Langkau ke kandungan utama

SUJUD SIMBUL HAMBA.



BAYI YANG SUJUD PADA ALLAH.

SITI AMINAH IBU RASULULLAH SAW PERNAH BERKATA:
"Ketika aku mengandungnya, aku tidak merasa bahawa aku sedang hamil. Keluar sahaja daripada perutku, ia bersujud dimuka bumi. Semenjak lahir, ia sudah bersujud kepada Allah Zat yang Maha Tunggal dan Maha Esa."

SUJUD KETIKA KUASAI KOTA KONSTANTINOPEL 

Sultan Muhammad Al Fateh dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.


Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk. Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. 

PENJELASAN IMAM GHAZALI TENTANG SUJUD 

Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu. ” Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?” 


Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. 


Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”

SUJUD SYUKUR MENJADI AMALAN TETAP ABUYA 

Kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit mengenai persiapan yang perlu kita lakukan. Antara yang sering dilakukan oleh mursyid kita, Abuya ialah SUJUD. Sujud ketika sembahyang itu maklumlah. Kita sering melihat Abuya itu sujud setelah wiridnya, sujud setelah selesai solatnya, sujud ketika dalam bilik sebelum berekspidisi (ketika masih sihat). Apa erti sujud Abuya ini? SUJUD SYUKUR pula ialah sujud yang dilakukan tanda kesyukuran dan berterima kasihnya seorang hamba kepada Allah taala. 


 عن ابى بكرة انّ النّبيّ صلّى الله عليه وسلّم كان إذاأتاه أمر يسرّه أوبشرى خرّ ساجدا شكرالله .

Ertinya: "Dari Abu Bakrah: Bahwa Nabi Muhammad saw. apabila datang kepada baginda sesuatu yang menggembirakan, atau khabar gembira, baginda terus sujud semata-mata berterima kasih kepada Allah." (HR. Abu Daud)


Sujud ini dilakukan melambangkan atau simbol seorang hamba. Orang yang sombong tidak akan sujud, tidak akan merendah diri sekalipun di hadapan Tuhan, Allah taala. Sujud Syukur dilakukan dalam keadaan suci, iaitu suci dari keadaan hadas kecil dan besar. Ia membuktikan kita berterima kasih kepada Allah samada diberikan sesuatu yang menghiburkan atau terlepas daripada bala dan bencana. Sujud ini tak perlu disuruh, ianya spontan dilakukan, bila-bila dan dimana sahaja. Kerana itulah dinamakan sujud syukur, iaitu tanda kesyukuran selaku hamba. Bila melakukan sujud ini, menandakan kita merasakan bahawa kita adalah hamba, yang sangat-sangat patut berterima kasih kepada Tuhan.


Maksud firman Tuhan, "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (An-Nahl :18).


Melalui sujud juga seorang hamba lahirkan rasa syukur, kerana Allah beri panduan bagaimana menjalankan tugas KHALIFAH ALLAH ke atas muka bumi ini. Hal ini dinyatakan di dalam Quran dan Sunnah, dibenarkan juga oleh akal dan hati manusia. Dengan menyembah dan beribadah kepada Allah, iaitu taat setaat taatnya kepada Allah dan kita berusaha mendapatkan dari Allah keselamatan dunia dan akhirat.

Ketika melakukan sujud syukur, hendaklah membaca doa berikut ini.

 رَبِّ اَوْزِعْنِي اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَلِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَهُ وَاَصْلِح لِيْ فِى ذُرِّيَّتِيْ اِنِّ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ 

Ertinya: "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat- Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebaikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada zuriatku (anak cucuku dan keturunanku). Sungguh aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk orang muslim." (Q.S. Al-Ahqaf: 15)


Jadi, inilah ilmu mengenai sujud dan falsafahnya, iaitu melahirkan manusia berwatak hamba. Watak yang sebenar yang perlu ada pada diri seorang hamba. Kerana inilah Abuya yang kita lihat sering sujud jika berpeluang. Inilah persiapannya, iaitu melahirkan sifat hamba dalam diri manusia. Inilah yang perlu kita buat, bukan sekadar sujud tanpa ilmunya dan perasaanya.


Tujuan ilmu untuk melahirkan perasaan yang terpimpin, perasaan yang benar, bukan yang direka-reka akal dan nafsu. Jika dari akal yang dipimpin nafsu, natijahnya berlawanan dengan syariat Allah walau mulut memuji dan memuja Allah. Sebab itu palsu, dusta, dibuat-buat untuk menarik manusia pada diri bukan pada Tuhan. Inilah yang berlaku pada pendakwah dan mereka yang merasakan diri pejuang. Hakikatnya memuja diri bukan memuja Allah. Tertipu dengan amalan. Kerana itulah kita diminta melahirkan rasa hamba dari ibadah kita, agar kasih sayang terbina dan bertaut kembali antara kita sesama kita. Kasih dan sayang akan lahir di kalangan mereka yang punyai rasa hamba. Ia bukan dibuat-buat tapi hasil ibadah.


Sujud adalah simbol kehambaan. Rasa kehambaan di dalam hati kita pula, termasuklah rasa malu, berdosa, bersalah, lemah, dhaif, bergantung harap dan sebagainya kepada Allah. Kita diminta merasa kerdil dan Tuhan suka kita merasa takut kepada-Nya. Tuhan suka kita merasa cinta kepada-Nya. Rasa bertuhan termasuklah rasa Allah Maha Hebat, Agung, Perkasa, Maha berkuasa, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan sebagainya. Itulah rasa-rasa yang sepatutnya ada di dalam hati kita. Mengekalkan rasa hamba itu adalah kewajipan kita sebagai hamba Allah. Orang yang tidak dapat mengekalkan rasa-rasa kehambaan ertinya dia telah lalai, sombong dengan Tuhan. 


Inilah falsafah sujud. Inilah salah satu daripada persiapan menunggu pemimpian yang Allah janjikan di akhir zaman. Andai kita tidak berpeluang menemuinya, bukan bererti kita gagal atau tidak berjaya. Apa yang penting kita sedang melakukan usaha taqwa, usaha menjadi mereka yang dicintai Allah taala. Kita sangat perlukan penyelamat, kita sangat perlukan Imam Mahdi. Dunia sudah tidak selamat lagi. Hadis-hadis Nabi didhaifkan sesuka hati, hingga satu masa nanti Al-Quran sendiri akan ternafi. Sebab itu kita sangat perlukan pemimpin bertaraf ummah, yang pernah Rasul saw sabdakan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N