Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

PARA RASUL MENGEMBALIKAN FITRAH ASAL MANUSIA.

PARA RASUL MENGEMBALIKAN FITRAH ASAL MANUSIA.

Nafsu sering menyelewengkan maksud dan tujuan Tuhan. Nafsu senantiasa saja menjadikan manusia hanya tertumpu kepada seluruh makhluk ciptaan Tuhan tetapi melupakan Tuhan yang menciptanya. Lantaran itulah Tuhan utus para Rasul. Yang tujuan utamanya adalah kembalikan semula tujuan asal penciptaan manusia yaitu mengabdikan diri kepada Tuhan. Bahkan Tuhan jadikan fitrah semula jadi manusia itu mengenali Tuhan. Fitrah itulah yang dibongkar oleh para Rasul.

Menurut Islam, pada dasarnya manusia itu dilahirkan dalam keadaan suci. Kesucian manusia itu dikenal dengan istilah fitrah. Di dalam al-Quran dan al-Sunnah Rasul, terdapat perspektif tentang fitrah manusia. Tidak ada seorangpun yang menggunakan istilah fitrah selain disebutkan di dalam al-Quran. 

Kata fitrah disebut dalam al-Quran: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan p…

MELAKA MENGHUBUNGKAN MELAYU, CHINA DAN ARAB.

MELAKA MENGHUBUNGKAN MELAYU, CHINA DAN ARAB.





Rumah Tradisional Melayu merupakan antara senibina  terawal yang didirikan di Gugusan Kepulauan Nusantara (Malay Archipelago). Ia telah melalui proses transformasi sejak ribuan tahun yang lalu. Kesenian pertukangannya disampaikan secara turun temurun dari generasi ke generasi. Sehingga kini jejak rumah-rumah tradisional ini masih dapat dilihat dan dikesan di seluruh nusantara samada secara fizikal ataupun yang telah menjadi sebahagian artifak sejarah yang didokumentasikan oleh pelbagai organisasi kerajaan atau swasta dan badan-badan warisan. 


Kesenian rumah-rumah tradisional ini adalah sangat unik kerana ia mewakili setiap pecahan etnik Alam Melayu yang terdapat di gugusan kepulauan ini. Namun, sifat fizikal yang dibina mengunakan bahan binaan ringan dari sumber setempat seperti kayu-kayan, buluh, rotan, mengkuang, daun nipah dan sebagainya tidak memungkinkan rumah-rumah ini wujud sehingga ribuan tahun lamanya. Sehingga kini di Malaysia, rumah…

BUKAN MUDAH UNTUK MENZALIMI ORANG LAIN.

Bukan mudah untuk menzalimi orang lain. Tanpa ada apa-apa pasal, tidak mungkin kita boleh menzalimi orang lain. Tanpa ada apa-apa pasal, kerana orang lain itu bukan hidup sendiri-sendiri dimuka bumi ini. Dia ada Tuhan. Tuhan menjaganya. Tuhan melindunginya. Kita tidak boleh berbuat sembarangan terhadapnya. 

Kalau seseorang itu berjaya menzalimi orang lain, sebenarnya dua perkara telah berlaku sebelum itu. Pertama, dia telah menzalimi dirinya sendiri dan telah membuat dosa hingga Tuhan murka kepadanya. Disebabkan kemurkaan Tuhan itu, maka didorong-Nya orang itu berlaku zalim kepada orang lain. Dengan itu dia terjebak lagi dengan dosa dan bertambah murka Tuhan kepadanya.

Kedua, orang yang kena zalim pula telah berbuat sesuatu yang menyebabkan Tuhan kasih dan sayang kepadanya. Kerana kasih sayang itu, maka diizinkan-Nya orang lain berlaku zalim terhadapnya. Maka dengan itu bertambahlah pahalanya dan bertambahlah kasih sayang Tuhan kepadanya. 

Maka orang yang menzalimi orang lain harus sedar…

ORANG AGAMA DAN ORANG AKAL PERLU MEMERLUKAN.

ORANG AGAMA DAN ORANG AKAL PERLU MEMERLUKAN.


Semenjak manusia itu di wujudkan, aqal dan wahyu diwujudkan. Akal dan wahyu sama2 diwujudkan Tuhan. Wahyu itu agama, wahyu itu ada hubungan dengan Tuhan. Di sini kita dapat lihat, tujuan Tuhan adakan wahyu, adakan aqal, supaya satu sama lain saling memerlukan, kuat menguatkan satu sama lain. Aqal kuatkan wahyu atau agama dan wahyu kuatkan aqal.


Wahyu membetulkan aqidah, membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib, meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama. Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yang berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yang pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar.


Oleh itu, daripada awal lagi diwujudkan manusia, Allah wujudkan aqal dan wahyu supaya kuat menguatkan antara satu sama lain, supaya satu sama lain perlu memerlukan. Tapi dalam …

NABI IBRAHIM DAN NABI LUTH SEBAGAI PETANI.

Kami mengunjungi seorang peladang muslim yang berjaya. Iaitu Zulkifli bin haji Ahmad beliau menerima anugerah peladang jaya 2015 untuk daerah Hulu Selangor.

"Berfikirlah, berkemajuanlah dan membangunlah sejauhmana termungkin asalkan ditunjangi oleh iman ia tidak akan sesat." AFT.

Setiap hati manusia ingin mendapat kejayaan tidak kira apa bangsa sekalipun, samada orang Islam atau bukan orang Islam. Orang yang tua atau orang yang muda, lelaki atau perempuan. Bagi orang-orang yang bukan Islam untuk mendapat kejayaan tentulah berbeza dari orang-orang Islam.


Tidak salah untuk kita memiliki kekayaan, kelulusan dan kedudukan asalkan ianya bertunjangkan kepada iman dan taqwa. Segala apa yang kita usahakan dan kita miliki didunia ini, kiranya dapat membawa kepada iman dan taqwa kita akan mendapat keselamatan didunia ini, lebih-lebih lagi mendapat keselamatan diakhirat. Inilah kejayaan sebenar.
Taqwa itu adalah modal untuk kita mendapat kejayaan. Untuk ia memberi manfaat dan kebaikan…

KELUARGA BESAR ABUYA PENERUS PERJUANGAN.

Kepimpinan perjuangan yang Abuya lagang dapat melakukan satu pembaharuan melibatkan kekuatan lahiriah dan rohaniah. Perjuangannya telah menggabungkan pendekatan sufi dan teknologi. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang berjiwa sufi membangunkan teknologi. Perjuangan sufi yang wadah dan gelanggangnya dalam dunia koperat. Orang sufi peneraju dalam pelbagai bidang tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Perjuangannya memperkenalkan ajaran sufi yang tidak mengasingkan diri dari masyarakat, kemajuan dan kemodenan. Pengajaran sufinya melahirkan kepimpinan yang berjaya. Juga boleh lahirkan ahli ekonomi, pakar teknologi atau apa sahaja tugas dalam masyarakat. Ini terbukti dengan beliau sebagai pencetus produk halal khususnya di Malaysia.


Kita meriahkan kebangkitan Islam yang kita harungi ini dengan mengisi sebaik-sebaiknya. Lebih-lebih lagi sempena bulan ramadhan. Berjuanglah, beramallah untuk mencari dan menambahkan iman. Berikrarlah untuk berkorban apa saja untuk iman. Relakan diri untuk di…

SIAPAKAH WANITA AHLI SYURGA

SIAPAKAH WANITA AHLI SYURGA.

Sabda Rasulullah SAW..

Apabila seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kehormatannya
serta dia taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki. (Riwayat Ahmad).

Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan
di muka bumi ini, itulah gelaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita. Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW, martabat kaum wanita diangkat setinggi-tingginya dan penghormatan demi penghormatan diberikan oleh Allah SWT kepada golongan wanita.


Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah. Memerlukan perhatian, belaian dan tunjuk ajar daripada seorang lelaki untuk menuntun dan memandu hidupnya. Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud kepada manusia, nescaya akan ku suruh isteri-isteri untuk sujud kepada suaminya. Itulah kata-kata daripada Rasulullah SAW.

Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti ada kekuatannya.
Keti…

PEMBANGUNAN MATERIAL MEMUSNAHKAN JATI DIRI.

PEMBANGUNAN MATERIAL MEMUSNAHKAN JATI DIRI.


Maksud firman Tuhan:
“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang membersihkan (hati/roh/nafsu) dan kecewalah siapa yang mengotorinya.” (As Syams: 9-10).
Hari ini terlalu ramai manusia memikirkan pembangunan yang semakin hari semakin memusnahkan iaitu pembangunan fizikal atau kebendaan hingga melupakan pembangunan yang penting yang menyumbang kepada modal insan berkualiti iaitu PEMBANGUNAN JIWA ATAU ROH. Pembangunan fizikal atau lahiriah tanpa bertunjangkan pembangunan jiwa akan kecundang akhirnya. Mengapa pembangunan jiwa atau roh sangat penting?
Pembangunan jiwa (roh) ertinya membersihkannya daripada sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat batin yang terkeji seperti bakhil, sombong, tamak, cinta dunia, hasad dengki, adu domba dan lain-lain, kemudian digantikan dengan sifat- sifat mahmudah iaitu sifat-sifat batin yang terpuji seperti pemurah, pemalu, sabar, kasih sayang, cinta Akhirat dan lain-lain. Siapa yang berjaya membersihkan hatinya (…

ALLAH BERPERANAN DALAM HIDUP KITA.

Orang mukmin sentiasa rasa dirinya di awasi dan di pantau oleh Tuhan. Orang mukmin sudah sangat terasa ke dalam jiwanya kebesaran Allah hingga berbuat apa saja selalu ingat dengan Allah. Kalau pengaruh kebesaran Allah sudah sangat terasa ke dalam jiwa kita maka kita berbuat apa saja selalu ingat dengan Allah. Misalnya bila kita sedang makan tiba-tiba ada harimau, apakah rasa ingin makan masih ada ? Tentu rasa takut dengan harimau lebih besar mempengaruhi jiwa kita daripada rasa ingin makan. Contoh lain, bila kita sayang dengan anak bungsu tiba-tiba dipisahkan tentu akan terkenang selalu. Begitu juga si anak, bila ibunya di rumah sakit, walaupun dia berada di rumah tentu hatinya teringat dengan ibunya.
Kalau ingat Allah itu masih di akal, ketika kita berfikir hal lain, maka ingatan kepada Allah akan hilang. Sebab itu Allah mesti dirasakan dengan hati, sehingga walaupun akal berfikir hati selalu terkenang dengan Allah. Orang yang mabuk dengan Allah, hingga tidur pun masih terbawa rasa b…

CHINA MENDUKUNG MALAYSIA MENERAJUI TIMUR.

Semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau telah mengubah dasar diplomatik. Demi mewujudkan kekebalan dan keutuhan semula hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Rakyat China. Diantara dasar yang dipinda adalah soal keselamatan kerana usul ini mampu mempengaruhi China agar tidak menyokong (PKM) parti komunis kerana China menginginkan keamanan sejagat yang bebas dari unsur ketidakselamatan dan ancaman terhadap negara itu. Malaysia sebulat suara telah menyokong China bagi menduduki PBB dan memegang kerusi Majlis Keselamatan. Keberanian negara yang sekecil Malaysia itu, telah mengejutkan banyak negara kuasa besar. Hubungan diantara Malaysia dengan China berlanjutan sehingga ke tahun berikutnya, dalam mencapai matlamat bagi mewujudkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China. Awalnya misi ini dikenali sebagai misi perdagangan, pada bulan ogos 1971 dan Januari 1972, Malaysia telah terlibat dalam aktiviti perdagangan di Canton Fair, di Guangzhou. 


Hubungan Malaysia C…

UNIVERSITI TUHAN MELAHIRKAN GRADUAN CELIK HATI.

UNIVERSITI TUHAN MELAHIRKAN GRADUAN CELIK HATI.



Ilmu Tuhan kalau ditulis dengan dakwat hingga kering dakwat seluruh dunia, datangkan dakwat sebanyak itu lagi, takkan habis ilmu Tuhan yang tersirat dalam Al Quran.kalau itulah yang digambarkan oleh Tuhan, hebatnya AlQuran sebagai gedung ilmu. Al Quran sebagai universiti tempat manusia merujuk dan mendapatkan panduan. Al Quran yang mengandungi 30juzuk, 6666 ayat dan 114 surah. Al Quran ibarat universiti yang melahirkan generasi Al Quran. Generasi yang pernah di gambarkan oleh Rasulullah SAW. Maksud hadis: Sebaik-baik kurun adalah kurun Rasullulah,kemudian yang mengikuti selepas mereka, kemudian yang mengikuti selepas mereka, kemudian tersebarnya kerusakkan.
Maksudnya : Syu'bah telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Jamrah, aku mendengar daripada Zahdam bin Mudarrib, aku mendengar daripada 'Imran bin Husain r.anhuma, dia berkata : “Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian ya…

RAJA DAN RAKYAT IBARAT AUR DENGAN TEBING.

RAJA DAN RAKYAT IBARAT AUR DENGAN TEBING.




Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan,  dan Yang di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Hubungan raja dengan rakyat umpama aur dengan tebing. Hubungan raja dan rakyat yang akrab, rapat dan erat. Kerjasama yang utuh antara raja dan institusi raja.


Aur bererti buluh atau bambu, iaitu sejenis tumbuhan berongga dan beruas serta mempunyai batang yang keras. Ia antara tumbuhan yang memerlukan air yang banyak untuk hidup subur, justeru pokok buluh atau aur biasa dijumpai di tebing (pinggir at…

TANGISAN AIR MATA KERANA TAKUTKAN ALLAH.

TANGISAN AIR MATA KERANA TAKUTKAN ALLAH.



Orang mukmin telah menjadikan budaya hidupnya yang di ikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan. Kepimpinan orang roh dapat melakukan satu pembaharuan melibatkan kekuatan lahiriah dan kerohanian. Orang roh yang bergelanggang di dalam masyarakat. Orang roh peneraju dalam kepimpinan tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Orang roh hatinya bersama Tuhan dan fizikalnya tidak mengasingkan diri dari manusia dan tetap kendalikan dan menguruskan dunia. Sejarah memberitahu kita orang roh terbukti jadi pemimpin yang berjaya pada kebangkitan pertama. Sekali lagi orang roh akan berperanan pada kebangkitan kedua. 


Mari kita menyusur sejarah dan mengambil tauladan daripada peribadi seorang tokoh pemimpin seperti Saidina Umar. Pada suatu hari dalam tahun 23 Hijrah, Saidina Umar yang sedang memberikan khutbah Jumaat dengan tidak semena-mena menangis Para Sahabat kehairanan, namun membiarkan Umar menangis kerana tidak mahu mengganggu khutbah beliau. Selepas sol…