Langkau ke kandungan utama

PERNIAGAAN AKHIRAT.

DUNIA AKHIRAT ADALAH SATU.



Dalam masyarakat Melayu kita hatta di kalangan cerdik pandai serta para dai ( Pendakwah ) sudah menjadi darah daging dengan pandangan yang sering menyatakan: "Dunia hendak juga, Akhirat hendak juga." Fifty-fiftylah; 50 peratus untuk dunia, 50 peratus untuk Akhirat." Kepada mereka yang berfahaman fiffty-fifty, ini hanya dengan melaksanakan solat, haji, puasa, doa, tahlil, baca Al Quran, maulid Nabi dan israk mikraj itu saja yang dikatakan amalan Akhirat.


Apabila kita bertani, berniaga, berkebun, berternak, kerja pejabat, kerja kilang, bersukan, bersukaria dan memimpin masyarakat pula dianggap amalan dunia; kalau begitu ia tidak perlu lagi diselaraskan dengan ajaran Islam. Seolah-olah amalan dunia dan amalan Akhirat itu terpisah-pisah. Perkara dunia lain; Perkara Akhirat itu lain pula.
Kekeliruan ini perlu diperbetulkan. 


Kita kongsikan disini apa yang dipelajari dan difahamkan melalui kuliah yang disampaikan oleh guru mursyid kita iaitu Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Beliau huraikan hujah-hujah untuk mereka yang keliru, setakat yang diizinkan oleh Allah SWT. Mari bersama-sama kita mengkaji ketidakbenarannya mereka dan tidak berhati-hatinya memberi pengertian dunia dan Akhirat itu.


Sebelum itu mari kita lihat pengertiannya yang sebenarnya satu persatu. Pertama. Apa itu dunia? Dunia yang dimaksudkan disini ialah sesuatu yang dibuat atau dikerjakan yang tidak mendatangkan pahala di Akhirat atau tidak mendapat keredhaan ALLAH  SWT. Kedua. Apa pula pengertian Akhirat? Akhirat ialah sesuatu perkara yang dibuat atau yang dikerjakan bagi membolehkan kita mendapat pahala dan ganjaran atau mendapat keredhaan ALLAH  SWT.


Mari kita datangkan beberapa contoh perbuatan-perbuatan atau pekerjaan sama ada ia akan menjadi ibadah (amalan Akhirat) atau ia menjadi amalan dunia. ( tidak dapat pahala ). Setiap pekerjaan itu akan menjadi amalan Akhirat (ibadah) dan diberi pahala jika ia mengikut lima syarat seperti dibawah ini:

1. Niat mesti betul.
2. Perkara yang hendak dilakukan itu mengikut syariat.
3. Pelaksanaan hendaklah betul mengikut syariat.
4. Natijahnya hendaklah betul.
5. Jangan meninggalkan ibadah yang asas dalam ajaran Islam.

Tegasnya, sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita laksanakan akan jadi amalan Akhirat (diberi pahala) bila menempuh limasyarat tadi. Jika sebaliknya tidak menempuh lima syarat itu , jadilah dia amalan dunia. Ertinya tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT (ia tidak dapat apa-apa pahala ). Adakalanya berdosa pula. Ini memberi maksud, perkara yang sama tadi juga akan jadi amalan dunia atau amalan Akhirat. Bukan dua perkara berlainan atau dua perbuatan yang berlainan.


Untuk mudah memahaminya, di sini saya datangkan beberapa contoh, sama ada suatu perkara atau perbuatan itu akan menjadi amalan Akhirat atau amalan dunia bergantung kepada lima syarat dan kaedah-kaedah yang dibentangkan di atas tadi. Kita bahagikan contoh-contoh ini kepada beberapa bahagian:


Contoh Berpakaian,
Berpakaian boleh jadi amalan Akhirat dan boleh jadi amalan dunia.
Ia akan menjadi amalan Akhirat bila menempuh lima syarat:
1. Niat memakainya kerana menutup aurat seperti yang diperintahkan ALLAH bukan untuk bermegah-megah.
2. Jenis pakaiannya sah mengikut syariat; yakni tidak sutera dan emas bagi lelaki.
3. Perlaksanaannya hendaklah betul yakni menutup seluruh kawasan aurat seperti yang ditetapkan syariat.
4. Natijahnya hendaklah betul seperti dia berpakaian itu untuk solat, berhadapan dengan manusia bukan untuk ke tempat-tempat maksiat.
5. Tidak meninggalkan ibadah yang asas yakni Dalam berpakaian itu tidak sampai meninggalkan mempelajari hal-hal aqidah, tidak tinggalkan solat dan puasa.

Ditegaskan sekali lagi, kalau cukup kelima-lima syarat di atas maka jadilah berpakaian itu amalan Akhirat (ibadah). Tapi kalau sebaliknya yakni tidak melakukan kelima-lima syarat tadi maka jadilah berpakaian tersebut amalan dunia. Ia tidak jadi ibadah, maka tidak dapat apa-apa pahala dari ALLAH.

Contoh lain perniagaan.
Perniagaan boleh jadi amalan Akhirat dan boleh jadi amalan dunia. Ia akan menjadi amalan Akhirat bila menempuh lima syarat:
1. Niat berniaga kerana hendak mencari rezeki yang halal seperti yang diperintahkan ALLAH bukan untuk menanggung diri dan dibawah tanggungan yang ada.
2. Jenis perniagaan sah menurut syariat;yakni tidak menjual arak, judi dan lain-lain yang dilarang oleh Tuhan.
3. Perlaksanaannya hendaklah betul yakni timbangannya betul dan tidak ada penipuan dalam perniagaan.
4. Natijahnya hendaklah betul seperti dia tidak menzalimi pelanggannya. Berniaga bila sampai masa kena keluar zakat dia mengeluarkannya.
5. Tidak meninggalkan ibadah yang asas yakni dalam masa berniaga bila masuk waktu solat dia melakukannya. Ertinya tidak meninggalkan solat dan sebagainya.


Jelas hatta pada pakaian dan berniaga pada lahirnya memang dunia kalau menempuh lima syarat tadi. Ertinya amalan lahirnya tadi nampak dunia tetapi bila menempuh lima syarat tersebut ianya sudah jadi amalan untuk Akhirat. Ertinya kita dapat keuntungan didunia hasil perniagaan tadi dan dia juga jadi amalan dan bekalan kita di Akhirat nanti. 


Ditegaskan sekali lagi, kalau cukup kelima-lima syarat di atas maka jadilah berpakaian dan berniaga itu amalan Akhirat (ibadah). Tapi kalau sebaliknya yakni tidak melakukan kelima-lima syarat tadi maka jadilah berpakaian dan berniaga tersebut amalan dunia. Ia tidak jadi ibadah, maka tidak dapat apa-apa pahala dari ALLAH.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N