Langkau ke kandungan utama

GELANGGANG MAZMUMAH.

MAZMUMAH SEDANG TERZAHIR DI PENTAS DUNIA.


Arab Saudi sedang mengepalai peperangan di Syria atau Syam dan Yaman. Amerika Syarikat mengepalai peperangan di Afghanistan. Begitu juga peperangan saudara sedang berlaku di Yaman. Di Barat tidak henti-henti menghadapi penunjuk perasaan yang dilakukan oleh rakyat sendiri berarak tidak puas hati dengan  kerajaan masing-masing. Dua kuasa besar dunia iaitu Kesatuan Rusia dan Barat berperang dengan Afghanistan. 


Negara yang kini bernama Afghanistan telah secara meluas merupakan wilayah Islam sejak tahun 882 M. Negara Afghanistan dengan keadaan geografinya yang nyaris tidak boleh dimasuki, tercerminkan pada komposisi etnik, budaya dan bahasanya. Penduduknya pun terbahagi menjadi beberapa kumpulan etnik, Pashto adalah etnik terbesar, bersama dengan Tajik, Hazara, Aimak, Uzbek, Turkmen dan kumpulan kecil yang lain. Iran juga banyak terlibat dalam peperangan Afghanistan.


Penyertaan tentera Russia di Afghanistan mempunyai sejarah yang panjang, berawal pada pengembangan Tsar pada "Permainan Besar" antara Rusia dengan United Kingdom, bermula pada abad ke-19 dengan kejadian seperti insiden Panjdeh. Minat akan daerah ini berterusan apabila era Soviet di Russia, dengan adanya limpahan wang berbilion-billion bantuan ekonomi dan ketenteraan untuk Afghanistan pada tahun 1955 hingga 1978. 


Bila mazmumah menguasai hati, maka arahan yang keluar juga adalah mazmumah. Hati yang dikuasai mazmumah akan bertindak bercanggah dengan kehendak Tuhan. Manusia akan bergelumang dengan dosa kerana hati telah dikuasai oleh mazmumah. Natijahnya hati menjadi buta. Bila hati sudah buta, atau sudah dikunci mati oleh Allah SWT, maka hati tidak dapat lagi mengenal Allah. Begitulah hati orang-orang kafir dan munafik yang menyebabkan mereka menolak kebenaran. Melakukan kekejaman dan kezaliman.


Namun bukan hanya hati orang kafir dan munafik saja yang sudah buta, kita sebagai umat Islam pun masih banyak yang hatinya buta. Buktinya adalah kita masih sering membuat dosa (kecil atau besar). Orang yang masih membuat dosa adalah orang yang tidak takut pada Allah. Orang yang tidak takut pada Allah adalah orang yang tidak kenal siapa Allah. Jika tidak kenal Allah menandakan bahwa hati telah buta. Maka kita merelakan diri untuk dikuasai mazmumah. 


Setiap negara menonjolkan ego, setiap negara melahirkan kekuatan masing-masing. Mana negara yang kuat dialah benar. Negara yang meratah negara yang lemah. Medan perang wadah menzahirkan kekuatan masing-masing.  Sifat takabur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin dibuat oleh seseorang itu. Kalau individu tersebut bagi pihak negara masing-masing bayangkanlah kemusnahan  yang akan berlaku bilamana pertembungan dan peperangan antara negara. 


Kalau pertembungan diperingkat dunia global berlaku peperangan sudah tentu dunia akan musnah. Dunia akan mengalami kehancuran, kiamat sebelum kiamat. Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Ada ulama sufi berkata, setelah melakukan latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.


Dunia kini sudah berada dipuncak kerosakkan. Baik negara-negara maju, negara membangun dan juga negara yang susah, setiap negara merasakan perkara yang sama. Semua manusia sudah rasa tertekan, tidak mengira bangsa etnik dan apa pun agama mereka. Manusia sudah bosan dengan sistem yang ada dan masing -masing merindukan keharmonian dan kedamaian. Tuhan telah memberitahu dalam Al Quran dan melalui lidah Rasulnya akan alamat-alamat kiamat dan kehancuran dunia. 














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N