan hidayahnya kepada rohaniah mereka. Setiap manusia yang hendak berjaya dia sungguh-sungguh lakukan muhasabah. Lebih-lebih lagi untuk berjaya mengenali roh manusia. Ia terlalu halus dan seni. Dia tak bertangguh untuk baiki diri kerana dia merasakan akan mati sebentar lagi. Dia merasakan tak sempat hendak menunaikan rukun Islam yang kelima. 


Begitulah didikan yang kita terima daripada Abuya. Beliau mendidik dan mempersiapkan generasi ketiga pembina empayer Islam. Mereka membesar di tengah kepesatan kemajuan sains dan teknologi. Mereka tidak canggung dengan kemajuan teknologi canggih dan tahu menggunakannya untuk mengatur perjuangan. Dalam masa yang sama, mereka tidak membiarkan diri mereka menjadi hamba teknologi. Justeru mereka telah dilatih memanfaatkan sains dan teknologi untuk menegakkan agama Allah. 


Panduan melalui guru mursyid untuk mencari dan meningkatkan roh sentiasa menjadi motivasi. Dari masa kesemasa terus menerus mendapatkan ilmu untuk persiapan kehidupan yang lebih kekal di Akhirat sana. Peluang didepan Kaabah merintih dan berdoa agar diberikan kekuatan roh supaya tidak terputus dengan Tuhan. Kita dididik menjaga adab terhadap Rasulullah dengan mengikuti sunnah.
Mereka adalah generasi orang rohani yang berteknologi. 


Abuya mendidik keluarga dan murid-muridnya dengan pendekatan rohani atau pendidikan Imam Ashaari At-Tamimi yang mereka terima sangat menekankan jiwa rohani yang suci. Mereka sentiasa dilatih memiliki hati yang cinta dan takuktkan Tuhan awal pendidikan lagi. Dalam Islam awal-awal agama mengenal Tuhan. Mereka dilatih, diasuh, dibimbing dan dipimpin mengikis mazmumah dan menyuburkan mahmudah. 


Mereka dilatih mengambil dunia jambatan  ke Akhirat atau mengambil dunia sebagai alat untuk mencapai tujuan iaitu keredhaan Tuhan. Ambil sebanyak mana dunia yang perlu, gunakan apa saja kemudahan teknologi yang ada, tapi manfaatkan ia untuk agama Allah dan untuk beribadah kepada-Nya. Jadikan ianya alat, bukan matlamat atau tujuan. Pendidikan yang Abuya lagang tersebut, bersumberkan Al Quran dan Sunnah dan melagang model ini dalam kehidupan.


Ertinya ia adalah sistem Islam yang berbeza sama sekali dengan sistem pendidikan yang dilagang oleh dunia Barat hari ini. Dunia hari ini menerima sistem yang dilagang oleh kapitalis dan sosialis. Oleh itu Abuya melagang sistem pendidikan Islam yang mempunyai metod dan teknik tersendiri yang kukuh untuk 'melawan arus' kedua-dua sistem ciptaan manusia itu. Ianya telah di perjuangkan oleh Barat sekian lama dan memaksakannya ketika menjajah negara-negara umat Islam. 


Pendidikan tajdid yang Abuya perkenalkan ini telah pun di bukukan dengan Tajuk 'Pendidikan rapat dengan Rohani manusia". Penekanan dan fokas pendidikan tajdid ini melatih generasi tersebut melahirkan model kehidupan Islam. Iaitu kehidupan yang membesarkan dan mementingkan persiapan hidup di Akhirat. Model Islam yang cintakan Tuhan dalam masa yang sama tidak menghalang memiliki kemudahan dunia ini. 


Model Islam yang syumul boleh membantu masyarakat mudah untuk memahami dan mengamalkannya. Model tersebut disampaikan kepada masyarakat secara formal atau secara bersahaja. Contoh memperkenalkan bagaiman berhibur dengan Tuhan. Ada dikalangan kelompok generasi tersebut yang berbakat dalam bidang seni suara mereka yang merdu akan membawa mesej berhibur dengan Tuhan dengan pendekatan suara mereka yang menarik.


Walaupun dia telah dipanggil oleh Allah untuk ke Baitullah. Tidak putus asa dalam mendidik roh atau hati, terutama kesempatan menuju ke Baitullah untuk sucikan diri sendiri. Dia terus menerus bersemangat untuk melonjakkan pencapaian rohani dan tidak pernah jemu. Rajin mencari peluang untuk mendapatkan redha Allah. Apa saja yang berlaku ketika melakukan ibadah haji, hatinya tetap berbaik sangka dengan Allah. 


Setiap tindakannya penuh sedar dan memiliki cita-cita tinggi untuk menjadi orang yang di rindui Rasulullah di Akhir zaman iaitu Ikhwan dan Asoib. Manusia yang mengelilingi Kaabah dari pelusuk dunia. Terdiri dari pelbagai bangsa, warna kulit dan dari merata negara. Mereka semuanya mengelilingi Kaabah dari arah yang sama. Mereka di ikat oleh satu ikatan iaitu Islam. Apa yang mereka lakukan adalah suatu amalan yang begitu lama yang pernah dilakukan oleh Bapa Agama iaitu nabi Ibrahim. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N